MAJLIS NUZUL QURAN

Bersempena dengan peristiwa nuzul quran yang telah berlaku pada bulan Ramadhan, AJK Ihya' Ramadhan turut mengadakan sebuah majlis khas bari memperingati peristiwa ini. Pada 17 Ramadhan 1432H bersamaan 17 Ogos 2011, Majlis Nuzul Quran telah diadakan di Surau Al-Ghazali. Terdapat pelbagai acara menarik telah disediakan kepada warga IPG KTB antaranya ialah pertandingan hafazan, pameran Al-Quran, jualan buku dan Al-Quran, pertandingan kuiz, tayangan video, ceramah Nuzul Quran dan jamuan berbuka puasa beramai-ramai. Pameran Al-Quran dan jualan buku berlangsung pada pukul 9.00 pagi sehingga 4.00 petang. Terdapat bermacam-macam jenis Al-Quran yang telah dipamerkan antaranya termasuklah Al-Quran The Miracle. Pertandingan hafazan telah diadakan di surau dengan penyertaan yang terdiri daripada pelajar muslimin dan muslimat dari semua kelas terutamanya sem 1 PPISMP dan 3 PPISMP. Seterusnya ceramah Nuzul Quran yang telah disampaikan oleh Ustaz jemputan telah bermula pada pukul 6.00 petang. Setelah azan maghrib berkemundang, para hadirin berbuka puasa beramai-ramai di perkarangan surau. Para hadirin amat berselera dengan hidangan makanan pada hari tersebut. Menu makanan yang telah disediakan pada hari tersebut ialah Nasi Arab yang mana chef-chefnya terdiri daripada pensyarah-pensyarah Jabatan Pengajian Islam dan Moral (JPIM). Mereka turut dibantu oleh angkatan tentera daripada kelas pengajian agama sem 2 beserta beberapa orang pelajar yang turut turun ke dapur untuk menghulurkan bantuan meringankan beban. =) Demikian sahaja berlangsungnya Majlis Nuzul Quran di Surau Al-Ghazali. Moga majlis seperti ini dapat diadakan lagi pada masa hadapan dengan kehadiran para hadirin yang lebih ramai bagi memperingati peristiwa bersejarah ini. Insyaallah.. =)

Majlis Nuzul Quran

Pameran Al-Quran





Pertandingan Hafazan



Jualan Buku





Kuiz Terbuka



Tayangan Video
Bergotong-royong memasak juadah berbuka puasa






Ceramah Nuzul Quran




Baca Lagi
Category: 0 comments
Reactions: 
Links to this post

Hebahan: MAJLIS KHATAM AL-QURAN

Baca Lagi
Category: 0 comments
Reactions: 
Links to this post

Hebahan: WACANA ILMU

Baca Lagi
Category: 0 comments
Reactions: 
Links to this post

Hebahan: MAJLIS MEMBURU MALAM LAILATUL QADAR

PAKAT MAI SEMUA!! =)

Baca Lagi
Category: 0 comments
Reactions: 
Links to this post

PENGAJIAN KILAT KITAB AT-TIBYAN FI ADAB KAMALATIL QURAN

     Pada 29 dan 30 Julai iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu yang lalu, satu lagi majlis ilmu yang penuh bermakna telah berlangsung di Suaru Al-Ghazali IPG KTB. Pada awlalnya, majlis dirancang akan bermula selepas solat maghrib namun disebabkan beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkkn, majlis tersebut iaitu Pengajian Kilat Kitab At-Tibyan ini bermula selepas solat Isya' secara berjemaah.
     Pihak urus setia telah dimaklumkan pengajian pada hariJumaat (malam) akan dibimbing oleh Ustaz Hafizullah Ubaidah iaitu murid kepada Syeikh Rosli bin Othman, Ahli Majlis Fatwa Pulau Pinang. Selain para pelatih dari IPG KTB, turut hadir bersama dalam majlis ilmu ini ialah pelajar dari universiti lain. Kilat At-Tibyan diberi secara percuma kepada semua yang hadir. Pengajian bersama Ustaz Hafizullah pada malam itu sangat menarik dan berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Pengajian ditangguh kira-kira jam 9.30 malam.
     Seterusnya, pengajian diteruskan pada keesokan harinya iaitu pada hari Sabtu. Pengajian bermula kira-kira pada pukul 9 pagi. Pada hari tersebut, pengajian dibimbing oleh yang Yang Berbahagia Syeikh Rosli bin Othman. Majlis pada pagi itu berlangsung sehingga pukul 11.30 pagi. Kemudian, majlis berehat seketika selama setengah jam dan disambung kembali pada pukul 12.00 tengahari. Majlis seterusnya ditangguhkan pada pukul 1.30 petang dan dimaklumkan akan bersambung selepas solat Asar. Semua yang hadir diberi ruang untuk mendirikan solat zohor dan merehatkan diri.
     Kira-kira pada pukul 5 petang, majlis kembali berlangsung. Keunikan isi kitab ini membuatkan kebanyakan yang hadir tidak jemu untuk mendengar penerangan daripada Yang Berbahagia Syeikh Rosli. Tambahan pula, kitab ini banyka membincangkan masalah-masalah semasa yang sering dipersoalkan oleh kebanyakan orang sama ada berkaitan dengan kaum Adam mahupun kaum Hawa. Banyak perkara yang diterangkan berjaya meleraikan beberapa persoalan yang sering ditanya oleh masyarakat. Misalnya tentang hukum menyentuh, membaca dan membawa Al-Quran ketika sedang berhadas dan banyak lagi.
     Majlis ini sekali lagi ditangguhkan kira-kira pada pukul 7.30 malam dan bersambung selepas solat Maghrib berjemaah. Pada sesi yang terakhir ini, Syeikh Rosli telah mengijazahkan Kitab At-Tibyan kepada semua yang mengikuti pengajian bersama beliau. Kebanyakan yang hadir melahirkan rasa puas hati dengan pengajian pada kali ini. Majlis ini berakhir pada kira-kira jam 10.30 malam.









    Diharapkan majlis ilmu seperti ini akan sentiasa diadakan di IPG KTB. Bukan mudah untuk memperoleh sesuatu ilmu itu. Ulamak di zaman dahulu terpaksa mengembara dengan berjalan kaki atau menaiki binatang tunggangan selama beberapa bulan hanya untuk sekelumit ilmu. Inikan pula kita insan biasa. Di IPG KTB, majlis ilmu sentiasa diadakan bagi memberi manfaat kepada pelajar agar tidak perlu bersusah untuk berjalan kaki dan menempah kereta sewa untuk ke majlis ilmu yang jauh-jauh malahan anda telah disajikan di depan mata anda, makanan yang enak-enak dengan penyediaan daripada chef-chef tersohor antarabangsa. Anda cuma perlu berusaha untuk ambil sudu dan suap di mulut. anda Begitulah juga ilmu yang disediakan khas untuk anda. Tenaga-tenaga pengajar merupakan para ilmuwan yang berilmu daripada pelbagai pelusuk termasuk dari IPG KTB sendiri. Anda cuma perlu berjalan menuju ke surau dan menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh. Wallahua'lam.. =)
Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Ilmu itu merupakan imam kepada amal, sedangkan amal itu pula menjadi pengikutnya (sebagai) makmum" Hadith Riwayat Abu Nu'aim.
Baca Lagi
Category: 0 comments
Reactions: 
Links to this post

Share

Twitter Facebook