KARNIVAL AL-GHAZALI

      Kini Karnival Al-Ghazali tiba lagi! Bermula dari 9 Julai sehinggalah 12 Julai 2012, Badan Kebajikan Surau Al-Ghazali sekali lagi telah menganjurkan suatu program khas buat warga IPGKTB iaitu KARNIVAL AL-GHAZALI. Majlis ini telah dirasmikan pada 10 Julai 2012 bersamaan 20 Syaaban 1433 oleh wakil pensyarah dari pihak Jabatan JAPIM iaitu Ustaz Zambri bin Ahmad di dewan Kafeteria iaitu pada hari Selasa . Majlis bermula pada jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 4.00 petang. Terdapat pelbagai aktiviti menarik telah disediakan untuk warga IPGKTB seperti pertandingan gubah bunga, perlawanan sepak takraw, futsal, bola tampar, permainan catur, batu seremban, teng teng, dam haji dan permainan PES serta senamrobik untuk wanita. Hadiah menarik turut disediakan kepada para pemenang dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Oleh itu jangan lepaskan peluang. Sertai pertandingan dan menangi hadiah-hadiah menarik! =D

MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL AL-GHAZALI











PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL DAN INDOOR GAME

Antara permainan tradisional yang dipertandingkan adalah permainan Batu Seremban dan Teng Teng manakala indoor game yang dipertandingkan pula ialah permainan PES, catur dan dam haji.









PERTANDINGAN GUBAHAN BUNGA DAN SEJADAH

Inilah julung-julung kalinya pihak BKS mengadakan pertandingan gubahan bunga dan sejadah. 5 pasukan gubahan telah menggubah bunga dan sejadah yang disediakan dengan begitu kreatif sekali. Di samping menggunakan bahan-bahan yang telah disediakan oleh pihak urusetia untuk para penggubah, mereka turut menggunakan bahan yang dibawa sendiri. Hasilan yang amat cantik dipersembahkan oleh para peserta. Para pengunjung begitu terpukau dengan persembahan gubahan mereka yang beraneka jenis dan warna. Anda juga pasti terpukau.. =) 














      OUTDOOR GAME

Antara outdoor game yang dipertandingkan adalah sepak takraw, futsal dan bola tampar. Sepak takraw berlangsung pada hari Isnin iaitu pada 9 sehingga 10 Julai. Futsal pula diadakan pada 10 sehingga 12 Julai manakala bola tampar pula telah diadakan pada 11 Julai. Bola tampar hanya diadakan untuk guru pelatih wanita sahaja. Futsal dan Sepak takraw pula diadakan untuk guru pelatih lelaki. Semua permainan yang diadakan terbuka kepada semua warga sama ada muslim mahupun tidak.













SUKANEKA

Antara outdoor game yang dipertandingkan adalah sepak takraw, futsal dan bola tampar. Sepak takraw berlangsung pada hari Isnin iaitu pada 9 sehingga 10 Julai. Futsal pula diadakan pada 10 sehingga 12 Julai










 SENAMROBIK

Senamrobik diadakan pada hari Isnin 9 Julai. Senamrobik hanya dikhaskan untuk muslimat mengikut kumpulan usrah. Ia diadakan secara tertutup di dalam dewan cafeteria.



PENGAJIAN KITAB BERSAMA USTAZ ALIAS

Pengajian kitab diadakan pada hari Rabu 11 Julai di Surau Al-Ghazali. 




 Alhamdulillah Karnival Al-Ghazali berjalan dengan lancar. Moga program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan kelak. Insyaallah. =)
Baca Lagi

Share

Twitter Facebook