Majlis Bersama Syeikh Rohimuddin An-Nawawi Al-Bentani Al-Husaini

Alhamdulillah..bumi bainun sekali lagi akan dikunjungi oleh ulama. Insyaallah pada 10 Mei 2011 Syeikh Rohimuddin An-Nawawi Al-Bentani Al-Husaini bakal menjejakkan kaki ke bumi Bainun buat kali kedua sempena Pelancaran Buku Qasidah. Jemput datang.. Moga dengan kehadiran antum ke majlis ini akan diberkati amin. Tentatif adalah seperti berikut:

Majlis Bersama Syeikh Rohimuddin An-Nawawi Al-Bentani Al-Husaini
Tarikh : 10 Mei 2011
Hari : Selasa
Tempat: Surau Al-Ghazali dan Dewan Aminuddin Baki IPGKTB
5.30-6.45 ptg : Pengajian Kitab Pengantar Ilmu Tauhid
8.00-10.00 mlm: Malam Kesenian Islam dan Pelancaran Buku Qasidah oleh Syeikh Rohimuddin
Baca Lagi
Category: 0 comments

Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamed dan Habib Zaed Bin Yahya

Pada 21 April bersamaan pada 17 Jamadilawal 1432H iaitu pada hari Khamis, Badan Kebajikan Surau telah menganjurkan Majlis Tausiyah Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamed dan Habib Zaed Bin Yahya.



Habib Zaed Bin Abd Rahman Bin Yahya

Majlis Tausiyah Habib ini diadakan bersempena minggu Apresiasi Al-Ghazali 2011. Tausiyah telah disampaikan oleh Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamed yang berasal dari Indonesia dan Habib Zaed Bin Yahya yang berasal dari Yaman. Habib Zaid bin Yahya banyak memberi taujihad mengenai ilmu. Ini bertepatanlah dengan tugas guru-guru pelatih IPG KTB yang akan menjadi seorang pendidik di masa hadapan, Insyaallah.





Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid

Seterusnya majlis diteruskan dengan taujihad yang diberikan oleh Habib Ali Zainal Abidin. Beliau banyak berkongsi cerita mengenai Imam Al-Ghazali bersempena dengan nama surau IPG KTB iaitu Surau Al-Ghazali. Beliau menceritakan tentang kehidupan Imam Al-Ghazali dan bagaimana cara Imam Al-Ghazali menuntut ilmu.



Alunan qasidah menyerikan majlis ilmu


Sambutan daripada pelbagai pihak


Hadirin yang hadir dari pelbagai lapisan umur. Ya Allah, cintakan kami dengan ilmuMU.


Baca Lagi

Habib Mahdi Bin Abu Bakar Al-Hamid Hadramaut di Bumi Bainun

Pada 24 April 2011 bersamaan hari Ahad, Badan Kebajikan Surau telah menganjurkan Majlis Mahabbah Rasul di Surau Al-Ghazali IPG Kampus Tuanku Bainun. Majlis ini turut dihadiri oleh al-alim allamah Habib Mahdi bin Abu Bakar Al Hamid Hadramaut dari Yaman beserta Habib Abdullah bin Hasan Al Haddad dari Indonesia.


Habib Abdullah bin Hasan Al Haddad semasa memberi taujihad kepada hadirin


Habib Abdullah menekankan lima perkara syarat menuntut ilmu iaitu

1.golongan yang menuntut dan mendapatkan ilmu.

2. beramal dengan ilmu.

3. Khauf iaitu takut kepada Allah.

4. ikhlas menuntut ilmu kerana Allah

5.kelima berhati-hati untuk menjaga ilmu yang diperolehi seperti menjaga halal dan haram rezeki kita.


gambar di atas : Habib Mahdi bin Abu Bakar Al Hamid Hadramaut dari Yaman


Habib Mahdi . " Kita mendapat nikmat sebaik-baik ummat adalah kerana berkat Rasulullah yang Allah muliakan. Dua cara yang boleh kita lakukan untuk membalas nikmat ini ialah dengan kasih kepada Nabi dan mengikut sunnah Nabi."


Hadirin tekun mendengar nasihat daripada Habib Mahdi


Muslimat turut memberi sambutan yang menggalakkan dalam program ini


Hadirin yang terdiri daripada guru pelatih dan para pencinta ilmu


Bergambar kenangan di akhir program
Baca Lagi
Category: 0 comments

jOM sERTai Pertandingan Fotografi.. HADIAH MENARIK MENANTI ANDA!!!

PERTANDINGAN FOTOGRAFI badan kebajikan surau AL-GHAZALI
Tarikh serah gambar : 20 jun 2011
Tema : Simbolik guru
Bayaran : RM 3

Terbuka kepada semua pelajar IPGKTB
Baca Lagi
Category: 0 comments

KULIAH MAGHRIB PERDANA bersama Ustaz Nazrul Nasir Al Azhari

Baca Lagi
Category: 0 comments

Siapa di belakang Beliau??

Imam Hassan Al-Banna, tokoh yang tidak asing lagi buat kita . Namun adakah kita menyedari siapakah yang menjadi tunjang ketokohan beliau?
Ayah dan abangnya - insan yang banyak mendorong ke arah pembinaan ketokohan Imam Hassan Al-Banna.

Abangnya banyak mendorong dari segi galakan belajar manakala ayah Imam Hassan Al Banna banyak mendorong dari segi sokongan dan didikan yang diberi. Contohnya ketika abang Imam Hassan Al-Banna berumur sembilan tahun mampu menghafaz 1/3 Al-Quran , beliau pula berjaya menghafaz sehingga surah At-Taubah ketika itu ( 7 tahun). Selain itu ketika abangnya belajar ilmu fiqh Imam Abu Hanifah, As-Syahid belajar ilmu fiqh Imam Malik. As-syahid begitu kagum dengan kemampuan abangnya yang banyak berpuasa dan solat.


Ayahnya pula sedia memberi didikan di rumah dengan mengajar kitab sirah Rasulullah sallallahualaihiwasallam serta menyediakan jadual pengajian di rumah. As-syahid Imam Hassan Al-Banna banyak mengikuti majlis diskusi ilmu dengan ayahnya. Selain itu, ayahnya , kitab-kitab tafsir dan as-sunnah menjadi tempat rujukan jika ada masalah dan perkara yang sukar difahami.





Baca Lagi
Category: 0 comments

Share

Twitter Facebook