berBuaT baiK menDaTangKan keBaiKan

Berbuat baik mendatangkan kebahagiaan. Ini penyataan yang benar. Disebabkan itulah di mana pun kita berada, kita mendapati orang berbuat baik. Direkodkan oleh Ahmad dan al-Darimi, Nabi Muhammad saw bersabda, “Mintalah pendapat daripada hatimu. Kebaikan adalah sesuatu yang membuatkan hatimu gelisah.” Apabila kita melakukan kebaikan tidak kira besar ataupun kecil, orang pertama yang merasai manfaat kebaikan itu ialah diri kita sendiri. Kita beroleh hati yang tenang dan mendapat pahala daripada
Allah. Suatu ketika nanti, kebaikan itu akan berbuah dan kita akan memperoleh lebih banyak kebaikan. Allah mengingatkan dalam surah al-Isra’ ayat 7, “Apabila kamu berbuat baik, itu bererti kamu berbuat baik kepada dirimu sendiri.” Nabi Muhammad pula menyatakan seperti direkodkan Tirmidzi, “Sebaik-baik manusia adalah yang panjang umurnya dan baik pula amalnya.
Baca Lagi
Category: 0 comments
Reactions: 
Links to this post

kebaHaGiaaN

Solat itu membahagiakan.

Berzikir itu membahagiakan.

Membaca Quran itu membahagiakan.

Bersedekah itu membahagiakan.

Menolong orang susah itu membahagiakan.

Menuntut ilmu itu membahagiakan. Bekerja mencari rezeki itu membahagiakan.

Begitulah seterusnya. Maka teruskanlah amalan baik kita.

Baca Lagi

Hebahan: INGIN BELAJAR EDIT FOTO?? JADI BLOGGER??

Anda berminat untuk mempelajari cara menyunting gambar?
dan juga berminat untuk mengetahui kaedh membina blog anda sendiri?
Ayuh sahabat2 semua, satu kelas kemahiran multimedia yang lebih menfokuskan kepada pembelajaran asas adobe photoshop serta kaedah2 bagi membina sabuah blog.


program ini:
- hanya berlangsung sepanjang bulan Julai ini
- diadakan sebanyak 4x kelas sahaja.
- tenaga pengajar yang berpengalaman
- yuran yang berpatutan iaitu sebanyak RM2.
- terbuka kepada semua guru pelatih IPGKTB.


sebarang pertanyaan lanjut, anda bolehlah membuat pertanyaan terus ke talian 011-19709848 dan 013-4002321.
Baca Lagi

AL-MUHADDIS SYEIKH MUHAMMAD IBN IBRAHIM AL-KATTANI AL-HUSAINIE

Alhamdulillah, bumi Bainun sekali lagi menerima kunjungan daripada ulama' Mesir iaitu Al-Muhaddis Syeikh Muhammad Ibn Ibrahim Al-Kattani Al-Husainie yang berasal dari Mesir. Kehadiran beliau telah disambut dengan qasidah burdah yang dipersembahkan oleh kumpulan Ihya' IPG KTB. Mutiara kata yang disampaikan adalah berkisarkan kelembutan dan sifat malu yang perlu ada dalam diri seseorang alim dan mutaallim. "Al-Hilmu (lemah-lembut) dan Al-Haya' (malu) merupakan penghulu akhlak". Di sini, telah disertakan beberapa gambar bagi tatapan kalian.. =)











Moga bumi Bainun dapat didatangi oleh ramai lagi para ulama'. Insyaallah.. =)
Baca Lagi

Hebahan: "INDAHNYA HIDUP BERUSRAH"

“Wahai orang orang yang beriman! apabila dikatakan kepadamu. ‘berilah kelapangan di dalam majlis majlis’ maka lapangkanlah, nescaya, Allah akan memberi kelapangan untukmu”
(Al-Mujadalah, 58:11)


Apa pentingnya usrah yer?? Jom! Hadirkan diri ke majlis ilmu ini. =)



Jalan Dakwah

Munsyid : AlarmMe



Dari barisan usrah
Dan dari umbi tarbiah
Muncullah sinaran fikrah
Islah terus meniti masa


Dari dewan selesa ke jalanan yg berhaba
Pejuang keadilan dan penjulang kebenaran
Bersama islam membina ummah
Usaha daulatkan syariah
Agar hidup penuh barakah


Di dalam sedih dan ketawa
Di dalam susah dan mewah
Tetap teguh iman dan takwa


Sehati sejiwa
Dulu kini selamanya
Walau apa yg melanda hadapi bersama


Ya Allah ya rabbi
Teguhkan iman kami
Moga tabah hati tak berbelah bagi


Berbekalkan islam membina masyarakat
Mengukuh umat insan sejagat
Setiap mehnah pastinya ada hikmah
Berbaik sangka pada yg Esa.


Rasulullah contoh ikutan
Prinsip syura jadikan amalan
Korban masa tenaga kita
Dan fikiran perkasakan maruah kita
Baca Lagi
Category: 0 comments
Reactions: 
Links to this post

SAKITKAH ATAU SIHATKAH HATI KITA??

1. Hati yang sihat cenderung kepada ajakan yang baik dan peringatan Allah SWT. Hati yang sakit cenderung kepada ajakan maksiat, dosa dan seruan syaitan yang membinasakan.

2. Hati yang sihat tegas melakukan suruhan agama dan berani menegakkan kebenaran. Hati yang sakit malas melakukan suruhan agama dan takut menegakkan kebenaran.

3. Hati yang sihat tegas takut kepada Allah dan kemurkaan-Nya dengan menjauhkan diri daripada segala maksiat dan larangan-Nya. Hati yang sakit berani terhadap Allah dan kemurkaan-Nya dengan melibatkan diri dalam maksiat dan melanggar larangan-Nya.

4. Hati yang sihat berasa tenteram, bersaudara dan berlapang dada terhadap saudaranya yang muslim. Hati yang sakit berperasaan hasad dengki, dendam kesumat dan sempit dada terhadap saudaranya yang muslim.

5. Hati yang sihat menyerah diri kepada Allah dalam segala tindakan dan semua keadaan. Hati yang sakit menyerah diri kepada makhluk dan iblis dalam pelbagai tindakan dan keadaan.

6. Hati yang sihat sentiasa mengingati Allah sebagai Pencipta Yang Maha Melihat. Hati yang sakit sentiasa mengingati dunia dan harta benda seolah-olah Allah tidak ada. (na’uzubillah).

7. Hati yang sihat menyukai al-Quran, berasa tenteram dan harmoni dengan membacanya. Hati yang sakit menyukai nyanyian syaitan, makhluk yang melalaikan dan gelisah terhadap bacaan al-Quran.

8. Hati yang sihat tabah menghadapi cabaran dan istiqamah dalam usaha mengejar cita-cita. Hati yang sakit lemah semangat apabila berhadapan dengan cabaran dan ‘hangat-hangat tahi ayam’ dalam usaha mengejar cita-cita.

9. Hati yang sihat membuka kebijaksanaan sehingga berfikiran jauh dan nampak kenikmatan hidup di syurga abadi. Hati yang sakit menutup kebijaksanaan sehingga berfikiran pendek dan hanya nampak kenikmatan hidup di dunia yang fana.

10. Hati yang sihat mencintai jihad dan pengorbanan di jalan Allah. Hati yang sakit kedekut dan bakhil untuk berjihad dan berkorban di jalan Allah

Baca Lagi

Jom ke Surau ! Tiada panggilan sepenting seruan Ilahi. Nah, gunakanlah moto itu dalam kehidupan kita. Ingatlah rakan sekalian bahawa di akhirat nanti, “talian hayat” inilah yang akan membantu kita mendapat naungan Allah di hari yang tiada sesiapa lagi dapat membantu kita.

Baca Lagi

Seruan Ilahi

Jom ke Surau ! Tiada panggilan sepenting seruan Ilahi. Nah, gunakanlah moto itu dalam kehidupan kita. Ingatlah rakan sekalian bahawa di akhirat nanti, “talian hayat” inilah yang akan membantu kita mendapat naungan Allah di hari yang tiada sesiapa lagi dapat membantu kita.
Baca Lagi

maSJiD yaNG banYak TiaNg Dari OranG

Bila saya bergerak meninggalkan kawasan solat di masjid itu, saya terlihat tiang-tiang yang banyak dan besar itu. Masjid ini banyak tiang dari orang. Tiang ini tetap setia menghadirkan diri di masjid setiap waktu. Tapi, mana pergi orang-orangnya? Jemaahnya? Kenapa membiarkan tiang-tiang ini sahaja ‘beramal’?
Dialog di atas saya coretkan untuk menunjukkan suasana masjid kita. Bukan di masjid itu sahaja, pengalaman-pengalaman sebegini sudah banyak kali saya lalui ketika singgah di masjid-masjid dalam perjalanan mahupun ketika menghadirkan diri di program-program tarbiyah di masjid.
Daripada pemerhatian dan bacaan, pembinaan sesebuah masjid memerlukan bajet sekurang-kurangya 1 juta. Itu adalah jumlah yang paling minimum. Untuk membuat masjid yang lebih besar apatah lagi masjid di tengah-tengah bandar dan masjid daerah, saya fikir 10 juta diperlukan untuk pembinaan.
Marilah kita sama-sama memerhatikan ayat Allah ini:
“Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut kepada sesiapa pun selain Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk”. (At-Taubah, 9;19)
Janganlah jadikan alasan terlalu sibuk dengan tugasan dan kerja hingga kita melupakan perintah Allah yang Maha Besar ini. Solat jamaah adalah lambang kekuatan dan kesepaduan sesama umat Islam. Saya yakin, Yahudi akan terus mentertawakan kita selagi jumlah solat Subuh kita jauh sangat sedikit berbanding solat Jumaat.
Bilakah agaknya kuantiti solat Jumaat dapat dicapai ketika solat jemaah Subuh? Mari kita sama-sama berdoa kepada Allah agar saatnya akan sampai dan mampu dilihat dengan mata kepala kita. Jika tidak, marilah kita berusaha mengajak seramai mungkin sahabat-sahabat kita untuk mengambil peluang ni sementara kita masih punya nikmat waktu sihat dan waktu lapang. Dari Ibnu Abbas RA dari Rasulullah SAW bersabda, “Dua nikmat yang kebanyakan manusia terpedaya dengannya ialah waktu sihat dan masa lapang.” {HR. Imam Bukhari}
(nukilan Mohd Norzikri bin Kamarudin)
Baca Lagi
Category: 0 comments
Reactions: 
Links to this post

haDis QuDsi

Hadis Qudsi daripada Rasulullah S.A.W:
“Jika kamu datang kepada-Ku secara berjalan, nescaya Aku datang kepadamu secara berlari. Jika kamu datang
kepada-Ku selangkah, Aku akan datang kepadamu seribu langkah.”
Baca Lagi

Hadis Qudsi daripada Rasulullah S.A.W:

“Jika kamu datang kepada-Ku secara berjalan, nescaya Aku datang kepadamu secara berlari. Jika kamu datang

kepada-Ku selangkah, Aku akan datang kepadamu seribu langkah.”

Baca Lagi

APA itu CINTA???

CINTA ITU SUCI. Jangan kotorkan dengan hawa nafsu.
CINTA ITU ABADI. Jangan bunuhnya dengan sesuatu yang bersifat sementara.
CINTA ITU TINGGI. Jangan henyaknya ke lembah yang hina.
CINTA ITU PUTIH BERSIH. Jangan nodai dengan warna dosa yang hitam legam.

JADILAH HAMBA CINTA jika cinta itu CINTA SEJATI.
JANGAN sesekali JADI HAMBA CINTA jika cinta itu CINTA PALSU.


Jika cinta itu sejati, kita akan diperhambakan kepada kebenaran dan kebaikan.
Jika cinta itu palsu, kita akan diperhambakan kepada kebatilan dan kejahatan.
Cinta yang suci mesti dipelihara dan dilindungi. Orang yang tidak memelihara dan melindungi cinta dengan peraturan Pencipta cinta, samalah dengan mempermainkannya.
Mengapa perlu ada peraturan cinta?
Jawabnya kerana, Allah mencintai manusia. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kerosakan..

Baca Lagi
Category: 0 comments
Reactions: 
Links to this post

cinTa HATI

Cinta itulah dialirkan oleh Allah
ke dalam hati. Ia muncul dari dalam
ke luar, bukan dari luar ke dalam. Ia bukan dari mata turun ke hati, sebaliknya dari hati turun ke mata dan lain-lain anggota. Itulah cinta yang dikhususkan buat manusia sesuai dengan martabatnya sebagai
makhluk yang paling sempurna. Cinta ini bukan diukur menurut pandangan mata kepala, tapi mengikut pandangan mata hati. Cinta itu datang daripada Allah
dan diberi sebagai bekal untuk
mendapat kecintaan Allah
Baca Lagi
Category: 0 comments
Reactions: 
Links to this post

AKTIVITI FEBRUARI:

14/2/2011:

Muktamar Sanawi BKS 2011

15/2/2011:

Sambutan Maulidur Rasul dan Majlis Kesyukuran

17/2/2011:

Majlis Khatam Burdah dan

Berbuka Puasa Sunat

20/2/2011:

Bainun Berselawat

……...…...…………..……………

AKTIVITI MAC:

4/3/2011 - 5/3/2011:

Kem Bina Insan (1 PISMP)

26/3/2011:

Qiyamullail Perdana

27/3/2011:

Bainun Berselawat

Baca Lagi
Category: 0 comments
Reactions: 
Links to this post

-Langkah Mencintai Allah-

-
Cinta sentiasa menjadi buruan manusia. Manusia sering memburu cinta yang berbeza. Ada yang memburu cinta wanita, suami, harta dan sebagainya. Namun, cinta yang hakiki yang tidak pernah mengecewakan ialah cinta Allah. Cinta Allah-lah yang layak dikejar. Amalkan petua-petua berikut bagi merasai manisnya mencintai Allah..

· Amalkan segala suruhan Allah dengan sungguh-sungguh dan tanpa banyak soal dan alasan.
· Jauhi larangan Allah dan jangan sesekali dekatinya apatah lagi melakukannya. Simpanlah rasa “tidak sedap hati” saat kali pertama melakukan sesuatu yang dimurkai Allah sebagai bekalan menjauhkan diri daripada maksiat.
· Letakkan Allah sebagai prioriti dalam hidup dan dahulukan Allah dalam segala sesuatu, tidak kira ketika melakukan ibadah atau saat perlukan pertolongan.
· Sentiasa berdoa dalam setiap perbuatan kerana itu akan mengingatkan kita kepada Allah setiap masa.
· Reda atas segala ketentuan qada’ dan qadar terutamanya jika ditimpa musibah.
· Kerahkan semua anggota badan mentaati Allah, termasuk hati dan juga lidah.
· Sentiasa perbaharui cinta Allah. Dunia ini melelahkan kerana tempat beristirehat hanyalah di akhirat. Lepas satu kebaikan dan ibadah dikerjakan, lakukanlah yang lain pula.
· Aktif. Laksanakanlah ibadah tanpa tawar-menawar.
· Ikhlas. Pastikan cinta kepada Allah ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan-Nya.
· Pinta. Pintalah kepada Allah cinta-Nya, dan laksanakan amalan yang disukai-Nya.
· Cintailah apa sahaja yang disukai Allah dan bencilah apa jua yang dibenci-Nya.
Baca Lagi
Category: 0 comments
Reactions: 
Links to this post

Kehadiran Ulama' Mesir di IPGKTB



Ramai yang ingin mengenali dan mencintai Allah tetapi ramai yang terlupa mencari kuncinya. Persoalannya kunci itu ada pada siapa? jawapannya ialah ULAMA'.. Menurut Ibnu Rajab
'Ulama' ialah mereka yang tidak mengaku-aku berilmu, tidak bangga dengan ilmunya atas seorang pun, dan tidak sebarangan menghukum orang yang jahil sebagai orang yang terkeluar dari ahli sunnah wal jamaah'..

Mereka umpama penawar kepada hati yang kering dengan kasih sayang, hati yang penuh keegoan dan kemaksiatan.. mereka pewaris para nabi.. mereka boleh memberi syafaat.. maka hadirilah ke majlis ilmu meski pada mulanya kita tidak memahami tetapi yakinlah keberkatan mereka boleh mengubah api menjadi air, racun menjadi penawar dan cuka menjadi gula... rasa cinta itu hanya mampu dirasai oleh orang yang merasai dan memahami.. JOM ISLAH, SAHABAT! =)
Baca Lagi
Category: 0 comments
Reactions: 
Links to this post

Ilmu Free Jangan Dilepaskan..

Pengajian Kitab Kifayatul Muhtaj

Bersempena dengan Peristiwa Isra' Mikraj pada bulan Rejab
Oleh: Ustaz Afif bin Yahya
Bertempat di Surau Al-Ghazali
Bermula selepas Isya' sehingga 10.30 malam

"العلم إمام العمل والعمل تابعه"

Ertinya:
"Ilmu itu imam bagi amal, sedangkan amal adalah sebagai makmumnya."

Baca Lagi
Category: 0 comments
Reactions: 
Links to this post

Surau Bersih.. Kita untung.. Allah Suka.. =)

Jom Pi Surau Al-Ghazali

~Membersihkan Surau Bersama-sama~
~Merapatkan ukhuwah sesama kita~
~Mencari redha Allah~
"Syurga indah kerana amal kebajikan yang kamu kerjakan"

Baca Lagi
Category: 0 comments
Reactions: 
Links to this post

Bulan Rejab sudah tiba

Assalamualaikum w.b.t.
Rasanya belum terlambat lagi utk mengucapkan ahlan wasahlan kepada bulan rejab yang sudah 17 hari berlalu. Rasa syukur dipanjatkan kerana kita masih diberi peluang untuk terus menghirup udara segar di muka bumi Allah dalam menghabiskan sisa-sisa kehidupan yang bakal berakhir suatu ketika nanti. Panjangkanlah doa kepada Yang Maha Esa agar kita berkesempatan untuk menjalani madrasan tarbiyah pada bulan Ramadhan.

"Ya Allah, berkatilah kami dalam bulan Rejab dan dalam bulan Sya'ban, dan sampaikanlah kami ke dalam bulan Ramadhan"

Imam As-Sayuti r.a. membawa sebuah hadis yang diriwayatkan dari Ad-Dailami oleh Saiydina Ali bin Abi Talib k.w. bahawa Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud banyakkanlah beristigfar di bulan Rejab kerana pada setiap saat di dalamnya Allah menyelamatkan (seorang) dari api neraka.




Baca Lagi
Category: 0 comments
Reactions: 
Links to this post

Share

Twitter Facebook