Betapa banyak orang yang berpuasa yang sebenarnya berbuka dan yang berbuka padahal berpuasa. Yang berbuka tetapi sebenarnya berpuasa adalah yang makan dan minum tetapi menjaga seluruh anggota tubuhnya dari perbuatan dosa dan yang berpuasa tetapi sebenarnya berbuka adalah lapar dan haus tapi tercemar anggota tubuhnya dengan perbuatan dosa.
(Hujjatullah al-Imam Al-Ghazali rahimahullah)
Ramadhan merupakan madrasah tarbiah yang sentiasa dinantikan oleh umat Islam. kedatangannya disambut dengan penuh rasa kesyukuran. Allah S.W.T telah menjanjikan pelbagai ganjaran bagi hambanya yang menggunakan Ramadhan dengan sebaiknya.Walaupun Ramadhan itu datang setiap tahun, namun pastikah kita akan bertemunya lagi pada tahun yang akan datang?.
Allah berfirman :
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa (Al-Baqarah:183)
Sebagai renungan bersama, kalimat “La‘al lakum tattaqun” yang membawa maksud dengan berpuasa kamua akan mendapat ketaqwaan kepada ALLAH. Namun sampaikah kita ke tahap tattaqun” itu bila sampai Ramadan dan berakhir Ramadan? Dan sampaikah kita kepada apa yang nabi sebut kepada isteri-isterinya dan kepada sahabat-sahabatnya iaitu “Faya ‘ajaban liman adraka ramada na fala yughfarulah”, iaitu maksudnya “Alangkah hairannya (ajaibnya) bagi orang yang telah sampai umurnya kepada menjelang Ramadan, apabila habis Ramadan hairan kalau dia tidak mengambil kesempatan untuk Allah mengampunkan semua dosa-dosanya”.
Jangan dilupakan dalam kita menghadapi Ramadhan ini, maka akan berlakulah Lailatul Qadar. Sebab itu Siti Aisyah r.a ingin sangat untuk bertemu dengan malam Lailatul Qadar, Aisyah bertanya kepada nabi “Bilakah berlaku malam Qadar?”. Nabi bertanya kepada Aisyah semula “Apakah kamu ingin lakukan apabila kamu bertemu dengan malam Lailatul Qadar?”. Aisyah menjawab “Saya tidak tahu ya Rasulullah ” kemudian Aisyah bertanya lagi “Apakah yang patut saya buat bila bertemu dengan malam Qadar itu?”. Nabi berkata kepada Aisyah “Malam itu malam yang amat baik untuk beramal dimalamnya dan amat mudah dimakbul Allah doanya”. Aisyah bertanya lagi “Apakah doa yang paling baik untuk aku berdoa pada malam itu?” Nabi jawab “ Kalau kamu sempat berjumpa dan mengetahui malam itu ialah malam Qadar berdoalah..
Maksudnya : Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa ku.
Jangan disia-siakan Ramadhan yang datang, Ramadhan adalah madrasah tarbiyah. Tarbiyah akan melahirkan mujahid dan mujahidah.
0 comments:
Post a Comment