MAJLIS DISKUSI BERSAMA SYEIKH NURUDDIN

Alhamdulillah. Buat kali keduanya, pada 7 Februari 2012, Surau Al-Ghazali sekali lagi dikunjungi oleh seorang alim ulama’ yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia iaitu Syeikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki. Beliau tiba pada pukul 8.30 pagi dan kuliah pertama terus bermula. Kuliah beliau diselangi dengan waktu rehat selama setengah jam dari pukul 10 sehingga 10.30 pagi. Sebelum bermulanya Kuliah 2, alunan qasidah telah diperdengarkan kepada semua. Kuliah 2 berakhir pada jam 12.30 tengahari.
Kuliah ketiga bermula setelah menunaikan solat asar secara berjemaah. Kuliah keempat pula disambung selepas solat maghrib berjemaah. Seterusnya kuliah diteruskan sehingga jam 10 malam. Moga kehadiran para ulama’ ke bumi Bainun dapat diteruskan sehingga ke akhirnya. Amiin.. 







Category:

0 comments:

Share

Twitter Facebook