MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL AL-GHAZALI
PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL DAN INDOOR GAME
Antara permainan tradisional yang dipertandingkan adalah permainan Batu Seremban dan Teng Teng manakala indoor game yang dipertandingkan pula ialah permainan PES, catur dan dam haji.
PERTANDINGAN GUBAHAN BUNGA DAN SEJADAH
Inilah julung-julung kalinya pihak BKS mengadakan pertandingan gubahan bunga dan sejadah. 5 pasukan gubahan telah menggubah bunga dan sejadah yang disediakan dengan begitu kreatif sekali. Di samping menggunakan bahan-bahan yang telah disediakan oleh pihak urusetia untuk para penggubah, mereka turut menggunakan bahan yang dibawa sendiri. Hasilan yang amat cantik dipersembahkan oleh para peserta. Para pengunjung begitu terpukau dengan persembahan gubahan mereka yang beraneka jenis dan warna. Anda juga pasti terpukau.. =)
OUTDOOR GAME
Antara outdoor game yang dipertandingkan adalah sepak takraw, futsal dan bola tampar. Sepak takraw berlangsung pada hari Isnin iaitu pada 9 sehingga 10 Julai. Futsal pula diadakan pada 10 sehingga 12 Julai manakala bola tampar pula telah diadakan pada 11 Julai. Bola tampar hanya diadakan untuk guru pelatih wanita sahaja. Futsal dan Sepak takraw pula diadakan untuk guru pelatih lelaki. Semua permainan yang diadakan terbuka kepada semua warga sama ada muslim mahupun tidak.
SUKANEKA
Antara outdoor game yang dipertandingkan adalah sepak takraw, futsal dan bola tampar. Sepak takraw berlangsung pada hari Isnin iaitu pada 9 sehingga 10 Julai. Futsal pula diadakan pada 10 sehingga 12 Julai
SENAMROBIK
Senamrobik diadakan pada hari Isnin 9 Julai. Senamrobik hanya dikhaskan untuk muslimat mengikut kumpulan usrah. Ia diadakan secara tertutup di dalam dewan cafeteria.
PENGAJIAN KITAB BERSAMA USTAZ ALIAS
Pengajian kitab diadakan pada hari Rabu 11 Julai di Surau Al-Ghazali.
Alhamdulillah Karnival Al-Ghazali berjalan dengan lancar. Moga program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan kelak. Insyaallah. =)
0 comments:
Post a Comment