Habib Mahdi Bin Abu Bakar Al-Hamid Hadramaut di Bumi Bainun

Pada 24 April 2011 bersamaan hari Ahad, Badan Kebajikan Surau telah menganjurkan Majlis Mahabbah Rasul di Surau Al-Ghazali IPG Kampus Tuanku Bainun. Majlis ini turut dihadiri oleh al-alim allamah Habib Mahdi bin Abu Bakar Al Hamid Hadramaut dari Yaman beserta Habib Abdullah bin Hasan Al Haddad dari Indonesia.


Habib Abdullah bin Hasan Al Haddad semasa memberi taujihad kepada hadirin


Habib Abdullah menekankan lima perkara syarat menuntut ilmu iaitu

1.golongan yang menuntut dan mendapatkan ilmu.

2. beramal dengan ilmu.

3. Khauf iaitu takut kepada Allah.

4. ikhlas menuntut ilmu kerana Allah

5.kelima berhati-hati untuk menjaga ilmu yang diperolehi seperti menjaga halal dan haram rezeki kita.


gambar di atas : Habib Mahdi bin Abu Bakar Al Hamid Hadramaut dari Yaman


Habib Mahdi . " Kita mendapat nikmat sebaik-baik ummat adalah kerana berkat Rasulullah yang Allah muliakan. Dua cara yang boleh kita lakukan untuk membalas nikmat ini ialah dengan kasih kepada Nabi dan mengikut sunnah Nabi."


Hadirin tekun mendengar nasihat daripada Habib Mahdi


Muslimat turut memberi sambutan yang menggalakkan dalam program ini


Hadirin yang terdiri daripada guru pelatih dan para pencinta ilmu


Bergambar kenangan di akhir program
Category:

0 comments:

Share

Twitter Facebook