Hah.. inilah tajuk yang dinanti iaitu "Gejolak Cinta di Ambang Perkahwinan". Tajuk ini dikupas melalui tajuk bukunya yang bertajuk seperti dinyatakan. Mm.. biasalah, bila mereka bergelar mahasiswa dan siswi mereka tak lari daripada satu subjek yang sememangnya tak jauh dari jiwa mereka iaitu cinta. Tapi cinta apa yang sebenarnya dicari-cari? Ohoho.. Cinta manusia itu perlu. Tapi ingat! Jangan dijadikan prioriti. Carilah cinta yang hakiki yang tidak akan mengecewakan diri kita iaitu Cinta Allah! Sebenarnya, bercinta itu tak salah. Lagipun, cinta itu adalah fitrah bagi manusia. Namun, Allah itu Maha Mengetahui, Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Kurniaan rasa cinta pasti ada maksud dan tujuan. Allah tidak mengurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja. Rasa cinta diberi tapi ada peraturannya semuanya untuk menjaga kemurnian dan kesucian cinta. Jangan cemarkan cinta dengan nafsu yang tidak dikawal! "Janganlah kita hanya mengakui cinta itu dari Allah, tetapi akuilah juga adaNya peraturan cinta yang juga datang daripada Allah" - Pahroul Juoi
Di sini, dalam pengisian yang telah Syeikh Rohimuddin sampaikan, dapatlah disimpulkan bahawa terdapat peraturan yang amat penting dalam memelihara hubungan cinta iaitu, HENDAKLAH cinta kita itu didasarkan kepada cinta Allah dan PASTIKAN semasa menjalin hubungan cinta, tiada hukum Allah yang dilanggar. "Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua racun yang berbisa. Dan cinta itu pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahannya." Melalui kisah yang diceritakan oleh beliau, satu perkara yang terbit di hati iaitu "Indahnya bercinta selepas berkahwin".
Pengisian ini bermula selepas ketibaannya di Surau Al-Ghazali tepat jam 6 petang. Pengisian diteruskan sehingga masuknya waktu solat Maghrib. Selepas Maghrib, majlis diteruskan lagi dengan diskusi kitab beliau. Alhamdulillah, khatam juga kitab tersebut dalam masa yang tidak sampai satu hari.
Majlis diteruskan dengan tayangan video yang direka khas bagi meraikan majlis pelncaran kitab "Ubat Hati" yang mana penukilnya merupakan pelajar daripada IPG KTB sendiri iaitu saudara Afif bin Yahya. Majlis pelancaran ini seterusnya telah dirasmikan oleh Syeikh Rohimuddin. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Tahniah sekali lagi kepada Ustaz Afif di atas nukilan bukunya yang ketiga.. =)
0 comments:
Post a Comment