Siapa di belakang Beliau??

Imam Hassan Al-Banna, tokoh yang tidak asing lagi buat kita . Namun adakah kita menyedari siapakah yang menjadi tunjang ketokohan beliau?
Ayah dan abangnya - insan yang banyak mendorong ke arah pembinaan ketokohan Imam Hassan Al-Banna.

Abangnya banyak mendorong dari segi galakan belajar manakala ayah Imam Hassan Al Banna banyak mendorong dari segi sokongan dan didikan yang diberi. Contohnya ketika abang Imam Hassan Al-Banna berumur sembilan tahun mampu menghafaz 1/3 Al-Quran , beliau pula berjaya menghafaz sehingga surah At-Taubah ketika itu ( 7 tahun). Selain itu ketika abangnya belajar ilmu fiqh Imam Abu Hanifah, As-Syahid belajar ilmu fiqh Imam Malik. As-syahid begitu kagum dengan kemampuan abangnya yang banyak berpuasa dan solat.


Ayahnya pula sedia memberi didikan di rumah dengan mengajar kitab sirah Rasulullah sallallahualaihiwasallam serta menyediakan jadual pengajian di rumah. As-syahid Imam Hassan Al-Banna banyak mengikuti majlis diskusi ilmu dengan ayahnya. Selain itu, ayahnya , kitab-kitab tafsir dan as-sunnah menjadi tempat rujukan jika ada masalah dan perkara yang sukar difahami.





Category:
Reactions: 

0 comments:

Share

Twitter Facebook