Hebahan: DISKUSI KITAB RAMADHAN oleh USTAZ AFIF YAHYA

Bersempena dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, jawatankuasa Ihya' Ramadhan menganjurkan satu majlis ilmu mendiskusi kitab "Ramadhan di Halaman Sunnah" karangan Allamah Syeikh Hasan Mashsyat Al-Makki Ustaz Afif bin Yahya akan menyampaikan diskusi kitab ini pada setiap Isnin dan Selasa pada pukul 6.00 sehingga 7.00 petang. Seterusnya, jamuan berbuka puasa beramai-ramai (ifthar Jami'e) akan disediakan buat warga muslim IPG KTB. Kitab tersebut berharga RM 20.00. Oleh itu, marilah sahabat-sahabat.. Setiap amalan kita adalah ibadah. Menuntut ilmu pun ibadah. Bukankah madrasah Ramadhan adalah untuk mempraktikkan diri kita meningkatkan amalan ibadah kita?? =)

Baca Lagi
Category: 0 comments

MAJLIS PELANCARAN IHYA' RAMADHAN

      Pada 28 Julai 2011 yang lepas telah diadakan Majlis Pelancaran Ihya' Ramadhan sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang bakal menjelma 1 Ogos ini. Majlis pelancaran bermula kira-kira pada pukul 9.30 malam dengan bacaan Al-Quran dan diikuti dengan nasyid Asmaul husna oleh semua tetamu yang hadir.
      Selain para pelatih, para pensyarah juga turut hadir bagi memeriahkan majlis pada malam tersebut. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan daripada Ustaz Harun bin Haya, Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPG Kampus Tuanku Bainun. Majlis seterusnya dimeriahkan dengan persembahan multimedia yang telah disediakan oleh jawatankuasa multimedia Ihya' Ramadhan.
      Antara yang ditayangkan adalah seperti aktiviti-aktiviti yang disediakan kepada semua pelatih muslim sepanjang Ramadhan akan datang. Setelah selesai tayangan multimedia, ucapan daripada Timbalan Pengarah pula menyusul. Majlis pada malam itu berakhir dengan jamuan yang telah disediakan oleh jawatankuasa makanan dan dibantu oleh pelatih-pelatih sem 1PPISMP Bahasa Arab.
      Secara keseluruhan, Alhamdulillah majlis ini berjalan dengan lancar seperti yang dirancang dan kehadiran adalah sangat memuaskan.
















Baca Lagi

KULIAH PERDANA "DI AMBANG RAMADHAN"


Ramadhan makin hampir dengan kita dengan penuh sinar, keharuman, kebaikan dan kesucian di mana Ramadhan datang untuk mendidik kita supaya memiliki kekuatan, kemahuan dan kehebatan dalam menanggung kesukaran dan kemenangan ke atas rintangan dan kesulitan hidup. Rasulullah saw seringkali mengucapkan tahniah kepada para sahabat dengan kedatangan bulan Ramadhan dan menyampaikan khabar gembira dan berkata kepada mereka:

Sesungguhnya Ramadhan telah datang kepada kamu yang merupakan bulan berkat dan Allah S.W.T telah mewajibkan puasa dalam bulan ini. Semua pintu syurga dibuka dan semua pintu neraka ditutup serta dibelenggu syaitan. Ia mempunyai satu malam yang lebih baik dari seribu bulan dan sesiapa yang tidak diberikan kebajikan malam itu, bererti diharamkan baginya segala rupa kebajikan”. “ (Riwayat Ahmad).

Bersempena kehadiran Ramadhan ini, Ustaz Afif bin Yahya telah mengadakan satu kuliah perdana yang berjudul "Di Ambang Ramadhan" pada 27 Julai 2011 iaitu pada hari Khamis yang lalu bagi memberikan sedikit "refreshment" tentang kelebihan Ramadhan. Berapakah umur kita sekarang? Ramadhan datang dan pergi.. Sudah berapa kali kita diberitahu tentang kemuliaannya? Sudah berapa kali kita mengambil peluang keemasan ini untuk penuhi sebulan penuh ini untuk menambah amalan ibadah kita yang tidak seberapa ini? Sahabat, renung-renungkanlah.. Jom Islah diri..
Majlis ini dimulakan dengan alunan qasidah oleh kumpulan al-Ihya' dan diteruskan dengan kuliah Ustaz Afif. Kuliah ini berakhir pada pukul 9.30 malam. Majlis diteruskan dengan solat Isya' berjemaah dan akhirnya jamuan makan disediakan bagi para hadirin.. Alhamdulillah perjalanan majlis berjalan dengan lancar dan bersurai pada pukul 10.00 malam.








Baca Lagi

PENGAJIAN KILAT KITAB "BENTENG YANG KUKUH"


"Ilmu adalah wasilah yang penting untuk dakwah, menuju redha Allah" Alhamdulillah pada 18 dan 19 Julai 2011, kita telah berjaya mengkhatamkan kitab "Benteng Yang Kukuh" yang telah disampaikan sendiri oleh taklif kitab tersebut iaitu Ustaz Afif bin Yahya. Pengajian kitab dimulakan dengan qasidah oleh kumpulan Al-Ihya' selepas maghrib dan dilanjutkan sehingga pukul 10 malam selama dua hari iaitu hari Isnin dan Selasa. 








Baca Lagi

Hebahan: PENGISIAN SEPANJANG IHYA' RAMADHAN



Dalam memasuki Madrasah Ramadhan ini, Badan Kebajikan Surau Al-Ghazali mengajak para sahabat untuk bersama-sama menambahkan amalan ibadah kita. Di IPG KTB, kita akan mengadakan beberapa pengisian yang dijalankan bersempena kehadiran Ramadhan Al-Mubarak ini iaitu:

-Majlis Pelancaran Ihya' Ramadhan-
(28 Julai 2011 - 26 Sya'ban 1432H)
-Majlis Nuzul Quran-
(17 Ogos 2011 - 17 Ramadhan 1432H)
-Majlis Malam Memburu Lailatul Qadar-
(22 Ogos 2011 - 22 Ramadhan 1432H)
-Majlis Khatam Al-Quran-
(25 Ogos 2011 - 25 Ramadhan 1432H)
-Tadarus Al-Quran-
(setiap malam Isnin hingga Khamis)
-Ifthar Jami'e-
(setiap Isnin hingga Khamis)
-Wacana Ilmu-
(setiap Rabu jam 3.00 petang)
-Qiyamullail-
(setiap pagi Jumaat)
Baca Lagi
Category: 0 comments

Hebahan: PENGAJIAN KILAT AT-TIBYAN ADAB KAMALATIL QURAN

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang
menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran
atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut)
dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima,
yang dengan sebabnya engkau akan binasa.”
Riwayat al-Bazzar
 
Baca Lagi
Category: 0 comments

Hebahan: KULIAH PERDANA "DI AMBANG RAMADHAN"

Sempena kedatangan Ramadhan yang bakal menjelma, Pihak Badan Kebajikan Surau Al-Ghazali akan mengadakan Kuliah Pedana di surau pada malam ini (27/72011). Ayuh ! sama-sama kita meriahkan majlis pada malam ini!

Baca Lagi
Category: 0 comments

Hebahan: TAQWIM IHYA' RAMADHAN

Ramadhan tetamu yang dinanti.. 
Ramadhan tetamu yang dirindui..

"Bulan Ramadhan yang diturunkan al-Quran menjadi petunjuk kepada manusia. Di dalamnya terkandung keteranagan daripada ptunjuk dan pemisah yang membezakan antara betul dan salah. Sesiapa kalangan kamu yang menyaksikan (berada dalam) bulan Ramadhan, maka wajiblah dia berpuasa. Sesiapa yang sakit ataupun berada dalam keadaan musafir (lalu meninggalkan puasa) hendaklah dia melaksanakannya pada bulan yang lain."   (surah al-Baqarah: 185)

"Apabila tiba bulan Ramadhan, segala pintu rahmat dibuka, pintu neraka ditutup dan diikat segala syaitan"     (Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim)

Nabi Muhammad berkata:
"Ramadhan tiba menemui kamu sebagai bulan yang diberkati. Allah Maha Megah dan Maha Agung mewajibkan berpuasa pada bulan ini. Dibuka padanya pintu-pintu langit, ditutup pintu-pintu neraka, dibelenggu syaitan-syaitan penderhaka. Di dalamnya berlaku malam al-Qadar yang lebih baik daripada seribu malam. Sesiapa yang tidak mengambil kelebihannya, maka dia diharamkan daripada mendapat kelebihannya."    (Direkodkan oleh Nasai)


Marilah sahabat, Marilah teman.. Penuhi Ramadhan kali ini dengan ibadah-ibadah yang maksimum baik siang mahupun malam. Rebutlah kelebihan yang terkandung dalam bulan Ramadhan.
Baca Lagi
Category: 0 comments

DISKUSI KITAB OLEH SYEIKH ROHIMUDDIN

      Pada 24 Julai 2011 bersamaan 23 Sya'ban 1432H, telah berlangsung satu majlis ilmu bersama Sheikh Rohimuddin Nawawi Al-Bentani Azamatkhan al-Husaini di Surau Al-Ghazali IPG Kampus Tuanku Bainun. Majlis yang penuh bermakna ini telah mendiskusikan sebuah kitab karangan Sheikh Rohimuddin sendiri yang berjudul "Inilah Tasawwuf". Semua jemputan mula hadir seawal pukul 8 pagi. Sementara menunggu ketibaan Sheikh Rohimuddin, sesi penjualan kitab "Inilah Tasawwuf" telah dibuka kepada semua yang hadir. Penjualan kitab tersebut mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada para hadirin.
      Ketibaan Sheikh pada pagi itu disambut dengan meriah serta disusuli dengan alunan qasidah daripada kumpulan Al-Ihya' dari IPG KTB. Turut diundang kumpulan qasidah dari IPG Persekutuan Pulau Pinang yang juga turut hadir dalam majlis ini. Pengajian bermula kira-kira pukul 9.45 pagi sehingga 1.30 tengahari dan diselangi dengan minum pagi.
      Pengajian sesi kedua bermula selepas asar kira-kira pukul 5 petang. Sementara menunggu sesi kedua bermula, Sheikh telah membuat satu pertemuan ringkas bersama muslimat untuk memberi peluang kepada mereka bertanyakan soalan. Pertemuan ringkas namun padat dengan ilmu itu berakhir kira-kira pukul 4 petang. Seterusnya, pengajian kedua bermula dengan alunan qasidah dan diteruskan dengan sambungan diskusi kitab yang sama. Pengajian kedua tamat pada pukul 7 petang dan para hadirin bersiap sedia untuk solat maghrib secara berjemaah. Setelah itu, kira-kira paa pukul 8 malam sesi pengajian terakhir bermula dengan alunan qasidah daripada IPG Persekutuan Pulau Pinang. Sepanjang sesi pengajian kitab, Sheikh menyampaikan setiap ilmunya dengan penuh semangat dan bertenaga. Pengajian tamat kira-kira pada pukul 11 malam.
      Di akhir pengajian, Sheikh telah mengijazahkan kitab "Inilah Tasawwuf" dan "Hizib Bahar" kepada semua yang mengikuti pengajian beliau. Majlis diakhiri dengan nasihat daripada Sheikh serta harapan beliau yang ingin mengadakan pengajian seumpama ini lagi pada masa akan datang. Di sini, kami sajikan beberapa keping gambar yang boleh ditatap oleh kalian..

Kedatangan Sheikh disambut oleh saudara pengarah program
Hadirin tidak ketinggalan menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Sheikh
Ketibaan Sheikh disambut dengan alunan Qasidah oleh kumpulan al-Ihya'
Inilah Sheikh Rohimuddin an-Nawawi al-Bentani Azamatkhan al-Husaini
Majlis dipengerusikan oleh Ustaz Afif bin Yahya
Pengajian kitab "Inilah Tasawwuf" bermula
Girang menerima kehadiran Sheikh Rohimuddin.. =)
Khusyuk mendengar pengajian Sheikh Rohimuddin
Penyampaian Sheikh yang penuh isi dan berhikmah
Alunan qasidah oleh IPG Kampus Persekutuan Pulau Pinang
Alunan qasidah oleh IPG Kampus Persekutuan Pulau Pinang
Hadirin terdiri daripada pelajar IPG KTB sendiri beserta masyarakat setempat
Hadirin yang hadir di majlis ini
Hadirin sempat bersalaman dan berpelukan dengan Sheikh
Hadirin sempat bersalaman dan berpelukan dengan Sheikh


Baca Lagi

Hebahan: SAMBUTLAH TETAMU KITA..

Ramadhan yang datang bertamu merupakan tetamu agung kita pada setiap tahun. Kedatangannya bersama-sama sekalian banyak fadhilat, seharusnya kita sambut dengan persiapan dan persediaan yang rapi. Bersempena dengan kedatangan Ramadhan 1432 H ini, kami pihak BKS menjemput anda semua ke Majlis Perasmian Ihya' Ramadhan 1432 H pada 28 Julai 2011 iaitu pada hari Khamis ini di Surau Al-Ghazali IPG Kampus Tuanku Bainun. Marilah beramai-ramai memeriahkan lagi Majlis Perasmian Ihya' Ramadhan 2011.. 



Baca Lagi
Category: 0 comments

Hebahan: MAJLIS DISKUSI KITAB BERSAMA SYEIKH ROHIMUDDIN

Majlis diskusi kitab serta pengijazahan kitab dan Ihzib Bahar.
Bersama As-Sayyid Asy-Syeikh Rohimuddin bin Nawawi Azamatkhan Al-Husaini Al-Bentani
Kedatangan yang dinanti-nanti.. Sama-sama kita imarahkan majlis ilmu ini.


Baca Lagi
Category: 0 comments

Hebahan: PENGAJIAN KILAT oleh USTAZ AFIF YAHYA

Pada hari Isnin dan Selasa ini (18 dan 19 Julai 2011), Surau Al-Ghazali mengadakan pengajian kilat Kitab "Benteng Yang Kukuh" yang disampaikan oleh Ustaz Afif bin Yahya bermula selepas maghrib sehingga pukul 10.00 malam.
Marilah meramaikan majlis ilmu. Sesungguhnya majlis ilmu merupakan taman-taman syurga di dunia.
Wallahua'lam.
Baca Lagi
Category: 0 comments

KEM HALAWATUL ISLAM PELAJAR BAHARU AMBILAN JULAI 2011

Pada 15 dan 16 Julai 2011, Program Kem Halawatul Islam telah dijalankan di Surau Al-Ghazali. Peserta Kem ini terdiri daripada pelajar baharu iaitu pelajar sem satu persediaan. Kem ini telah bermula pada hari Jumaat pada pukul 6 petang. Pada hari pertama ini, kem bermula dengan pendaftaran para peserta. Seterusnya, mereka menunaikan solat Maghrib secara berjemaah dan mendengar kuliyyah maghrib yang telah disampaikan oleh Ustaz Harun bin Haya dengan tajuk yang berkisar tentang 10 Muwassafat Tarbiyyah. Kemudian, mereka menunaikan solat Isya' secara berjemaah. Setelah selesai menunaikan solat Isya', mereka dikehendaki duduk mengikut kelas masing-masing. Ketika ini, Kem Kom, saudara Nik Mohamad Hasbullah, mengetuai sesi alunan Asmaul Husna dan nyanyian lagu tema BKS sebagai pembuka Kem Halawatul Islam ini. Seterusnya, beliau memberikan taklimat berkenaan kem ini kepada para peserta. Setelah taklimat diberikan, saudara Khalilizul Syahmie selaku Ketua Pengisian meneruskan kem dengan sesi Ice Breaking. Para peserta kelihatan gembira dengan aktiviti yang dilakukan. Tidak kurang juga dengan para fasilitator. Masing-masing tidak ketinggalan mengikut serta dalam aktiviti tersebut.

Kuliyah Dasar 1 berjudul: 10 Muwassafat Tarbiyyah

Peserta wanita khusyuk mendengar kuliyah

Para Urusetia tak ketinggalan

Penyampaian Cenderamata

Mengetuai nyanyian lagu tema BKS

Inilah semangat yang kita inginkan

Sungguh bersemangat para fasilitator kita..

Allahuakbar!!
Peserta berbaju biru: "Akak, saya nilai tinggi yer..."

"Lihatlah nilai mata wang kami!"

(Wah, seronoknya mereka..)

Abang fasi, nilai tambahan kami RM 4.50 tunai. Berjaya! Alhamdulillah.. 

Kami di sini.. =)

Peserta berbaju hijau: "Sini2!! Ana sekupang.."
Peserta berbaju ungu: "Jangan2!! Amek ana.. Ana lima kupang. agi tinggi.."
(Pandai para peserta tawar menawar) 

"Alamak.. Tinggal kita jek berdiri.. Duit kami x cukup!!"

 Ini bukan slogan 1Malaysia..
Ini slogan "أشهد أن لا اله إلا الله"


"Selamatkan diri masing2!!"

Bulatan ukhuwah.. =)

Pusing, pusing.. jangan tak pusing.. =P

Oops.. ^^

Pengarah program puas hati giler nampaknya.. =P

Peserta berkaca mata: "Lepaskan tangan ana.."
Peserta berkopiah putih: "Eeh eeh.. jangan lari, sahabatku.. Hahaha.."

Sesi refleksi "Ingatlah sahabat.. jangan pandang rendah pada wang kecil.."

 Sesi refleksi "Setiap orang ada bakat tersendirilah.."

Hari kedua dimulakan dengan qiyamullail dan zikir munajat. Setelah selesai solat Subuh berjemaah dan bacaan mathurat, satu sesi tazkirah telah disampaikan oleh beberapa orang peserta kem. Pukul 7.30 pagi merupakan waktu beriadah. Muslimin diasingkan daripada muslimat. Pada pukul 10 pagi iaitu setelah bersarapan dan solat dhuha berjemaah, peserta-peserta menjalankan aktiviti Explorace. Aktiviti Explorace ini mempunyai 5 checkpoint. Setiap kumpulan dikehendaki menghabiskan kelima-lima checkpoint. Slot yang seterusnya pula ialah kuliyah dasar kedua yang disampaikan oleh Ustaz Afif bin Yahya dengan tajuk kuliyahnya, Aqidah Seorang Muslim. Sebelum majlis penutup Kem Halawatul Islam ini, mereka menjalani LDK kedua iaitu berkaitan Aqidah.

Pentazkirah subuh
Pentazkirah kita


Bacaan al-mathurat











"Jag kebanggaan kami"

Naqib: "Hari ni kita berusrah di padang.. =)"

Lompatan apakah?? Kanggaroo?? Katak?? Arnab?? 
(Oh, tidak.. Ini lompatan Mujahid Islam. Allahuakbar!)

"Pegang tangan ana.. Jangan lepas.."

-Ini free of charge facial treatment-

Pimpin tanganku..

Lihatlah hasil kerja kami..

Bersusah demi kejayaan..

Caak!

Kuliyah Dasar kedua: Aqidah Seorang Muslim

Ma hual Aqidah??

-Main Origami-

Teruskan usaha.. =)

Hell is not our destination!


Penyampaian hadiah kepada para peserta..


Baca Lagi

Share

Twitter Facebook