By BADAN KEBAJIKAN SURAU AL-GHAZALI
Mm.. Sudah di penghujung Rejab rupa-rupanya. Bulan depan, bulan Syaaban pula. Bulan lagi satu, bulan Ramadhan, bulan yang paling dinantikan oleh semua umat Islam di seantero dunia.. Di penghujung Rejab ini, IPG Kampus Tuanku Bainun tidak ketinggalan menyambut peristiwa Isra' Mikraj dengan mengadakan Forum Isra' Mikraj yang telah dipanelkan oleh dua orang pensyarah IPG KTB sendiri iaitu Ustaz Rahim bin Ramly dari JAPIM dan Dr Nasir bin Osman dari Jabatan Sains. Forum ini diadakan pada 21 Jun 2012 iaitu pada hari Khamis yang lalu. Ustaz Rahim dan Dr Nasir hebat memperbincangkan berkenaan tajuk "Penghayatan Sebuah Perjalanan". Apa yang menarik adalah kisah Isra' Mikraj ini telah dikaitkan dengan kajian dan fakta sains yang sememangnya menunjukkan keunikan dan keistimewaan peristiwa ini. Terbukti kepada kita bahawa peristiwa Isra' Mikraj bukan hanya turunnya perintah solat dan bukan juga hanya sekadar perjalanan Rasulullah yang diperlihatkan dengan dengan balasan baik dan buruk bagi perbuatan manusia di akhirat. Sebaliknya ia menunjukkan bahawa kekuasaan Allah itu tidak dapat ditandingi oleh sesiapa sahaja. Seterusnya, majlis ini diteruskan dengan penyampaian cenderahati buat para ahli panel dan diteruskan dengan jamuan makan malam yang telah disediakan oleh Badan Kebajikan Surau..
0 comments:
Post a Comment