Bersyukurlah Kita KepadaNya

Syukur bererti berteriJustify Fullma kasih dan mengenang jasa. Cara bersyukur atau berterima kasih atas kurnia Allah ialah dengan jadikan diri kita orang yang bertaqwa, banyak beribadah serta selalu memuji Allah dengan lisan dan di dalam hati.

Hadis Nu'man bin Basyir r.a., bahawasanya Rasulullah SAW. bersabda "barangsiapa yang tidak bersyukur dengan yang sedikit, nescaya tidak akan bersyukur kepada yang banyak; barangsiapa yang tidak bersyukur kepada manusia, nescaya tidak akan bersyukur kepada Allah Taala."

Bersyukur kepada manusia bermaksud menghargai dan berterima kasih kepada manusia yang banyak menabur jasa dan bakti kepada kita tanpa diminta dan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Mereka yang dimaksudkan ialah seperti ibu-bapa kita, para guru dan Rasulullah SAW. Di samping memuji-muji dan mengagung-agungkan jasa kebaikan mereka, kita juga dituntut agar sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kerahmatan untuk mereka.

Ketika Nabi Muhammad s.a.w. ditanya oleh isteri baginda mengapakah baginda begitu kuat dan banyak beribadat terutama solat malam sehingga bengkak kaki baginda, jawapan yang diberikan ialah "Salahkah jika aku ingin menjadi hamba yang bersyukur !".

Orang yang tak bersyukur ialah orang yang lupa diri dan tak tahu mengenang jasa.
"Dan mereka beroleh berbagai faedah dan kegunaan pada binatang ternak itu dan juga beroleh minuman; maka mengapa mereka tidak mahu bersyukur?". (Yaasin: 73)
"Dan Allah mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), tetapi sedikit antara manusia yang bersyukur." (As-Sajadah: 9)

"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah ni'mat kepada kamu dan jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah pedih. (Ibrahim: 7)

p/s : sentiasalah kita memanjatkan kesyukuran atas segala bentuk kurniaan/nikmat meskipun sekecil zarah... :)
Baca Lagi
Category: 0 comments

Peristiwa Muharram

Pelbagai peristiwa telah berlaku pada bulan Muharram. Dalam kitab Mukasyafatul Qulub karangan Imam Ghazali, berlakunya beberapa peristiwa pada 10 Muharram seperti berikut :


  1. - Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
  2. - Diterima taubat Nabi Adam a.s.
  3. - Dicipta Adam a.s.
  4. - Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
  5. - Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
  6. - Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
  7. - Selamat Nabi Ibrahim daripada api Namrud.
  8. - Selamat Nabi Musa dan pengikutnya.
  9. - Firaun lemas.
  10. - Dilahirkan Nabi Isa a.s.
  11. - Diangkat Nabi Isa ke langit.
  12. - Diangkat Nabi Idris ke langit.
  13. - Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
  14. - Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
  15. - Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
  16. - Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas buta.
  17. - Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
  18. - Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
  19. - Hujan yang pertama turun dari langit ke bumi.
Baca Lagi
Category: 0 comments

Salam Maal Hijrah 1432H

Assalamualaikum.. rasanya belum terlambat lagi bg pihak BKS untuk mengucapkan selamat menyambut tahun baru hijrah. Belum terlambat lagi untuk kita tetapkan matlamat yang ingin dicapai bersempena dengan tahun baru ini. Semoga sahabat-sahabat sentiasa istiqamah untuk menuju puncak kegemilangan. :)


Baca Lagi
Category: 0 comments

Majlis bacaan yasin, tahlil dan solat hajat

Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Solat Hajat

Tarikh : 21 Oktober 2010 (Khamis)
Masa : 7.15 petang
Tempat : Surau Al-Ghazali, IPGKTB
Anjuran : BKS, Biro Penerbitan 09/10, 2 PISMP KS1
Muslimin dan muslimat dijemput hadir.
Baca Lagi
Category: 0 comments

Pesanan Al Alim Al Allamah Al Muhaddith Sheikh Muhammad ibn Ibrahim Al Kattani Al Husaini

Photobucket
gambar dari kiri : Ustaz Aminuddin, Sheikh Muhammad ibn Ibrahim dan Ustaz Nazirul (penterjemah bahasa).

Alhamdulillah, pagi semalam ( 8 zulkaedah 1431H bersamaan 16/10/2010 ) surau Al-Ghazali telah dikunjungi oleh ulama' hadis terkenal iaitu Al Alim Al Allamah Al Muhaddith Sheikh Muhammad ibn Ibrahim Al-Kattani Al-Husaini. Pada pertemuan dengannya yang julung kali diadakan , Sheikh Muhammad Ibn Ibrahim Al Kattani telah menitipkan pelbagai nasihat dan pedoman buat para hadirin yang telah hadir. Antara nasihat-nasihat Sheikh ialah :

-hormati guru ibarat guru itu seorang rasul
-tiada perkara yang lain yang lebih besar melainkan menuntut ilmu
-mempelajari ilmu Bahasa Arab dengan bersungguh-sungguh
-pilih sahabat ketika belajar; bersahabat dengan orang yang betul2 ingin menuntut ilmu
-belajar untuk Allah dan bukan belajar untuk menunjukkan kehebatan kepada orang lain
-perkara yang paling penting dalam menuntut ilmu ialah MEMAHAMI ILMU yang dituntut
-banyak bertanya kepada para ulama
-penuntut ilmu wajib untuk berakhlak mulia
-jangan hina kawan yang tidak dapat menuntut ilmu lebih baik dari kita, tetapi beri
nasihat kepada kawan
-jauhi daripada bertengkar dengan golongan yang jahil
-terdapat 4 jenis orang :
1. orang yang tahu apa yang dia tahu (orang alim)
2. orang yang tak tahu apa yang dia tahu (orang lalai)
3. orang yang tahu apa yang dia tak tahu ( orang yang perlukan lagi ilmu)
4. orang yang tak tahu apa yang dia tak tahu (orang yang tiada ilmu)


Baca Lagi
Category: 0 comments

Majlis Ilmu Bersama Sheikh Muhammad bin Ibrahim Al-Katani

Photobucket


Rasulullah saw bersabda daripada Abu Darda’; Sesiapa yg pergi di pagi hari kerana, inginkan ilmu dan mempelajarinya semata-mata kerana Allah nescaya Allah membukakan baginya satu pintu syurgaNya, para Malaikat membentangkan sayapnya untuknya, para malaikat 7 petala langit mendoakan rahmat untuknya; dan demikian juga ikan-ikan di laut. Kelebihan orang alim itu ke atas orang abid adalah seperti kelebihan bulan purnama ke atas sekecil-kecil bintang di langit. Para ulama itu adalah pewaris nabi, sesungguhnya para nabi tidak mewariskan wang dinar dan tidak juga wang dirham, tetapi mereka mewariskan ilmu, sesiapa yg mengambil ilmu maka dia mengambil habuannya yang amat bernilai. Oleh itu, matinya seorang alim adalah satu musibah yg sukar digantikan dan satu kepincangan yang susah ditutupi, ini adalah umpama bintang yg hilang sirna (di antara bintang-bintang), sesungguhnya matinya satu kabilah adalah lebih ringan musibahnya berbanding seorang alim. (Riwayat Abu Daud, Tirmizi,ibn Majah dan Baihaqi)

Semua warga IPG KTB dijemput hadir ke majlis ini.Mudah-mudahan dengan menghadiri majlis ilmu dan mendampingi ulama, kita semakin hampir dengan Allah s.w.t.
Baca Lagi

Puasa Enam di Bulan Syawal



Diriwayatkan dalam suatu kisah apabila Rasulullah SAW bersama para Sahabat r.a sedang berada di dalam masjid, ketika sedang Rasulullah SAW mengajarkan ilmu agama kepada para Sahabat, tiba datang seorang perempuan yang amat cantik jelita berjumpa Rasulullah SAW. Kecantikkan perempuan tersebut menyebabkan semua sahabat berpaling ke arahnya. Kemudian, perempuan tersebut menyatakan hasrat agar Rasulullah SAW mengahwinkan dia dengan salah seorang daripada sahabat-sahabat Baginda SAW, tetapi dengan 3 syarat.

Syarat pertama ialah bakal suaminya itu tiap-tiap malam mesti mengkhatamkan bacaan al-Quran 30 juzu'. Syarat kedua pula, setiap hari suaminya itu hendaklah sentiasa mendirikan ibadat sepanjang malam, dan syarat ketiga ialah suaminya hendaklah berpuasa setiap hari sepanjang tahun. Maka dengan syarat ini, sahabat-sahabat Nabi SAW yang memiliki hasrat untuk berkahwin dengan perempuan tersebut hilang rasa keinginan itu. Nabi SAW pun menawarkan kepada para sahabat siapa yang sanggup berkahwin dengan perempuan ini. Akhirnya sahabat yang berada jauh ke belakang sanggup berkahwin dengan perempuan tersebut dengan menunaikan ketiga-tiga syarat tersebut.

Setelah sahabat tersebut berkahwin dengan perempuan yang cantik jelita itu berbulan-bulan lamanya, akhirnya perempuan itu melihat suaminya itu, semakin hari semakin kurang membaca al-Quran, kurang beribadat pada waktu malam, kurang berpuasa. Lalu dia pun pergi berjumpa Rasulullah SAW menceritakan hal suaminya yang telah mengingkari janjinya. Lalu Rasulullah SAW memanggil sahabat tersebut dan bertanyakan kenapa dia tidak menunaikan janjinya ketika mula-mula ingin mengahwini isterinya itu.

Lalu, sahabat tersebut menyatakan Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah menyatakan bahawa pahala membaca Surah Qul Huwallahu Ahad satu kali menyamai pahala membaca 10 juzu' daripada al-Quran? Jadi aku membacanya sebanyak 3 kali. Rasulullah SAW menjawab: Ya.

Kemudian, Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah menyebut bahawa dengan membaca Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar, maka pahalanya menyamai ibadat sepanjang malam? Rasulullah menjawab: Ya.

Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah bersabda bahawa Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun? Rasulullah menjawab: Ya. Dengan ketiga-tiga jawapan sahabat tersebut, Rasulullah SAW dan isterinya meraikannya dengan senyuman kesyukuran.










Salam Lebaran dari Pimpinan Badan Kebajikan Surau Al Ghazali..Maaf Zahir dan Batin
Baca Lagi
Category: 0 comments

Sehari Bersama Sheikh Muhammad Nuruddin Al Banjari Al Makki

Bismillahirahmahirahim.. InsyaAllah bumi Bainun akan menerima kunjungan ulama tersohor nusantara, Sheikh Muhammad Nuruddin Al Banjari Al Makki untuk mengkhatamkan dua buah kitab. Jangan lepaskan peluang untuk menghadiri majlis ilmu dan mendampingi para ulama, mudah-mudahan kita semakin hampir dengan Allah s.w.t



Photobucket
Baca Lagi
Category: 0 comments

MAJLIS BERSAMA HABIB UMAR BIN MOHSIN

MAJLIS BERSAMA HABIB UMAR BIN MOHSIN BIN UMAR AL-ATTAS

TARIKH : 29 JULAI 2010
MASA :7.30 MALAM - 10.00 MALAM
TEMPAT : SURAU AL-GHAZALI

Tentatif : ~ Solat maghrib berjemaah
~ Tausiyah daripada habib
~ Solat Isyak berjemaah
~ Jamuan dan bersurai

Anjuran bersama : JAPIM dan BKS ALGHAZALI

Pesanan : ) :: Pakat mai ramai-ramai dan marilah sama-sama kita memberi sedikit sumbangan untuk pesantren Habib di Malang. Sumbangan serta keikhlasan yang diberi insyaAllah akan memberi saham yang bakal kita laburkan buat bertemu yang Maha Esa di syurga kelak. InsyaAllah.
Baca Lagi
Category: 0 comments

Nama lain malam nisfu syaaban

Sebahagian ulama menyebutkan bahawa malam nishfu sya’ban memiliki banyak nama, dan sudah menjadi maklum bahawa banyaknya nama menunjukkan kemuliaan yang mempunyai nama itu. Bahkan Al Imam Abdul Khoir Ath Thaliqani menyebutkan tidak kurang 22 nama nishfu sya’ban, diantaranya :

Lailatul Mubaarokah (Malam keberkahan)

Ertinya malam itu sendiri memiliki keberkahan, atau karana makna dan rahsia yang terdapat didalamnya atau karana dekatnya malaikat kepada manusia pada malam itu.

Lailatul qismah (Malam pembagian)

Iaitu pemberian rezeki dan penentuan takdir yang sudah ditetapkan oleh Allah SWT, sebagaimana yang diriwayatkan dari ‘Atho’ bin Yasar, beliau berkata:

“Jika tiba malam nisfu sya’ban malaikat maut menghapus setiap nama orang yang ditakdir akan mati pada sya’ban itu sampai sya’ban yang akan datang, dan sesungguhnya seseorang berbuat kezaliman dan kekejian atau menikahi wanita atau menanam pepohonan padahal namanya telah dipindah dari (catatan) golongan orang-orang yang hidup ke dalam (catatan) golongan orang-orang mati dan tidak ada malam yang lebih mulia setelah malam Lailatul Qadr daripada malam nishfu sya’ban”

Lailatut Takfiir (Malam pengguguran dosa)

Al Imam Taqiyuddin As Subki RA menyebutkan dalam tafsirnya bahawasanya malam nisfu sya’ban menggugurkan dosa selama setahun dan malam jum’at menggugurkan dosa sepekan dan malam lailatul qadr menggugurkan dosa seumur hidup.

Lailatul Ijaabah (Malam pengabulan doa)

Diriwayatkan dari Abdullah bin Umar RA, beliau berkata :

“Terdapat lima malam yang tidak akan tertolak doa ( si hamba ), yaitu malam Jumaat, awal malam bulan Rajab, malam nishfu Sya’ban, malam lailatul qadr dan dua malam hari raya (Idul Fitri dan Idul Adha).

Lailatu ‘iidil malaaikah (malam hari raya malaikat)

Al Imam Abu Abdillah Thohir bin Kuhammad bin Ahmad al Haddadi ra menyebutkan dalam kitabnya ‘Uyuunul Majaalis :

“ Sesungguhnya para malaikat di langit mempunyai dua hari raya sebagaimana kaum muslimin, adapun hari raya malaikat adalah malam nisfu sya’ban dan malam lailatul qadr sedangkan hari raya muslimin adalah idul fitri dan idul adha. Hari raya malaikat malam hari karana mereka tidak tidur, jadi siang dan malam sama di hadapan mereka, sedang hari raya muslimin pada siang hari karena malam adalah waktu mereka tidur dan beristirahat “.

Lailatusy Syafa’ah (Malam pemberian syafa’at)

Nama ini diberikan oleh al Imam Abu Manshur Muhammad bin Abdillah al Hakim an Naisaaburi dan ulama lainnya.

Lailatul Baraa ah (malam pembebasan)

Yang dimaksud adalah dibebaskan dari neraka Allah, yang demikian ini diberikan kepada mereka yang melaksanakan hak-hak Allah dan melaksanakan kewajibannya sebagai hamba Allah.

Lailatut Ta’dziim (malam kemulian)

Nama ini diberikan oleh Taqiyuddin as Subki ra dalam tafsirnya.

Lailatul ghufraan wal ‘itq minan niiraan (malam pengampunan dan pembebasan dari neraka)

Keterangan ini disebutkan dalam kitab Tuhfatul Ikhwan yang ditulis oleh as Syeikh Syihabuddin Ahmad bin Hijazi Rahimahullah.

Dengan keterangan diatas kita dapat mengetahui betapa agung malam nisfu sya’ban itu. Sehingga ketika kita sudah mengetahui kemuliaannya maka hendaknya kita mempergunakan kesempatan umur dengan banyak beribadah pada malam ini, entah dengan solat, zikir, selawat atau doa-doa yang biasa dibaca oleh kaum muslimin. Doa-doa itu ditulis oleh ulama pendahulu kita agar dibaca guna memuliakan dan menyemarakkan malam nisfu sya’ban sehingga umur dan waktu kita tidak berlalu begitu saja. Dan di dalam semua itu terdapat fadhilah dan pahala yang besar. Wallahu A’lam.


dipetik daripada : http://madinatulilmi.com/


Baca Lagi
Category: 0 comments

Sya'ban

Bulan Rejab sudah berlalu, kini tiba pula Sya'ban yang mempunyai beberapa peristiwa yang perlu diambil iktibar. Antara peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Sya'ban ialah penukaran arah kiblat, peperangan Bani Mustaliq (Muraisa') dan peperangan Zat al-Riqa'.



1. Penukaran Arah Kiblat.

Pada awal diwajibkan perintah solat kepada umat Islam, Rasulullah SAW dan para sahabat berkiblatkan Baitul Muqaddis. Hal ini telah menjadi satu kontroversi pada ketika itu apabila bangsa Yahudi iaitu bangsa yang tidak pernah redha dengan umat Islam telah mendakwa bahawa agama mereka adalah benar dan diredhai oleh Allah SWT . Hal ini kerana mereka umat Islam telah meniru arah ibadat mereka iaitu mengadap Baitul Muqaddis.


Umat Islam telah ditomah dengan pelbagai tomahan dan ujian. Para sahabat RA telah mengadu kepada Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW menyuruh mereka agar terus bersabar dengan ujian itu sehinggalah ada perintah baru dari Allah SWT. Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Mendengar tentang apa yang berlaku pada ketika itu. Allah SWT telah mewahyukan agar Rasulullah SAW mengadap ke Baitullah Kaabah.

Sebahagian ulama sirah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menerima wahyu perintah mengadap Baitullah pada 15 Syaaban semasa beliau mengimamkan solat. Sebahagian ulamak mengatakan pada solat Asar, ada yang mengatakan Maghrib dan ada yang meriwayatkan pada solat Isya’. Rasulullah SAW sebagai imam terus mengadap ke Baitullah dan diikuti oleh para sahabat sebagai makmum.

2. Peperangan Bani Mustaliq (Muraisi’)

Bani Mustaliq ialah salah satu puak dari kaum Yahudi. Mereka telah merancang untuk membunuh Rasulullah SAW dan berita ini disampaikan kepada Rasulullah SAW oleh seorang sahabat dari puak badwi. Peperangan ini adalah turutan dari peperangan bani Quraizah, kaum yahudi yang telah dihalau oleh Rasulullah SAW keluar dari Madhinah. Peristiwa ini terjadi pada bulan Syaaban, 5H. Pasukan kaum muslimin dapat melumpuhkan pasukan Bani Mustaliq.

Sebagian pasukan Bani Mustaliq ada yang ditawan, termasuklah salah seorang putri pemuka Bani Mustaliq yaitu Barrah, yang nama lengkapnya adalah Barrah binti al-Harris bin Dirar bin Habib bin Aiz bin Malik bin Juzaimah Ibnu al-Mustaliq. Al-Harris bin Dirar, ayah Barrah adalah pemimpin Bani Mustaliq. Barrah telah menjadi tawanan perang milik Sabit bin Qais. Disebabkan Barrah ini seorang perempuan yang cerdik, ia meminta untuk dibebaskan dari Sabit bin Qais, setelah diadakan pembicaraan, Sabit bin Qais meminta tebusan yang mahal.

Tetapi, Barrah waktu itu langsung menemui Rasulullah SAW untuk membicarakan masalah tebusan bagi dirinya. Kemudian Rasulullah SAW pada waktu itu menyetujui membebaskan Barrah dan menebusnya dari Sabit bin Qais dan terus menikahi Barrah dan Rasulullah SAW mengganti nama Barrah menjadi Juwairiyah. Tindakan Rasulullah SAW ini telah memberi banyak faedah kepada umat Islam ketika itu, diantaranya ialah ramai dikalangan Bani Mustaliq yang memeluk Islam dan terpadamnya dendam permusuhan di antara umat Islam dan Bani Mustaliq. Juwairah meninggal dunia pada tahun 56H.

3. Perang Zat al-Riqa’
Dalam pertempuran ini seramai 400 tentera Islam terdiri daripada berkuda dan berjalan kaki telah menghadapi kekuatan musuh daripada Bani Muharib dan Bani Tha’labah daripada Ghatfan di satu tempat di Najd bernama Zat al-Riqa’. Perang ini berlaku pada bulan Syaaban tahun ke-4 Hijrah. Perang ini berakhir dengan kemenangan di pihak Islam apabila kedua-dua kabilah musuh telah melarikan diri.

Baca Lagi
Category: 0 comments

Majlis Ilmu Bersama Sheikh Rohimuddin Annawawi Albentani



P/S : maaf ..terdapat sedikit perubahan berkenaan dengan Majlis Ilmu ini.
Tempat : Surau Al-Ghazali (Bagi sesi pagi dan malam)
Yuran Pendaftaran : RM 3.00 (makanan)




Baca Lagi
Category: 0 comments

Penghuni neraka Hutamah?

“Celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela,yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitungnya,manusia mengira hartanya itu akan mengekalkannya.Sekali-kali tidak.Pasti dia akan dilemparkan ke dalam neraka hutamah.” [Al Humazah 1-4]

Firman Allah di dalam Al-Quran amat jelas ,bahwa penghuni neraka Hutamah adalah :
1. Orang yang suka mengumpat
2. Orang yang suka mencela
3. orang yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitungnya dan menganggap hartanya menjamin hidupnya

mereka itulah yang oleh Allah dikatakan ‘Pasti sebagai penghuni neraka hutamah’

Sungguh kita wajib berlindung pada Allah dari ketiga kelompok orang di atas kerana sesungguhnya kita amat lemah terhadap sifat-sifat itu, sekali tergelincir sebagai pengumpat dan pencela. Namun ketika kita telah tahu firman Allah maka kita seharusnya menjaga diri dari hal-hal yang demikian supaya kita selamat dunia dan akherat.

Seperti apa sebenarnya Neraka Hutamah?

“Api [azab] Allah yang dinyalakan,yang membakar sampai ke hati,sungguh,api itu ditutup rapat di atas diri mereka,sedang mereka diikat pada tiang yang panjang.” [Al Humazah 6-8]

Ayat Api [azab] Allah yang dinyalakan

Azab itu bukan hanya diberikan kelak di neraka akan tetapi sejak di dunia bagi orang yang termasuk golongan penghuni hutamah telah mendapat azab sejak di dunia. Lihatlah orang yang kikir,merasa hartanya dapat menjamin hidupnya,berat memberi sebahagian hartanya untuk fakir miskin.Allah telah tampakkan azab dunia sebagai mana firmanNya,hidupnya tidak tenteram,selalu takut akan berkurang hartanya,kemana-mana berselisih tentang harta,banyak menzalimi orang sehingga hatinya terasa terbakar.Bahkan Allah menutup rapat api itu atas diri mereka,maksudnya hidupnya penuh dengan masalah,sulit sekali hatinya tenang,sehingga apa-apa yang dilakukan malah mengiring mereka pada azab Allah.

Banyak contoh kita lihat orang yang kaya kerana pentingkan dunia. Di awal,memang hartanya melimpah-limpah,serba lengkap, di depan orang awam nampak sebagai orang yang berjaya. Namun beberapa waktu kemudian hartanya justeru membawanya pada jeriji besi,keluarganya berantakan,hidupnya yang mewah berganti susah.Bagaimana hal ini tidak membuat hatinya sedih,marah,dsb? inilah yang dikatakan Allah membakar sampai ke dalam hatinya.

“Wahai orang-orang yang beriman,peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu,penjaganya malaikat-malaikat yang kasar dan keras…” [At-Tahrim 6]


Baca Lagi
Category: 0 comments

Selamat Hari Guru 2010


Assalamualaikum wbt. kami Jawatankuasa Badan Kebajikan Surau Al-Ghazali mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua pensyarah yang tidak lokek berkongsi ilmu, rakan-rakan guru pelatih IPG Kampus Tuanku Bainun dan semua bakal guru di IPG seluruh Malaysia. "Guru Pembina Negara Bangsa"

...Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca...

(Dipetik daripada sajak Guru o Guru, Usman Awang, 1976)


Semoga guru-guru dan bakal guru dapat istiqomah dalam perjuangan mendidik anak bangsa. Dunia pendidikan adalah satu medan perjuangan dan jihad yang besar serta mulia di sisi agama. Semoga perjuangan mendidik anak bangsa mendapat keredhaan Allah SWT.


Baca Lagi
Category: 0 comments

MALAM SYIFA-UL QULUB


Baca Lagi
Category: 0 comments

Hormatilah Azan

Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud :


"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."


Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apapun semasa azan berkumandang. Sebagai orang Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.... mengapa azan kita tidak boleh mendiamkan diri....!!! Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba.... maka kita tidak dapat mengucapkan kalimah lailahaillallah... yang mana sesiapa yg dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya dicabut...Allah menjanjikan syurga untuknya.
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu walaupun nyawa sedang dicabut.


"Ya...Allah, anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah Laillahaillallah... semasa sakaratul maut menghampiri kami...."

Baca Lagi
Category: 0 comments

Lima Penawar Hati

Di dalam kitab at-Tibyan fi adabi hamlatil Quran, susunan Imam an-Nawawi, beliau ada menukilkan kata-kata seorang ahli ma’rifat bernama Ibrahim Khawwash. Katanya terdapat lima penawar hati iaitu

1) Membaca al-Quran dengan meneliti maksudnya

2) Mengosongkan perut

3) Bangun bersolat malam

4) Bertadharruk (memohon doa) kepada Allah pada waktu sahur

5) Duduk dalam majlis orang-orang soleh


Pertama : Ramai juga orang yang baca al-Quran. Tapi biasanya membaca tanpa memerhati , memahami dan mengamalkan maksud ayat yang dibaca. Sebab itulah banyak umat Islam yang melanggar hukum agama, kerana tidak memahami apa yang dibaca.

Kedua : Dari sudut kesihatan fizikal, pakar kesihatan bahkan Nabi Muhammad SAW sendiri mengatakan bahawa perut adalah punca penyakit. Mengosongkan perut dengan erti kata berpuasa atau bersederhana ketika makan.

Ketiga : Ramai orang boleh bangun malam. Bangun sebab anak menangis, mahu memonton perlawanan bola sepak, atau seumpamanya. Tetapi bangun untuk bersolat malam walau 2 rakaat, memang sangat berat.

Keempat : Ramai juga di antara kita yang beranggapan bahawa waktu sahur hanyalah untuk makan mengisi perut sebelum berpuasa dalam bulan Ramadhan. Sebenarnya antara waktu-waktu mustajab untuk berdoa adalah ketika waktu sahur

Kelima : Duduk menghadiri majlis-majlis ilmu, berada bersama-sama dengan orang baik tentu dapat menenangkan jiwa . Ia jauh lebih mulia berbanding berada di disko, kedai kopi, padang bola dan pusat beli belah(melepak).



Baca Lagi
Category: 0 comments

Rahmat dan Hidayah

Ibnu Qayyim pernah menyatakan bahawa nama Allah iaitu Ar-Rahman mengandungi makna hidayah(petunjuk) Allah swt kepada hambaNya dengan mengutuskan kepada mereka para Rasul dan kitab-kitab. Rahmat yang diberikan-Nya lebih besar daripada nikmat-nikmat seperti hujan, rumput, buah-buahan, tanaman yang subur dan sebagainya. Hal ini disebabkan rahmat daripada Allah swt yang bentuknya menghidupkan dan menyuburkan jiwa jauh lebih bernilai berbanding rahmat yang bentuknya untuk kelangsungan hidup dan kesihatan badan.




Rahmat juga merupakan satu penyebab segala sesuatu antara Allah swt dengan hambaNya. Kerana Rahmat-Nya, Dia mengutuskan para Rasul, menurun kan Al-Quran sebagai petunjuk insan yang beriman. Dengan rahmat juga Adia menempatkan hamba-Nya di dalam syurga.

p/s:: berzikir 500 kali dengan menyebut nama Allah swt iaitu Ar-Rahman seusai solat lima waktu dapat menjadikan kita seorang yang pengasih, terang hati dan tidak pelupa dengan izinNya.
-Wallahualam..-
Baca Lagi
Category: 0 comments

Berdoalah...

Doa adalah sebuah permohonan, pengharapan seorang hamba kepada penciptaNya. Doa itu intinya adalah ibadah, doa adalah senjata, doa adalah ubat, doa adalah pintu segala kebaikan. Semua makhluk yang berada di dunia ini bergantung kepada penciptaNya.

Setiap hamba perlu berdoa kerana kita diciptakan dalam keadaan yang penuh dengan keterbatasan-keterbatasan. Manusia memang ditakdirkan sebagai makhluk yang paling sempurna dengan segala kelebihan-kelebihannya, namun disebalik kelebihan itu manusia juga tidak lari dari memiliki kelemahan.

Cuba bayangkan jika kita sedang berada ditengah lautan. Tiba-tiba kapal yang kita tumpangi terumbang ambing, ke kanan dan ke kiri karana pukulan ombak yang kuat menghentam secara tiba-tiba. Sang nahkoda memberi telah peringatan tanda bahaya dan ditakdirkan seluruh talian komunikasi terputus yang menyebabkan segala bentuk bantuan gagal diperoleh.

Apakah yang akan kita lakukan pada saat itu? Adakah kedudukan, pangkat, keturunan, kekayaan dan kecantikan masih dipentingkan? Sudah tentu tidak sama sekali. Setiap orang pasti berfikir akan keselamatan sebagai perkara utama. Justeru, kepada siapa kita perlu memohon pertolongan? Adakah dengan menjerit sehabis kuat di tengah lautan mampu menyelamatkan kita? Adakah dengan membuat keputusan untuk berenang di lautan mampu menyelamatkan kita? Jika seseorang itu pandai berenang, adakah dia masih selamat daripada makhuk lain yang menghuni lautan? Adakah dia pasti dia tidak akan lemas? Oleh itu, kepada siapakah kita selayaknya memohon pertolongan dan keselamata? Jawapan yang pasti adalah Allah SWT.

Disebalik kelebihan-kelebihan yang kita miliki, kita menyimpan kelemahan-kelemahan yang tidak dapat kita tutupi, untuk itu kita perlu meminta kepada Allah SWT, berdoa dengan penuh kekhusyukkan, penuh harapan, tulus, pasrah dan ikhlas, seperti yang difirmankan Allah:

“Hai manusia, kamulah yang memerlukan Allah, dan Dia-lah Yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) Yang Maha Terpuji.” (QS Faathir: 15).

Ada sebuah kisah tentang masyarakat Basrah yang waktu itu sedang dilanda kemelut sosial. Kebetulan mereka kedatangan ulama besar yang bernama Ibrahim bin Adham. Masyarakat Basrah pun mengadukan nasibnya kepada Ibrahim bin Adham, “Wahai Abu Ishak (panggilan Ibrahim bin Adham), Allah berfirman dalam Al-Quran agar kami berdoa. Kami warga Basrah sudah bertahun-tahun berdoa, tetapi kenapa doa kami tidak dikabulkan Allah?”

Ibrahim bin Adham menjawab, “Wahai penduduk Basrah, hati kalian telah mati dalam sepuluh perkara. Bagaimana mungkin doa kalian akan dikabulkan Allah!

» Kalian mengakui kekuasaan Allah, tetapi kalian tidak memenuhi hak-hak-Nya. Setiap hari kalian membaca Al-Quran, tetapi kalian tidak mengamalkan isinya.

» Kalian selalu mengaku cinta kepada rasul, tetapi kalian meninggalkan sunnah-sunnahnya.

» Setiap hari kalian membaca ta’awudz, berlindung kepada Allah dari syaitan yang kalian sebut sebagai musuhmu, tetapi setiap hari pula kalian memberi makan syaitan dan mengikuti langkahnya.

» Kalian selalu mengatakan ingin masuk syurga, tetapi perbuatan kalian bertentangan dengan keinginan itu.

» Katanya kalian takut masuk neraka, tetapi kalian justru mencampakkan dirimu sendiri kedalamnya.

» Kalian mengakui bahawa mati adalah satu yang kepastian, tetapi nyatanya kalian tidak mempersiapkan diri untuk menghadapinya.

» Kalian sibuk mencari-cari kesalahan orang lain, tetapi kesalahan sendiri kalian tidak mampu melihatnya.

» Setiap saat kalian menikmati kurniaan Allah, tetapi kalian lupa mensyukurinya.

» Kalian sering menguburkan jenazah saudaramu, tetapi kalian tidak mengambil pelajaran dari peristiwa itu.”

» Terakhir ia mengatakan, “Wahai penduduk Basrah, ingatlah sabda nabi, “Berdoalah kepada Allah, tetapi kalian harus yakin akan dikabulkan. Hanya saja kalian harus tahu bahwa Allah tidak berkenan mengabulkan doa dari hati yang lalai dan main-main.”



Baca Lagi
Category: 0 comments

Apa ada di Dewan Kirkby ?? :D

Assalamulaikum....

Pengunguman>> Jabatan Pendidikan Islam dan Moral dengan kerjasama Badan Kebajikan Surau Al-Ghazali akan menganjurkan satu wacana ilmu yang bertajuk Membudayakan Pemakanan Halalan Toyyiban Dalam Kehidupan Seharian. Semua pelajar dijemput hadir ke majlis perkongsian ilmu ini bagi menambahkan lagi kefahaman kita mengenai makanan yang halal. Semoga kita terhindar dari perkara-perkara yang syubhah dan haram .

Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.
(Al-Baqarah : 169)




Baca Lagi
Category: 0 comments

Bekerja Kerana Allah

Suatu hari ketika baginda Rasulullah s.a.w. duduk-duduk dengan para sahabat, mereka terlihat akan seorang anak muda sedangbekerja dengan penuh bersemangat.

Seorang sahabat lalu berkata, "Kasihan anak muda itu. Alangkah bagusnya kalau usia muda dan kekuatannya digunakan untuk fisabilillah."

Mendengar ucapan itu, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Jangan kamu semua berkata demikian,sebab orang itu kalau keluarnya dari rumah untuk bekerja bagi mengusahakan kehidupan anaknya yang masih kecil, maka dia telah berusaha fisabilillah. Jika dia berusaha untuk dirinya sendiri, tidak sampai meminta-minta kepada orang lain, itu pun fisabilillah. Tetapi kalau dia bekerja untuk menunjuk-nunjuk apa-apa yang dimilikinya atau untuk bermegah-megah , maka itulah fisabilis syaitan atau mengikut jalan syaitan." (Riwayat At-Tabrani)

Oleh yang demikian, bagi insan yang bergelar lelaki ataupun wanita, berusahalah dengan keringat sendiri kerana itulah sebaik-baik rezeki. Berusahalah dengan ikhlas, semoga kita mendapat nikmatnya .

Baca Lagi
Category: 0 comments

Gotong-royong perdana

Bismillahirahmanirahim.. alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi kerana masih diberi peluang untuk mengecapi udara yang segar untuk terus mengabadikan diri kepada Allah swt. Pada kesempatan ini, pihak Badan Kebajikan Surau ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam program Gotong-royong Perdana yang telah berlangsung pada hari Ahad , 4 April 2010 bermula jam 2.30 petang.

Antara aktiviti keceriaan dan kebersihan surau yang telah dilakukan ialah mengecat dinding di ruang solat surau, menceriakan dapur surau, menghias ruang di bahagian luar surau, membersihkan persekitaran surau dan lain-lain lagi.

Alhamdulillah.. sekarang surau kita nampaknya semakin ceria.. jadi apa lagi.. jom la sama-sama kita imarahkan surau kita.. :) semoga kita mendapat keberkatan dengan segala amal kebajikan kita. Ameen ...


Baca Lagi
Category: 0 comments

Selamat Bercuti

Assalamualaikum... Jawatankuasa Badan Kebajikan Surau mengucapkan Selamat Bercuti penggal kepada semua warga IPGKTB. Semoga kalian dapat memanfaatkan cuti ini dengan perkara-perkara yang berfaedah. :) Tidak dilupakan kepada semua guru pelatih Semester 1 PISMP, selamat menjalani PBS yang akan bermula selepas cuti di lokasi masing2.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Baca Lagi
Category: 0 comments

Sambutan Maulidur Rasul 1431H

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1431H
PERINGKAT
IPG KAMPUS TUANKU BAINUN

TARIKH: 4 Mac 2010M(18 Rabiulawal 1431H)
MASA : 8.00 malam
TEMPAT : Dewan Aminuddin Baki, IPG KTB

- TENTATIF PROGRAM -

  • Persembahan qasidah
  • Persembahan Pentomen bertajuk "Memoir Utusan Terakhir"
Anjuran : Jabatan Pendidikan Islam dan Moral dan Badan Kebajikan Surau
Baca Lagi
Category: 0 comments

SALAM MAULIDUR RASUL 1431H



~RASULULLAH SAW SEBAGAI QUDWAH HASANAH~

Adakah kita hanya mengenali Nabi Muhammad saw sekadar manusia biasa seperti ahli keluarga, dan guru-guru ; sekadar mengingati sahaja tanpa perlu mengambil intipati suruhan dan larangan yang diberi?

Alangkah sedihnya apabila manusia dilalaikan dengan kehidupan dunia sehingga mereka tidak mampu untuk menjadikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai idola dalam segenap perbuatannya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : Sesungguhnya bagi kamu pada diri Nabi Muhammad terdapat contoh yang terbaik (untuk menjalani kehidupan di dunia) bagi sesiapa yang mengharapkan pertemuan yang baik dengan Allah dan juga hari akhirat dan mereka mengingati Allah dengan sebanyaknya.

Kita semua sebagai umat Nabi Muhammad mesti menjadikan Rasul sebagai ikutan kita dalam segenap aspek. Baik dari segi akhlak pergaulan, bermasyarakat, berpolitik dan perjuangan Nabi Muhammad mengajak manusia seluruhnya kepada pengabdian kepada Allah semata-mata.

Saidatina Aisyah pernah ditanya oleh sahabat perihal akhlak nabi lalu Aisyah menjawab : Akhlak Nabi seperti mana yang terdapat dalam Al-Quran. Begitulah peribadi Nabi Muhammad yang menjadikan Al-Quran sebagai pedoman baginda dalam menjalankan tugas sebagai utusan Allah.

Bagaimana dengan diri kita semua adakah telah menjadikan Al-Quran sebagai panduan kita dalam menyelesaikan permasalahan-permasalahan yang timbul. Begitu jauh sekali dengan apa yang dikehendaki Nabi Muhammad, buktinya dalam menyambut Maulidur Rasul bersungguhnya kita menyambut tetapi apa yang diperintah oleh Nabi supaya berpegang dengan Al-Quran dan Sunnah Nabi sebahagian manusia menolak mentah-mentah perintah Nabi.

Adakah manusia ini menyangka bahawa mereka lebih hebat dari Nabi dan perintah ALLAH S.W.T Penciptanya, ingatlah kepada pemimpin dan mereka yang menolak Al-Quran bahawa mereka tidak akan selamat diakhirat kelak sebagai tempat yang kekal abadi walaupun mereka tidak menerima hukuman di dunia ini.

ALLAH S.W.T tidak akan mengazab dan menyeksa sesuatu kaum dengan sewenang-wenangnya tetapi Allah akan mengutuskan seorang utusanNya dalam menyedarkan masyarakat dengan kesalahan dan keburukan yang dilakukan mereka, jika mereka masih lagi keras hati dan berdegil dengan tidak mahu mengikut utusan Allah tersebut maka tunggulah azab seksa dari ALLAH.

Perjuangan Nabi Muhammad saw menegakkan Islam sepatutnya dihayati oleh manusia seluruhnya daripada bermulanya penerimaan wahyu di gua Hira’ dan sehingga kewafatan Nabi Muhammad saw penuh dengan norma-norma yang kita kena jadikan sebagai penguat semangat dalam menegakkan Islam.

Allah tidak akan mensia-siakan pahala lelaki dan wanita yang beriman dan yakin dengan janji Allah yang mana mereka akan memperolehi nikmat yang terbesar sekali dalam hidup mereka iaitu nikmat dapat memasuki syurga Allah yang luasnya seluas langit dan bumi.

Sabda Rasulullah saw : " Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku ;nescaya dia akan bersama-samaku di dalam syurga." ( Hadis Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

Align Center
Baca Lagi
Category: 0 comments

UCAPAN DASAR PENGERUSI BKS SESI 2007/2009

UCAPAN DASAR PENGERUSI BKS SESI 2007- 2009
Sempena Muktamar Sanawi Kali Pertama
Badan kebajikan Surau
IPG Kampus Tuanku Bainun.
بسم الله الرمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركتة
الحمد لله ثم الحمد لله والشكر لله ولا يستحقه احد سواه, صلاة وسلاما دئمين ابدين على حبيبنا المصطفى وعلى آله وصحبه ومن استن بسنته الى يوم الدين ام بعد.
Terima kasih kepada saudara Pengerusi Tetap
Yang Berbahagia Sohibul Fadhilah Penasihat Badan Kabajikan Surau
Yang Dihormati Saff kepimpinan Badan Kebajikan Surau Sessi 2007- 2009
Yang Berusaha, Pengarah dan AJK Pelaksana Muktamar Sanawi Kali Pertama
Yang diraikan Dif-Dif kehormat dan para tetamu jemputan.
Yang dihormati para perwakilan dan para pemerhati yang dirahmati Allah sekalian

UCAPAN SELAMAT DATANG

Pertama- tamanya, puji-pujian bagi Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Selawat dan salam buat kekasih agung, Muhammad S.A.W, serta seluruh keluarga baginda. Saya mulakan ucapan saya dengan mengucapkan Ahlan Wasahlan Wa Marhaban Bikum ke Muktamar Sanawi Badan Kebajikan Surau Al-Ghazali kali pertama. Sekalung penghargaan dan terima kasih buat semua perwakilan dan pemerhati yang terdiri daripada bakal-bakal murabbi dari pelbagai bidang pengajian, yang pastinya mempunyai percambahan idea dan cadangan-cadangan bernas dalam usaha kita merejuvenasikan organisasi Badan Kebajikan Surau Al-Ghazali IPG Kampus Tuanku Bainun ini. Sekali lagi, Selamat Datang ke Muktamar Sanawi Kali Pertama Badan Kebajikan Surau Al-Ghazali IPG Kampus Tuanku Bainun.

MUQADDIMAH

Menggalas tanggungjawab sebagai ‘centre’ syiar Islam di IPG Kampus Tuanku Bainun ini, Badan Kebajikan Surau Al-Ghazali amat memerlukan sokongan semua warga Muslim IPG Kampus Tuanku Bainun. Ini adalah perjuangan kita bersama. Perjuangan untuk menegakkan syiar Islam di IPG ini sekaligus mewujudkan satu bi’ah ( suasana ) yang solehah ( baik ) di sini. Namun begitu, lumrah sebuah perjuangan, pastinya dihidang dengan pelbagai mehnah dan tribulasi. Inilah syarat yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T bagi seorang muslim yang mukmin. Firman Allah dalam Al-Quranul Karim yang berbunyi


الم (1)أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ (2)


Maksudnya: Alif laam miim. Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami Telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?
~ Surah Al-Ankabut ayat 1-2 ~

Hadirin hadirat dan barisan perwakilan yang dirahmati Allah..

Muktamar ini sangat bererti bagi kita semua. Ia membuka lembaran baru dalam bingkisan sebuah perjuangan yang sangat panjang. Muktamar yang julung-julung kali diadakan ini adalah garapan idea daripada penasihat Badan Kebajikan Surau Al-Ghazali, Dr Nazmi bin Desa bersama barisan Ahli Majlis Tertinggi BKS 2007/2010. Saya yakin dan percaya dengan tema yang dipilih iaitu “Menjana Fikrah Islami, Menjulang Izzah Islami”, muktamar sanawi yang dianjurkan buat kali pertama ini akan menjadi satu platform utama bagi semua perwakilan yang turut sama mewakili suara seluruh warga Muslim IPG KTB ini untuk sama-sama bergabung tenaga, menjana fikrah bagi memantapkan lagi organisasi BKS dan seterusnya menjulang ‘Izzah Islami ke peringkat yang tertinggi. Kita tidak mahu segala permasalahan yang timbul berkaitan agama Islam terus menjadi fitnah besar buat warga yang lain. Dan sudah pasti kita tidak mahu kita menjadi punca utama fitnah itu tersebar luas. Maka sekali lagi saya menyatakan keyakinan saya bahawa Muktamar ini akan menjadi satu titik mula kepada sebuah rejuvenasi pemikiran kepada seluruh warga muslim IPG Kampus Tuanku Bainun ini. Saya menyeru seluruh perwakilan, ayuhlah bekerja bersama-sama BKS demi kegemilangan Islam yang kita cintai.

PAKSI PERJUANGAN BKS

Hadirin dan hadirat, barisan perwakilan dan pemerhati yang saya hormati.

Dalam rangka menjana kebangkitan dan keunggulan Islam di IPG ini, suka saya mengingatkan bahawa sebuah organisasi Islam perlu meletakkan teras kekuatan kumpulan di atas paksi penting yang kita sepakati bersama. Memetik kata-kata Hamka yang berbunyi kerapkali orang tua menyesali pemuda bekerja terburu-buru dan kurang berfikir, kerapkali orang muda menuduh orang tua lambat bertindak dan terlalu banyak berfikir.Alangkah sibuknya dunia kalau pimpinan hanya di tangan orang muda dan dunia akan membosankan kerana lambat geraknya kalau pemimpinnya hanya orang tua.Gabungan antara gelora semangat muda dan renungan fikiran yang tua itulah yang menimbulkan keseimbangan dalam kehidupan, maka Ahli majlis tertinggi BKS sesi 2008/2010 telah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan beberapa perbincangan bersama-sama penasihat BKS bagi merangka satu perlembagaan sebagai panduan dan rujukan jawatankuasa dan ahli BKS. Justeru izinkan saya mengambil sedikit masa barisan perwakilan dan hadirin hadirat sekalian bagi menjelaskan beberapa elemen penting yang mesti difahami dan digarap serentak dengan semangat yang semakin berkobar-kobar dalam diri kita semua mengembalikan kegemilangan Islam.

Fasal pertama dalam bab kedua perlembagaan BKS menggariskan bahawa visi BKS ialah membangunkan sebuah organisasi yang bercirikan Ilmi, Haraki, Ijtimae’i dan Sufi. Saya berpendapat bahawa setiap gerak amal Islami yang benar-benar menyeluruh adalah sebuah kerja yang dibina diatas manhaj Rasulullah S.A.W yang saling lengkap melengkapi dalam segenap sudut dan hala tujunya. Justeru, BKS menggariskan empat perkara yang perlu kepada satu keseimbangan dalam diri setiap qiyadah (pimpinan) dan jundiyyah (ahli) iaitu ilmu, haraki, ijtima’ei dan sufi. Walau bagaimanapun, gerak kerja Islam yang mempunyai pelbagai aspek umum dan tujuan seperti BKS ini mengkehedaki supaya ditentukan kedudukan mengikut urutan keutamaannya sementara dalam masa yang sama diawasi keseimbangannya. Sebagai contoh, penggarisan Ilmu sebagai tonggak utama BKS bertepatan sekali dengan firman Allah dalam surah Al-Mujadalah ayat 11 yang berbunyi:

يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Maksudnya : Nescaya Allah akan meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.
Selain itu, diriwayatkan juga daripada Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“ sesiapa yang dikehendaki Allah kebaikan padanya, maka diberikan kefahaman yang mendalam dalam agama ( Islam )”

Ayat-ayat dan hadis yang saya sebutkan sebentar tadi membuktikan kepada kita tentang kepentingan ilmu pengetahuan bagi mengukuhkan lagi kefahaman tentang sebuah organisasi.
Seterusnya, BKS menjadikan haraki, ijtima’ei dan sufi sebagai elemen-elemen yang perlu dititikberatkan oleh kita semua selaku penggerak utama BKS demi kegemilangan Islam di IPG ini. Hakikatnya, setiap elemen yang digarap ini mempunyai kepentingan-kepentingan tersendiri yang saya akan huraikan bersama-sama hadirin sekalian.

Dari sudut ijtima’ei, saya amat berharap agar barisan pimpinan dan ahli BKS mampu menggandakan usaha bagi menggalas tanggungjawab menjadi agen perubahan kepada masyarakat walau di mana kita berada. Seperti kata orang, dilempar ke laut menjadi pulau, kita tidak mahu penggerak BKS yang juga merupakan bakal Murabbi mendidik anak bangsa bersifat jumud dan tidak terbuka menerima pelbagai aliran dan kerenah masyarakat. Kita impikan generasi yang lahir dari kampus ini menjadi permata dalam masyarakat. Bukan sahaja menjadi guru yang berbakti kepada anak bangsa, malah seorang manusia yang mempunyai nilai-nilai muhibbah, sanggup berkorban dan berganding bahu memastikan masyarakat mendapat manfaat dari diri kita.

Suka saya meneruskan ucapan saya dengan menyebutkan soal haraki yang mana amat penting dalam membentuk saff pimpinan yang mantap. Bertepatan dengan objektif BKS untuk Melahirkan guru murabbi yang berjiwa pemimpin dan berktrampilan dalam setiap kegiatan dakwah di samping cekap dengan kemahiran pengurusan organisasi yang sistematik, kita mengharapkan semua ahli terutamanya barisan pimpinan mendapat satu pengalaman pengurusan yang berharga sepanjang berkhidmat dengan BKS. Saya juga mengingatkan barisan pimpinan supaya mengukuhkan organisasi dalam satu saff yang kukuh dan membentuk satu pasukan yang kuat serta tidak mudah goyah dengan cabaran semasa. Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Saff ayat 4 yang berbunyi :

Maksudnya:
Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.

Elemen terakhir yang menjadi tumpuan BKS ialah kesufian diri di mana setiap warga BKS mestilah sentiasa menjalin hubungan baik dengan Allah S.W.T. Tidak dapat tidak, kekuatan rohani juga perlu dititik beratkan dalam usaha menyampaikan dakwah Islamiyyah kepada Ummat Islam seluruhya. Jangan hanya lantang bersuara di khalayak ramai tapi tidak menjaga hubungan dengan Allah S.W.T. Ingin saya ingatkan di sini, apa juga matlamat yang hendak dicapai mahupun cita-cita dan angan-angan yang ingin digapai, tetapkan bahawa keredhaan Allah S.W.T sentiasa menjadi tujuan pasti dan diletakkan di tempat tertinggi di hati setiap ahli.

Barisan perwakilan, hadirin dan hadirat sekalian,

Saya menegaskan kepada hadirin sekalian bahawa perjuangan di dalam organisasi BKS ini bukanlah satu perjuangan main-main mahupun perjuangan yang sekadar gah di mulut tetapi tiada pelaksanaanya. Maka saya sebutkan di sini bahawa BKS mendokong satu matlamat yang menjadi fokus utama terutamanya kepada barisan pimpinan baru yang bakal dilantik pada malam ini iaitu melahirkan guru Murabbi yang secara total cinta Allah dan RasulNya dan mengamalkan Islam secara syumul berpandukan Al-Quran dan As- Sunnah selaras dengan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Saya sangat tertarik untuk memberikan penghayatan mendalam terhadap ungkapan guru Murabbi itu . Kita sedia makruf tentang kemunculan pelbagai budaya barat yang jauh tersimpang dengan ajaran Islam yang sebenar. Hakikatnya, budaya-budaya ini mengancam kesejahteraan ummah sejagat. Lihat sahaja pada keruntuhan moral yang semakin parah, natijah kehidupan Hedonisme masyarakat hari ini yang menolak kawalan moral sekaligus mengabaikan secara total nilai-nilai keagamaan, juga kebebasan media dan jaringan jalur lebar yang kebelakangan ini sangat melampau. Fenomena-fenomena yang tumbuh agak pantas ini menggusarkan saya dek kerana kita adalah satu angkatan muda yang bakal menentukan masa depan generasi akan datang. Kita bukan sekadar seorang bakal guru yang mengajar tulis baca, malah bakal menjadi mu’addib yang mengajar adab juga tingkah. Malahan kita adalah bakal muslih yakni golongan yang bakal mengislahkan anak-anak kecil membugarkan semula roh keislaman mereka. Bukan sekadar itu, yang paling utama, kita adalah bakal murabbi yang bakal memimpin generasi akan datang untuk mengenal Allah. Maka agak ralat rasanya sekiranya bakal murabbi yang ada di hadapan saya ini tidak diberi ruang dan pendedahan di IPG ini sebagai persediaan kita menghadapi alam kerjaya kelak. Inilah yang BKS ingin tonjolkan. Kita sedar bahawa jalan ini bukan mudah, namun saya yakin dan percaya, dengan kesepaduan saff pimpinan baru yang bakal dilantik pada malam ini akan mampu memimpin dan memandu angkatan guru murabbi yang mampu memberikan jasa dan sumbangan buat Agama, Bangsa dan Negara. Terkenang saya pada ungkapan Al-‘Allamah Dr Syeikh Yusuff Al-Qardhawi : “Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini, sekiranya golongan muda pada hari ini adalah daripada kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita pada masa hadapan menjadi sebuah negara yang aman makmur”. Maka silalah hadirin dan hadirat bayangkan apa yang bakal terjadi terhadap generasi akan datang sekiranya barisan guru yang bakal dilahirkan ini tidak mantap dari sudut keilmuannya, juga longlai dalam haraki dan ijtima’ei malah rapuh dari sudut kesufiannya. Kita tidak mahu menjadi perintis terhadap generasi jahiliah moden yang menyanjung dunia tanpa menghiraukan akhirat yang hakikatnya menjadi matlamat asal kehidupan manusia.

Barisan perwakilan, hadirin dan hadirat sekalian,

Sementara kita semua sedang peka dengan permasalahan-permaalahan sejagat yang timbul ini, sementara semangat masih lagi berkobar-kobar untuk membangunkan Islam, jangan kita lupa terhadap rujukan tertinggi kita, yakni Al-Quran dan Al-Sunnah. Suka saya sebutkan disini, dalam fasal kelima bab kedua perlembagaan BKS menggariskan bahawa Dasar, Rujukan Tertinggi dan Aqidah BKS ialah Islam, Al-Quran, Al-Sunnah dan Ijma’ serta Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagaimana hadis Rasulullah

'Aku tinggalkan kepada kamu semua dua perkara, di mana kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagimana kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya. (Dua perkara tersebut ialah) Kitab Allah (al-Qur’an) dan Sunnahku.'

Juga hadis Rasulullah yang berbunyi :
Maka, hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa' Ar-Rasyidin Al-Mahdiyyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baharu (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."

Maka, tidak ada keraguan lagi bahawa BKS sentiasa mendokong syariah Islam demi menegakkan syiar Islam di dunia amnya dan di kampus ini khasnya. Saya berharap, segala apa yang digarapkan di dalam perlembagaan BKS ini bukan hanya catatan kosong di kertas putih. Sebaliknya, ia adalah satu ikrar dan inspirasi untuk kita bersama-sama memantapkan diri dan organisasi sebagai persediaan untuk kita menghadapi kelompok masyarakat kelak.

SEJARAH HASAN AL-BANNA

Kejatuhan Khilafah Uthmaniah merupakan suatu titik hitam dalam sejarah umat, umat islam mula hilang arah & tujuan, daripada mempunyai satu kesatuan yang amat kukuh dan utuh hinggalah ianya hancur dan runtuh pada tahun 1924 . Namun di sebalik runtuh dan jatuhnya khilafah islamiah tersebut munculnya Imam As-syahid Hasan Al-Banna, Hasan Al-Banna dilahirkan di kota Mahmudiyah, pada bulan Oktober 1906 dan diberikan didikan asas di rumah dengan menghafaz Al-quran dan mempelajari ilmu Islam. Beliau pernah menuntut di pusat latihan guru Damanhur dan memperoleh pangkat pertama dalam peperiksaan di pusat latihan ini. Setelah itu beliau melanjutkan pelajaran ke Darul Ulum pada tahun 1927 dengan mendapat pangkat pertama. Beliau mula mengajar pada tahun 1933 ketika baru berusia 21 tahun di Bandar Ismailiah, Mesir. Hassan Al-Banna adalah hadiah yang paling besar daripada Allah setelah kejatuhan Khilafah Utmaniah Turki. Kehadirannya mengubat luka tercalar akibat penangan proksi barat yang memerintah Negara umat Islam. Kehidupan dan pemikirannya membangkitkan satu revolusi kesedaran dalam masyarakat Islam untuk membebaskan diri daripada penjajah Barat. Imam Al-Banna al-mulhab al Mauhub( seorang yang dikurniakan ilham dan idea yang hebat daripada Allah swt ) diakui oleh para ulama dan pengkaji. Beliau berjaya menyatukan jiwa-jiwa yang pelbagai kepada satu jiwa yang berjuang untuk mengembalikan keagungan Islam, begitulah besarnya jasa beliau terhadap umat Islam di seluruh dunia, walaupun beliau hanyalah seorang insan bergelar guru sekolah rendah, pemuda As-Syahid Imam Hasan Al-Banna.

Sidang perwakilan yang dikasihi sekalian.

Oleh itu, guru pelatih yang merupakan generasi muda perlu bangkit dan menyertai arus kebangkitan dakwah Islam, menyumbang jasa dan bakti terhadap pembangunan jiwa-jiwa yang patuh dan tunduk kepada Allah swt serta menjadi agen perubahan kepada masyarakat. Sirah Rasulullah saw juga menyaksikan Baginda dibangkitkan bersama-sama dengan anak-anak muda yang berani menentang arus jahiliyah. Mereka sanggup berdada dan menyinsing lengan berdepan dengan penguasa yang taghut lagi zalim. Madrasah Tarbiyyah Rasulullah saw melahirkan pemuda-pemuda dakwah seperti Mus’ab Bin Umair , Talhah Bin Ubaidillah, zubair Bin Al-Awwam, Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Uthman Bin Affan, Arqan Bin Abi Al-Arqam dan lain-lain.Mereka adalah anak-anak muda yang diasuh dengan semangat yang kental oleh baginda Nabi saw.

As-Syahid Syed Qutb menyatakan bahawa mereka adalah (جيل القرآن الفريد ( generasi Al-Quran yang unggul hasil manhaj Rasulullah saw. Hanya golongan seperti merekalah yang akan diberikan kejayaan oleh Allah swt

PEMERKASAAN ORGANISASI BKS

Hadirin Yang dimuliakan,
Hasrat untuk melihat BKS berkembang menjadi sebuah organisasi yang kuat tidak akan dapat dicapai tanpa mempunyai sistem pengurusan organisasi yang kukuh. Rasulullah saw menganjurkan umatnya untuk beriltizam dan bekerja di dalam satu pasukan, kerana tidak ada kekuatan andai segala gerak kerja dilakukan dengan secara berseorangan, renung dan insafilah sabda Rasulullah saw:

"فعليكم بالجماعه فانما يأكل الذأب من غنم الخصيه"
“ hendaklah kamu berada di dalam kesatuan, kerana sesungguhnya serigala hanya akan membaham kambing yang terkeluar dari kawanannya”

Barisan pimpinan mestilah diberi pendedahan yang maksimum dalam usaha mewujudkan satu saff pimpinan yang unggul. Kita tidak mahu wujudnya perpecahan dalam pimpinan yang bakal mengakibatkan runtuhnya sesebuah organisasi. Selain dari itu, kualiti ahli sedia ada dan baru juga perlu dijaga supaya mereka akan tahan ujian dan menjadi individu yang menyumbang kepada penerusan perjuangan Islam ini. Pada masa yang sama, kita menyedari bahawa BKS dianggotai oleh individu yang mempunyai pelbagai latar belakang pendidikan dan bidang pengajian. Oleh sebab itu, BKS bersifat terbuka menerima segala pandangan dan pendapat dari semua ahli tanpa mengambil kira aspek-aspek tertentu. Walaubagaimanapun, haruslah diingatkan bahawa kita membawa perjuangan Islam yang sangat indah. Justeru, persediaan dan pengisian ahli perlulah dimantapkan agar mereka faham dan terus beristiqamah mempertahankan kesucian Islam di kampus khasnya.

Apakah kalian lupa bagaimana ‘Asim Bin Amru bersama-sama 600 tenteranya yang meyeberangi Sungai Dajlah dengan kuda-kuda mereka dan menakluk Istana Putih Parsi, sehinggakan musuh menganggap mereka jin dan bukan manusia. Apakah kalian lupa al-‘Ala’ bin Al-Khadrami yang menyeberangi lautan Bahrain hanya dengan kuda. Apakah kalian lupa peristiwa batalion malaikat terbaik yang turun membantu tentera Badar. Semua mereka mendapat pertolongan daripada Allah kerana hati mereka bersih, sebersih salju yang turun berguguran. Mereka berjuang untuk Islam dan dalam pada masa yang sama mereka menjaga hati dan ibadah mereka, seolah olah merekalah singa di siang hari dan abid yang soleh di malamnya. Mulut mereka terkumat kamit dan senantiasa basah dengan bacaan Al-Quran dan zikir yang tidak putus-putus . Jiwa mereka sentiasa terang dengan semangat mujahadah dan muhasabah sehingga menerbitkan kesedaran jiwa dan pencerahan hati. Kalangan mereka ada yang mengerjakan solat isyak dua jam lamanya , kalangan mereka tenggelam dan lemas dalam sehingga orang menyangka mereka hilang akal. Kalangan mereka ada yang menjadikan Al-Quran sebagai sahabat sehingga mereka resah apabila berjauhan dengan Al-Quran.

Muktamirin dan muktamirat yang dikasihi sekalian,

Sesungguhnya, kerja-kerja meninggikan syiar Islam itu tidak boleh dicapai tanpa melalui satu tanzim (organisasi) dan tanzim itu mestilah kemas lagi teliti. Saya tegaskan disini bahawa, peningkatan dan perubahan itu tidak akan dicapai melalui ucapan-ucapan kosong di pinggir-pinggir jalanan, mahupun tulisan-tulisan bisu di warkah putih, sebaliknya ia mesti direncanakan dengan sebaik mungkin hasil cantuman idea beberapa akal yang waras dan hati yang beriman anugerah Allah. Adalah menjadi kemestian supaya dirancangkan sesebuah organisasi itu satu pelan tindakan, lalu gerak tindakan dan seterusnya metod untuk melaksanakan segala rancangan yang diatur. Kesemua keperluan ini tidak mungkin tercapai tanpa tanzim. Tanpa tanzim, segala perancangan hanya tinggal angan-angan, tidak direalisasikan… Kalau ada sekalipun, ianya hidup secara pinggiran dari kenyataan orang ramai dan lama kelamaan bakal pupus lalu padam tanpa meninggalkan sebarang kesan. BKS tidak mahu ini tejadi kepada seluruh warga kampus. Jika perkara ini terjadi, maka berlakulah pembaziran waktu di kalangan umat Islam yang sangat merugikan agama. Kepada pimpinan yang bakal dilantik pada hari ini, suka saya tegaskan sekali lagi bahawa setiap perancangan dalam organisasi mestilah teliti dan rapi agar tidak ditewaskan oleh perancangan-perancangan musuh agama. Ingatlah, kebaikan yang tidak dirancang boleh dikalahkan oleh kejahatan yang dirancang.

Hadirin dan hadirat sekalian,

PENUTUP

Memandangkan muktamar ini adalah muktamar yang pertama, saya menyeru barisan pimpinan yang bakal dilantik supaya menginsafi bahawa anda adalah wakil suara-suara seluruh warga kampus yang ingin melihat kebangkitan syiar Islam di kampus ini. Justeru, janganlah bersenang lenang dengan jawatan yang diamanahkan. Sesungguhnya, kalian adalah pilihan Allah. Dengan terlantiknya barisan pimpinan yang baru ini, maka telah termeterailah janji Allah untuk diberi segala ganjaran yang dijanjikan pada masa yang sama kemurkaan Allah sekiranya mengkhianati amanah yang disandarkan ini.

Namun begitu, usah kita risau dan resah. Berusahalah sedaya mungkin menyebarkan syiar Islam di kampus ini khasnya sambil tidak lupa memohon dari Allah agar dipermudahkan segala urusan. Jangan dilayan rasa tidak mampu itu.. Yakinlah dalam diri bahawa Allah tidak merencanakan sesuatu itu sekadar sia-sia. Pasti ada hikmah di sebalik pentaklifan ini. Renunglah firman Allah yang berbunyi :

لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْساً إِلاَّ وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ

Maksudnya : 286. Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya

Akhir kata, marilah kita sama-sama berganding bahu dengan penuh iltizam dan keazaman untuk mengembangkan Islam berbekalkan ikatan ukhuwwah Islamiyyah yang lebih teguh di semua peringkat yakni pimpinan dan ahli bagi mendepani cabaran yang mendatang. Ayuh, jangan jemu meminta dari Allah agar diiringi jalan perjuangan ini dengan keberkatan dan maghfirah yang tidak putus-putus dariNya. Di kesempatan ini juga saya mewakili Barisan Saff kepimpinan BKS sesi 2007-2009 menyusun jari sepuluh kepada semua pihak andai ada kesilapan dan kesalahan yang kami lakukan sepanjang memikul amanah ini.Marilah kita mengakhiri bicara ini dengan mengatur permohonan terhadap ilahi agar islam tetap kukuh dan terus berkembang mekar , agar dakwah dan gerakan dakwah terus subur berbunga. Mudah-mudahan kita semua sentiasa mendapat pandangan rahmatNya, sentiasa beradadalam lindungannya, disenaraikan sebagai hamba dan pejuangNya yang terpilih serta akan kembali kepadanya dengan aman dan sejahtera.

Wabillahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.





Baca Lagi
Category: 1 comments

Peliharalah Tujuh Anggota

Anggota badan merupakan satu nikmat Allah yang sangat bermanfaat kepada kita. Kita juga tahu bahawa setiap anggota yang ada pada kita mempunyai peranan masing-masing. Oleh itu, kita perlus sentiasa bersyukur dengan nikmat tersebut dan menggunakan anggota badan dengan sebaik mungkin.

Firman Allah swt dalam surah Ibrahim , ayat 7 : "Sesungguhnya jika kamu bersyukur , pasti Allah akan menambahkan (nimat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat yang Allah berikan), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih."

TUJUH ANGGOTA YANG MEMPUNYAI PERANAN YANG TERSENDIRI

1. MATA -membaca Al-Quran dan melihat perkara yang baik dan tidak berunsur maksiat.
2. TELINGA -mendengar sesuatu yang baik.
3. LIDAH -memperbanyakkan zikir,pujian kepada Allah , menghindari nista, umpat dan kejian.
4. TANGAN -digunakan ke arah kebaikan diri dan orang lain ;bukannya melakukan perkara yang dilarang Allah swt.
5. KAKI -berjala ke tempat yang baik dan bukan ke tempat maksiat.
6. PERUT -diisi dengan makanan yang halal, tidak berlebihan sebaliknya makanan untuk menguatkan tubuh bagi melaksanakan ibadat kepada Allah.
7.KEMALUAN -digunakan ke jalan diredhai Allah dan hindari zina atau perbuatan terkutuk yang lain.

Baca Lagi

Malam Rejuvenasi BKS

MalaM RejuvenasI BadaN KebajikaN SuraU

Tarikh : 5 Februari 2010
Masa : 8.00 malam
Tempat : Dewan Aminuddin Baki
Tema : Menjana Fikrah Insani, Menjulang 'Izzah Islami...

- Tentatif -
8.00 mlm : Ketibaan pelajar
8.15 mlm : Ketibaan pensyarah dan dif jemputan
: Alunan Asma' Al - Husna
: Bacaan Doa
: Bacaan Ayat- ayat suci Al-Quran
:Ucapan Pengerusi BKS 2010
:Persembahan Pentomen "Ku - Temui Cinta-Nya"
:Ucapan Ketua Jabatan JPIM
:Penyampaian sijil dan cenderamata
:Ucapan Tuan Pengarah
:Gimik dan Pelancaran Logo BKS Al-Ghazali
:Nyanyian Lagu Tema BKS
:Majlis Bersurai


Baca Lagi
Category: 0 comments

MUKTAMAR SANAWI KALI PERTAMA BKS ALGHAZALI

Bismillahirahmanirahim.. Insyaallah dengan izin Allah Muktamar Sanawi Badan Kebajikan Surau Al-Ghazali akan diadakan buat julung kalinya di Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun.

MUKTAMAR SANAWI KALI-1
BADAN KEBAJIKAN SURAU AL-GHAZALI

TARIKH : 4 FEBRUARI 2010/19 SAFAR 1431H

MASA: 8.00 MALAM

TEMPAT: DEWAN AMINUDDIN BAKI

TEMA: MENJANA FIKRAH INSANI, MENJULANG 'IZZAH ISLAMI

Baca Lagi

Harap Maklum

Assalamualaikum.. maaf blog sedang dalam penyelenggaraan.
Baca Lagi
Category: 0 comments

Majlis Sambutan Maal Hijrah 1431H

Jawatankuasa Pendidikan Islam & Moral dan Badan Kebajikan Surau (BKS) Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun (IPGKTB) telah menganjurkan Sambutan Maal Hijrah 1431H/2010M peringkat IPGKTB pada 14 Januari 2010.

Majlis tersebut bermula pada 3.00 petang dan berakhir pada 10.00 malam.Guru pelatih dan pensyarah telah bergotong –royong untuk menjayakan majlis ini. Antara aktiviti yang berlangsung pada pukul 3.00 petang dan sehinggalah pukul 7.00 malam tersebut ialah menyiapkan bahan-bahan masakan seperti bubur a’syura dan bihun,membersihkan surau,menyediakan tempat untuk berforum dan sebagainya.

Majlis pada waktu malam dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah. Majlis ini telah dihadiri oleh Tuan Pengarah IPG Kampus Tuanku Bainun, Puan Hajah Rohani Bt. Ismail, Timbalan Pengarah IPG Kampus Tuanku Bainun, Tuan Hj. Daud Bin Md Saman, pensyarah-pensyarah dan guru pelatih.

Kemudian, majlis diserikan dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran oleh saudara Mohd Khairul Anuar bin Ishak.Kemudian , majlis diteruskan dengan perbincangan forum yang bertajuk “Ukhwah Ummah Diperkasa, Mua’lim Berhemah Dijana. Forum ini telah dipengerusikan oleh saudara Mohd Khairuddin Bin Abd Aziz manakala tiga orang ahli panel terdiri daripada Ustaz Rizal bin Arrifin,Ustaz Shakib Arsalan bin Mat Saman,dan Muhammad Khairul Anwar bin Ishak . Majlis diakhiri dengan solat Isyak berjemaah dan jamuan ringan.

Baca Lagi
Category: 0 comments

Share

Twitter Facebook