MAJLIS NUZUL QURAN

Bersempena dengan peristiwa nuzul quran yang telah berlaku pada bulan Ramadhan, AJK Ihya' Ramadhan turut mengadakan sebuah majlis khas bari memperingati peristiwa ini. Pada 17 Ramadhan 1432H bersamaan 17 Ogos 2011, Majlis Nuzul Quran telah diadakan di Surau Al-Ghazali. Terdapat pelbagai acara menarik telah disediakan kepada warga IPG KTB antaranya ialah pertandingan hafazan, pameran Al-Quran, jualan buku dan Al-Quran, pertandingan kuiz, tayangan video, ceramah Nuzul Quran dan jamuan berbuka puasa beramai-ramai. Pameran Al-Quran dan jualan buku berlangsung pada pukul 9.00 pagi sehingga 4.00 petang. Terdapat bermacam-macam jenis Al-Quran yang telah dipamerkan antaranya termasuklah Al-Quran The Miracle. Pertandingan hafazan telah diadakan di surau dengan penyertaan yang terdiri daripada pelajar muslimin dan muslimat dari semua kelas terutamanya sem 1 PPISMP dan 3 PPISMP. Seterusnya ceramah Nuzul Quran yang telah disampaikan oleh Ustaz jemputan telah bermula pada pukul 6.00 petang. Setelah azan maghrib berkemundang, para hadirin berbuka puasa beramai-ramai di perkarangan surau. Para hadirin amat berselera dengan hidangan makanan pada hari tersebut. Menu makanan yang telah disediakan pada hari tersebut ialah Nasi Arab yang mana chef-chefnya terdiri daripada pensyarah-pensyarah Jabatan Pengajian Islam dan Moral (JPIM). Mereka turut dibantu oleh angkatan tentera daripada kelas pengajian agama sem 2 beserta beberapa orang pelajar yang turut turun ke dapur untuk menghulurkan bantuan meringankan beban. =) Demikian sahaja berlangsungnya Majlis Nuzul Quran di Surau Al-Ghazali. Moga majlis seperti ini dapat diadakan lagi pada masa hadapan dengan kehadiran para hadirin yang lebih ramai bagi memperingati peristiwa bersejarah ini. Insyaallah.. =)

Majlis Nuzul Quran

Pameran Al-Quran





Pertandingan Hafazan



Jualan Buku





Kuiz Terbuka



Tayangan Video
Bergotong-royong memasak juadah berbuka puasa






Ceramah Nuzul Quran




Category:

0 comments:

Share

Twitter Facebook