GOTONG-ROYONG PERDANA

Gotong Royong Perdana telah dijalankan pada 23 September 2011. Semua kawasan di sekitar surau telah dibersihkan bersama-sama. Ada yang menyapu lantai, membersihkan sawang, mencuci tandas, melipat sejadah dan telekung, membersihkan kawasan membaca khutbah dan sebagainya. Ada juga yang memasak bubur kacang untuk jamuan ringan selepas berpenat lelah membersihkan surau. Gambar disertakan di bawah.. =)























Alhamdulillah, bersih jugaklah surau kita.. =) Terima kasih banyak-banyak kepada yang datang membantu. Moga penat-lelahmu mendapat ganjaran yang besar di sisi-Nya.. Insyaallah.. =D

Baca Lagi
Category: 0 comments
Reactions: 
Links to this post

Hebahan: KARNIVAL MAHABBAH AL-GHAZALI

MARI BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN KARNIVAL MAHABBAH AL-GHAZALI!!

30 September 2011
PERASMIAN DAN JAMUAN KESYUKURAN

1 Oktober 2011
MALAM KESENIAN AL-GHAZALI, PAMERAN, JUALAN & PERMAINAN TRADISIONAL

26 September - 1 Oktober 2011
PERTANDINGAN PIALA AL-GHAZALI

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda! Jangan lepaskan peluang keemasan!



Baca Lagi
Category: 0 comments
Reactions: 
Links to this post

Hebahan: GOTONG-ROYONG PERDANA

Pada 23 September 2011, kita akan bersama-sama bergotong-royong membersihkan surau kita. Oleh itu sahabat-sahabat, tidak salah kita menghulurkan bantuan dengan tulang empat kerat kita ini. Sesungguhnya, Allah telah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud: "Maka barang siapa mengerjakan kebaikan seberat zarra, nescaya dia akan melihat (balasan)nya." (Surah Az-zalzalah 99: 7) Walaupun kita berbuat kebaikan walau sekecil-kecil kebaikan, Allah tetap memberi ganjaran kepada kita. Sehubungan itu, jangan malas-malas, jangan malu segan, turunlah surau petang Jumaat ini.. Kita bersihkan surau beramai-ramai.. Jamuan ringan turut disediakan... Wallahua'lam =)


Baca Lagi
Category: 0 comments
Reactions: 
Links to this post

Salam Aidilfitri daripada kami.. =)



Hari Raya Eidul Fitri kini menggamit setelah kita selesai menunaikan kewajipan ibadah puasa dengan perasaan gembira yang dirasai oleh orang yang berpuasa, mendirikan solat dan qiam, bertilawah al-Quran, berzikir dan bertasbih, beriktikaf dan mendapatkan Lailatul Qadr. Firman Allah:
“Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur..”. (Al-Baqarah: 185)
Tahniah kepada orang-orang yang mendirikan Qiam kerana Allah menyebutkan tentang mereka di dalam firmanNya:
“Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya dan mereka selalu berdoa kepada Rabbnya dengan penuh rasa takut dan harap, serta mereka menafkahkan apa apa rezki yang kami berikan”. (As-Sajadah: 16)
Tahniah kepada para mukminin yang disibukkan dengan urusan agama mereka dan kewajipan iman mereka. Mereka meyakini bahwa tanggungjawab membela kebenaran memenuhi pemikiran mereka, kebenaran juga menguasai diri dan kehidupan mereka..Mereka terikat dan bergerak dalam ruang lingkup agama mereka dan kebenaran mengikat kehidupan, kewujudan, masa depan, dunia dan akhirat mereka.
Untuk mencapainya kita dapati mereka mengikat seluruh cita-cita, bakat serta potensi diri mereka kepada kebenaran, mengimbangi perjalanan hidup mereka, meninggikan matlamat dan tujuan murni mereka, menjadikan seluruh keasyikan dan keghairahan mereka untuk berbakti kepada agama mereka dengan segenap kekuatan diri dengan motivasi diri, disiplin dan kesederhanaan hidup dan memiliki semua tuntutan jati diri dalam menghadapi tarikan duniawi, keseronokan dan perhiasannya. Mereka tidak rakus dengan keduniaan, menghambakan diri kepada kebendaan, tertipu dengan keseronokannya dan memuja pangkat dan harta.
Eid Mubarak tiba selepas Ramadhan mengajar kita erti istiqamah dan berperaturan. Kita telah saksikan umat Muhammad telah berkumpul di atas agama Allah dan bersatu di atas ketaatan kepada perintahNya  di dalam perkataan, perbuatan..sekalipun berhadapan dengan banyak musuh dan cabarannya.
Eidul Fitri datang selepas kita menyahut seruan Allah dan beramal ibadah keranaNya, kita bersabar dan pasrah dengan kuasa dan kehendakNya dengan mengarahkan kepada kebenaran, menolong agama Islam dan meninggikan panjinya serta menjauhkan diri daripada bentuk-bentuk yang memperdayakan dalam kehidupan yang penuh pancaroba. Eid mestilah sampai kepada makna yang sebenar dan agung iaitu hari di mana ruh keimanan berjalan dan hidup di dalam dunia manusia, khasnya kepada pemerintah di mana Islam mengajak mereka supaya berkerja, berjihad, berkorban dan bangkit memulakan jalan perubahan. Ini kerana umat seluruhnya menjadi sasaran musuh sedangkan musuh sentiasa mengawasi dan mengelilingi umat. Kesudahan perjalanan umat bergantung kepada usaha mengembalikan seluruh umat Islam kepada Allah dan agamaNya.
Inilah hari yang kita rasa bahwa ‘kehausan’ yang menimpa umat Arab dan Islam hanya selesai dengan meminum dari sumber Islam yang penuh kesukaran dan liku-liku, barulah hari ini benar-benar sebagai hari Eid (kembali)..Inilah hari pemimpin dan penguasa Islam percaya tentang peri pentingnya pentarbiyahan peribadi dan pembentukan umat, menyediakan generasi di atas asas yang sahih yang berpaksi di atas manhaj rabbani yang tulin, barulah hari ini benar-benar sebagai hari Eidul Fitri (kembali kepada fitrah).
Ketika setiap kita menghabiskan masa dan tenaga untuk melengkapkan keperluan amal Islami dengan mengutamakan dan bekerja untuknya, dan ketika kita mengagihkan tanggungjwab memikul dakwah ke atas semua orang yang berkelayakan dan menugaskan setiap dari kita melaksanakan pekerjaan untuk kebaikan Islam lebih daripada keperluan dirinya, dan ketika kita mengutamakan pertubuhan Islam mengatasi kepentingan peribadi..barulah hari ini benar-benar sebagai hari Eidul Fitri; di mana kita menyumbangkan seluruh kehidupan untuk meneguhkan Islam dan menyempurnakan perlaksanaannya.
Ketika kita melihat nilai-nilai Islam telah meresap di segenap bidang kehidupan bermasyarakat, dan termasuk adab dan tingkah laku pelajar, pekerja, tokoh dan pengundi, dan ketika kebaikan ini sampai kepada pemimpin pelbagai lapisan masyarakat, maka hari ini benar-benar sebagai hari Eidul Fitri.
Ketika perjalanan dakwah kita berterusan sekalipun penuh pancaroba dan kita menggunakan pelbagai kreativiti dan teknik baru demi kebaikan dakwah kita dan bangsa kita, dan kita bersedia mengikuti perkembangan semasa dengan penampilan baru dan sesuai dalam menangani isu dan permasalahn yang dihadapi oleh umat dengan syarat barisan pendakwah masih memelihara pegangan, keteguhan dan keutuhannya dengan pimpinan dan kesediaan untuk berkorban dan menggemblingkan tenaga..maka hari ini benar-benar sebagai hari ‘Eidul Fitri.
Ketika agama Allah menduduki tempat tertinggi sedangkan musuh-musuhNya pula gagal dalam memesongkan dari tugas kita serta mengubah akidah kita, dan ketika pendokong kebatilan menanggung kekecewaan untuk meninggikan kebatilan mereka..barulah kita boleh mengingati erti kemenangan dan ‘Eidul Fitri. Semua urusan adalah milik Allah sama ada sebelum atau selepasnya. Firman Allah:
“Dalam beberapa tahun lagi. bagi Allah-lah urusan sebelum dan sesudah (mereka menang). dan di hari (kemenangan bangsa Rumawi) itu bergembiralah orang-orang yang beriman. Karena pertolongan Allah. dia menolong siapa yang dikehendakiNya. dan dialah Maha Perkasa lagi Penyayang. (sebagai) janji yang Sebenarnya dari Allah. Allah tidak akan menyalahi janjinya, tetapi kebanyakan manusia tidak Mengetahui”. (Ar-Rum: 4-6)
Oleh: Dr. Ahmed ‘Assal
Baca Lagi
Category: 0 comments
Reactions: 
Links to this post

PROGRAM IHYA' RAMADHAN


      Ramadhan yang mulia telah berlalu pergi. Adakah rohnya masih tetap di sini? Tepuklah dada, tanyalah iman.. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bersempena hadirnya bulan mulia yang dinanti. Antaranya memasak juadah berbuka puasa, ifthar jami'e, tadarus al-quran, wacana ilmu, qiyamullail dan empat majlis besar dalam program Ihya' Ramadhan iaitu Majlis Pelancaran Program Ihya' Ramadhan, Majlis Nuzul Quran, Majlis Memburu Lailatul Qadar dan Majlis Khatam Al-Quran. 
Di sini telah kami lampirkan beberapa foto untuk ditatap bersama.. =)

-PENYEDIAAN JUADAH IFTHAR JAMI'E-
(setiap Isnin hingga Khamis)





.
-IFTHAR JAMI'E-
(setiap Isnin hingga Khamis)






-TADARUS AL-QURAN-
(setiap Ahad hingga Khamis)







-WACANA ILMU-
(setiap Rabu)







.
-QIYAMULLAIL-
(setiap Khamis)





-MAJLIS PERASMIAN IHYA' RAMADHAN-

.



-MAJLIS NUZUL QURAN-






-MAJLIS MEMBURU LAILATUL QADAR-




-MAJLIS KHATAM AL-QURAN-


 Moga tarbiah Ramadhan mendidik taqwa sebagai bekalan dan panduan pada bulan seterusnya. Tiada jalan yang lain dan tiada jalan yang mudah untuk mendapatkan taqwa kerana kesenangan hanya akan datang selepas kita berusaha dan mengenal erti susah. Moga kita bertemu kembali pada Ramadhan yang akan datang. Insyaallah.. =)







Baca Lagi
Category: 0 comments
Reactions: 
Links to this post

Share

Twitter Facebook