Peliharalah Tujuh Anggota

Anggota badan merupakan satu nikmat Allah yang sangat bermanfaat kepada kita. Kita juga tahu bahawa setiap anggota yang ada pada kita mempunyai peranan masing-masing. Oleh itu, kita perlus sentiasa bersyukur dengan nikmat tersebut dan menggunakan anggota badan dengan sebaik mungkin.

Firman Allah swt dalam surah Ibrahim , ayat 7 : "Sesungguhnya jika kamu bersyukur , pasti Allah akan menambahkan (nimat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat yang Allah berikan), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih."

TUJUH ANGGOTA YANG MEMPUNYAI PERANAN YANG TERSENDIRI

1. MATA -membaca Al-Quran dan melihat perkara yang baik dan tidak berunsur maksiat.
2. TELINGA -mendengar sesuatu yang baik.
3. LIDAH -memperbanyakkan zikir,pujian kepada Allah , menghindari nista, umpat dan kejian.
4. TANGAN -digunakan ke arah kebaikan diri dan orang lain ;bukannya melakukan perkara yang dilarang Allah swt.
5. KAKI -berjala ke tempat yang baik dan bukan ke tempat maksiat.
6. PERUT -diisi dengan makanan yang halal, tidak berlebihan sebaliknya makanan untuk menguatkan tubuh bagi melaksanakan ibadat kepada Allah.
7.KEMALUAN -digunakan ke jalan diredhai Allah dan hindari zina atau perbuatan terkutuk yang lain.

Malam Rejuvenasi BKS

MalaM RejuvenasI BadaN KebajikaN SuraU

Tarikh : 5 Februari 2010
Masa : 8.00 malam
Tempat : Dewan Aminuddin Baki
Tema : Menjana Fikrah Insani, Menjulang 'Izzah Islami...

- Tentatif -
8.00 mlm : Ketibaan pelajar
8.15 mlm : Ketibaan pensyarah dan dif jemputan
: Alunan Asma' Al - Husna
: Bacaan Doa
: Bacaan Ayat- ayat suci Al-Quran
:Ucapan Pengerusi BKS 2010
:Persembahan Pentomen "Ku - Temui Cinta-Nya"
:Ucapan Ketua Jabatan JPIM
:Penyampaian sijil dan cenderamata
:Ucapan Tuan Pengarah
:Gimik dan Pelancaran Logo BKS Al-Ghazali
:Nyanyian Lagu Tema BKS
:Majlis Bersurai


MUKTAMAR SANAWI KALI PERTAMA BKS ALGHAZALI

Bismillahirahmanirahim.. Insyaallah dengan izin Allah Muktamar Sanawi Badan Kebajikan Surau Al-Ghazali akan diadakan buat julung kalinya di Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun.

MUKTAMAR SANAWI KALI-1
BADAN KEBAJIKAN SURAU AL-GHAZALI

TARIKH : 4 FEBRUARI 2010/19 SAFAR 1431H

MASA: 8.00 MALAM

TEMPAT: DEWAN AMINUDDIN BAKI

TEMA: MENJANA FIKRAH INSANI, MENJULANG 'IZZAH ISLAMI

Harap Maklum

Assalamualaikum.. maaf blog sedang dalam penyelenggaraan.

Majlis Sambutan Maal Hijrah 1431H

Jawatankuasa Pendidikan Islam & Moral dan Badan Kebajikan Surau (BKS) Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun (IPGKTB) telah menganjurkan Sambutan Maal Hijrah 1431H/2010M peringkat IPGKTB pada 14 Januari 2010.

Majlis tersebut bermula pada 3.00 petang dan berakhir pada 10.00 malam.Guru pelatih dan pensyarah telah bergotong –royong untuk menjayakan majlis ini. Antara aktiviti yang berlangsung pada pukul 3.00 petang dan sehinggalah pukul 7.00 malam tersebut ialah menyiapkan bahan-bahan masakan seperti bubur a’syura dan bihun,membersihkan surau,menyediakan tempat untuk berforum dan sebagainya.

Majlis pada waktu malam dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah. Majlis ini telah dihadiri oleh Puan Pengarah IPG Kampus Tuanku Bainun, Puan Hajah Rohani Bt. Ismail, Timbalan Pengarah IPG Kampus Tuanku Bainun, Tuan Hj. Daud Bin Mat Saman, pensyarah-pensyarah dan guru pelatih.

Kemudian, majlis diserikan dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran oleh saudara Mohd Khairul Anuar bin Ishak.Kemudian , majlis diteruskan dengan perbincangan forum yang bertajuk “Ukhwah Ummah Diperkasa, Mua’lim Berhemah Dijana. Forum ini telah dipengerusikan oleh saudara Mohd Khairuddin Bin Abd Aziz manakala tiga orang ahli panel terdiri daripada Ustaz Rizal bin Arrifin,Ustaz Shakib Arsalan bin Mat Saman,dan Mohd Khairul Anuar bin Ishak . Majlis diakhiri dengan solat Isyak berjemaah dan jamuan ringan.

salam imtihan

ahli majlis tertinggi dan seluruh jawatankuasa Badan Kebajikan Surau Al-Ghazali mengucapkan SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN buat semua guru pelatih IPGM Kampus Tuanku Bainun.Bittaufiq wa Najah...

..stress dan islam..


Allah menguji manusia dengan segala macam ujian..namun,, ia bukanlah menunjukkan bahawa Allah itu bersifat kejam..pemurahnya Allah,,Dia mengutuskan ujian buat hamba-hambaNya tanda kasih dan sayangNya kepada hamba-hambaNya...bagi individu itu sendiri, seorang muslim yang cemerlang adalah muslim yang berjaya menghadapi setiap tekanan dengan baik tidak kira apa jua masalahnya seperti kerja, kesihatan, keluarga, masyarakat dan negara.. sejauh mana tekanan itu berjaya ditangani, semakin besarlah ganjarannya di sisi Allah.. iman juga akan bertambah dan berkurang dengan tekanan-tekanan yang datang dan pergi.. SubhanAllah,,sungguh pemurah Allah S.W.T,, tidak memberikan ujian sia-sia sahaja sebaliknya menghadiahkan pula ganjaran-ganjaran seiring ujian tersebut....

Islam menggariskan beberapa tips untuk menangani stress.. jadi,,bolehlah diamalkan oleh sesiapa sahaja..InsyaAllah,,kesannya amat mujarab..=)

1. membaca Al-Quran dan mentadabbur maknanya.
Al-Quran merupakan syifa' yakni penawar kepada setiap penyakit..termasuklah penyakit hati ini yakni stress...

2. memperbanyakkan taubat & istighfar.
kelebihan istighfar bukan sahaja boleh memberi ketenangan kepada hati bahkan orang2 yg suka beristighfar amat disukai oleh Allah..Malaikat juga turut sama mendoakan org2 yg suka beristighfar..istighfar juga merupakan medium pelepasan Allah terhadap semua masalah. orang yg selalu beristighfar juha akan dimurahkan rezaki dan ditinggikan kedudukannya di sisi Allah.
- fatwa Dr Yusof Al-Qardawi-

3. taqarrub ( mendekatkan diri kepada Allah )
dengan cara : qiamullail yakni bangun di tengah2 malam untuk meninggalkan kenikmatan tidur malam dan beribadat serta mewakafkan diri kepada Allah.. berzikir juga amat digalakkan..
"bukankah dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang" ( Al-Ra'du ayat 28 )

4. banyakkan bersedekah.
salah satu perkara yang menyebabkan jiwa sentiasa tertekan & tidak tenang adalah harta. orang yg kedekut sentiasa disempitkan oleh Allah dengan hati dan akhlaknya kerana mereka bakhil dengan kurniaan Allah..

5. bijak mengurus
seseorang itu harus bijak dalam menguruskan masa, tenaga, keutamaan dan aset yg ada. bahkan Allah teleh mengingatkan kita tentang beban kerja dan tanggungjawab itu mestilah sepadan dengan tanggungjawab kita..jadi,,andai rasa x mampu,,usahlah diambil sesuatu tugas itu..=)

6. bersangka baik ( husnu dzan ) dengan Allah.
seorang muslim yg baik hendaklah berbicara dan bergantung harap kepada Allah dengan sebenar2 pergantungan..sekiranya Allah menguji kita, anggaplah itu suatu hikmah yang Allah sembunyikan ganjarannya..

7. tawakkal..
berserah kepada Allah iaitu setelah melakukan semua usaha. tawakkal pula hendaklah dengan sebenar2 tawakkal yakni menyerahkan segala buruk dan baik kepada Allah..sekiranya baik natijahnya, maka bersyukurlah..namun,,andai tidak,,redhalah...kerana Allah tahu apa yg terbaik buat hamba2Nya...=)

diolah dari ; majalah SOLUSI isu 11 2009...


bks:renung2kan dan selamat beramal..=)