ORANG YANG RASA BerTUHAN...

Orang yang rasa berTuhan
Ialah orang yg merasakan dirinya sentiasa di dalam kekuasaan Tuhan
Dia sentiasa sedar bahawa dia di dalam pengetahuan-Nya
Di dalam penglihatan-Nya dan di dalam pendengaran-Nya
Jarang sekali dia melupakan-Nya
Dia merasakan Tuhan boleh berbuat apa sahaja ke atas dirinya
Nasibnya bergantung kepada Tuhan
Baik buruknya ditentukan oleh Tuhan
Hidup matinya ditentukan oleh Tuhan
Merasakan dirinya langsung tidak ada berkuasa
Lantas dengan itu datang rasa takutnya kepada Allah yang menciptanya
Kebimbangannya terbawa-bawa ke mana-mana
Dan di waktu bila pun
Dengan itu lahir di dalam hati inginkan kasih sayang dari Tuhan
Agar dia diberi taufiq dan hidayah
Supaya dia diberi keselamatan dan kawalan
Dia pun menyembah-Nya dan membesarkan-Nya
Memanjatkan doa kepada-Nya agar dipimpin selalu
Kesalahannya dia memohon ampun
Kesilapannya dia memohon maaf
Dengan nikmat dia bersyukur dan dengan ujian dia bersabar
Redha dengan ketentuan Tuhan
Apa sahaja yang dia hendak buat, dia tanya Tuhan terlebih dahulu
Dia takut hendak memandai-mandai
Tuhan adalah tempat rujuknya
Begitulah orang yang rasa berTuhan……

Sumber : http://hisham09.blogspot.com/
Category:

0 comments:

Share

Twitter Facebook