BERSAMA WAKIL HAMAS

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. Saudara dan saudari yang dikasihi sekalian, setelah seminggu bercuti deepavali, Alhamdulillah kita selamat pulang ke IPG KTB. Sebaik sahaja pulang dari kampung halaman masing-masing, Pihak JPIM telah mengatur satu program khas buat warga IPG KTB khasnya para pelajar yang amat disayangi.. =) Pada tepat hari Isnin malam, (malam Selasa) bertarikh 31 Oktober 2011 bersamaan 4 Zulhijjah 1432H, satu majlis bersama wakil daripada Hamas Palestin telah diadakan di Dewan Kirkby pada jam 8.30 malam.

Majlis ini telah dipengerusikan oleh Ustaz Rizal bin Ariffin. Turut hadir pada malam tersebut, Ustaz Harun bin Haya selaku Ketua Jabatan JPIM, Encik Mohamad bin Othman dan Cik Teo Lai Yong yang merupakan antara wakil Malaysia ke Gaza pada bulan Ramadhan 2010.

Kemudian majlis diserahkan kepada Sister Noora yang telah membicarakan serba sedikit tentang keadaan di Gaza. Sister Tahreer merupakan penterjemah bagi Sister Noora. Selain itu, beliau turut menerangkan tentang universiti di Gaza. Seterusnya saudara Mustapa Mansor tidak ketinggalan meninggalkan kata-kata keramat buat warga IPG KTB. Beliau memperjelaskan tentang keperihatinan umat Al-Aqsa.

Sebelum majlis berakhir, saudara Mustapa Mansor telah membacakan wasiat Syeikh Ahmad Yasin kepada pemuda pemudi,
"Wahai anak-anakku, telah tiba masanya kalian kembali kepada Allah dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kamu... Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah... Sudah sampai untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan Al-Quran serta menconyohi kehidupan Rasulullah S.A.W...

Aku menyeru kamu wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya... Lebih baik dari itu,, aku mengajak kalian wahai anak-anakku untuk mendekatkan diri kepada sunnah Rasulullah S.A.W yang agung...

Wahai para PEMUDA,, aku ingin kamu menyedari dan menghayati makna tanggungjawab... Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh-kesah... Aku menyeru kamu untuk menghadap Allah dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kamu... Aku menyeru kamu supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang lebih muda...

Aku ingin kamu tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan,, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal,, kerja dan zikir kepada Allah... Wahai anak-anakku,, aku amat berharap kamu tidak suibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat...

Wahai PUTERIKU,, aku ingin kamu berjanji dengan Allah kamu akan mengenakan hijab secara jujur dan betul... Aku meminta kamu berjanji kepada Allah bahawa kamu akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia... Jadikanlah ibunda kamu,, Saidatina Khadijah dan Aisyah sebagai teladan... Jadikan mereka sebagai pelita hidup kamu... Haram hukumnya bagi kamu untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian...

Kepada semua,, aku ingin kamu bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang... Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan... Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah... Belajarlah  bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat... Latihlah diri kalian agar dapat dapat hidup dalam apa jua keadaan samada susah atau senang... Samada menggunakan alatan eletronik atau tidak... Latihlah diri kalian... latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar...

Biasakan diri kamu agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan...Berpeganglah kepada agama kamu... Carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada Allah..." 
Begitulah pesanan dan amanah daripada As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin.... Beliau berpesan kepada semua umat Islam terutamanya kepada PEMUDA dan PEMUDI... Inilah harapan beliau dalam membina modal insan yang cemerlang....
"Khaybar khaybar ya yahud! Jundu Muhammad soifa yahud!"




Category:

0 comments:

Share

Twitter Facebook