Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamed dan Habib Zaed Bin Yahya

Pada 21 April bersamaan pada 17 Jamadilawal 1432H iaitu pada hari Khamis, Badan Kebajikan Surau telah menganjurkan Majlis Tausiyah Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamed dan Habib Zaed Bin Yahya.



Habib Zaed Bin Abd Rahman Bin Yahya

Majlis Tausiyah Habib ini diadakan bersempena minggu Apresiasi Al-Ghazali 2011. Tausiyah telah disampaikan oleh Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamed yang berasal dari Indonesia dan Habib Zaed Bin Yahya yang berasal dari Yaman. Habib Zaid bin Yahya banyak memberi taujihad mengenai ilmu. Ini bertepatanlah dengan tugas guru-guru pelatih IPG KTB yang akan menjadi seorang pendidik di masa hadapan, Insyaallah.





Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid

Seterusnya majlis diteruskan dengan taujihad yang diberikan oleh Habib Ali Zainal Abidin. Beliau banyak berkongsi cerita mengenai Imam Al-Ghazali bersempena dengan nama surau IPG KTB iaitu Surau Al-Ghazali. Beliau menceritakan tentang kehidupan Imam Al-Ghazali dan bagaimana cara Imam Al-Ghazali menuntut ilmu.



Alunan qasidah menyerikan majlis ilmu


Sambutan daripada pelbagai pihak


Hadirin yang hadir dari pelbagai lapisan umur. Ya Allah, cintakan kami dengan ilmuMU.


0 comments:

Share

Twitter Facebook