Showing posts with label mutiara kata. Show all posts
Showing posts with label mutiara kata. Show all posts

KELEBIHAN SYA'BAN

Daripada Usama bin Zaid ra, beliau berkata:
ولم يكن يصوم من الشهور ما يصوم من شعبان قلت ولم أرك تصوم من الشهور ما تصوم من شعبان؟
ذاك شهر يغفل الناس عنه بين رجب ورمضان وهو شهر ترفع فيه الأعمال إلى رب العالمين عز وجل فأحب أن يرفع عملي وأنا صائم
"Rasulullah saw tidak pernah berpuasa sebanyak yang baginda puasa di bulan sya'ban." Aku bertanya kepada baginda " Kenapa aku tidak pernah melihat engkau berpuasa di bulan-bulan yang lain sepertimana engkau berpuasa dibulan sya'ban." Baginda saw menjawab: Itulah bulan yang ramai manusia lalai iaitu di antara bulan rejab dan bulan ramadan. Ia juga bulan yang diangkatkan amalan kepada Allah swt. Aku suka diangkat amalanku dalam keadaan aku berpuasa." (Hadis Ahmad dan Nasaie - sanad yang hasan)

DI SINI, NABI MENYEBUT DUA KELEBIHAN BULAN REJAB:-

1. Bulan yang disunatkan beramal terutamanya puasa kerana bulan yang mana manusia biasa lalai dalam bulan ini.
2. Bulan yang diangkat amalan kepada Allah swt.
Adakah Nabi saw berpuasa penuh pada bulan sya'ban?
Ada hadis yang menunjukkan Nabi saw berpuasa penuh dalam bulan sya'ban sperti hadis:
كان يصوم شعبان كله
"Nabi saw berpuasa penuh di dalam bulan sya'ban." (Hr Bukhari - sahih)
Ada hadis yang menunjukkan Nabi saw berpuasa sebahagian besar pada bulan sya'ban dan tidak penuh seperti hadis:
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصوم شعبان إلا قليلا
" Rasulullah saw telah berpuasa sebahgian besar dari bulan sya'ban." (Hr Nasaie)
Sekelompok ulama telah mentarjih pendapat yang mengatakan Nabi saw tidak berpuasa penuh dalam bulan sya'ban. Ini dikuatkan dengan hadis yang diriwayatkan dari 'Aisyah ra:
ما رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم استكمل صيام شهر قط إلا رمضان
"Aku tidak pernah melihat Rasulullah saw berpuasa selama sebulan penuh melainkan pada bulan ramadan." (Hr Bukhari dan Muslim - sanad sahih) oleh itu Ibnu Abbas menganggap makruh orang yang berpuasa penuh selama sebulan melainkan ramadan.

HUKUM BERPUASA SELEPAS 15 SYA'BAN

Haram berpuasa sunat selepas 15 sya'ban. Ini jelas dari hadis dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw:
إذا انتصف شعبان فلا تصوموا
"Apabila telah berlalu 15 sya'ban tidak boleh puasa." (Hr Tirmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah - sahih)
Dibenarkan puasa selepas 15 sya'ban sekiranya adatnya pada hari tertentu dia berpuasa sebelum 16 sya'ban atau menyambung dari puasa yang seseorang puasa sebelum 16 sya'ban. Ini berdasarkan hadis berikut:
لا تقدموا رمضان بصوم يوم أو يومين إلا إذا كان يصوم صوما فليصمه
"Janganlah kamu mendahului berpuasa sebelum ramadan sehari atau dua hari melainkan sekiranya puasa yang biasa dilakukan maka dia boleh teruskan puasa." (Hr Bukhari dan Muslim)
Dibenarkan puasa selepas 15 sya'ban sekiranya puasa wajib seperti puasa ganti dan puasa nazar.



KELEBIHAN HARI DAN MALAM NISFU  (15) SYA'BAN

Nabi saw bersabda:
إن الله ليطلع ليلة النصف من شعبان فيغفر لجميع خلقه إلا لمشرك أو مشاحن
"Sesungguhnya Allah taala akan meninjau pada malam nisfu sya'ban, lalu mengampunkan dosa-dosa semua makhluknya melainkan orang yang musyrik atau orang yang berbalah." (Hr Ibnu Majah - hasan)
Ulama Syam telah berselisih pendapat terhadap cara menghidupkan malam nisfu sya'ban kepada dua pendapat:
1. Sunat menghidupkan malamnya dengan cara berhimpun beramai-ramai di masjid. Pendapat ini disokong oleh Ishak bin Rahawiyah.
2. Sunat menghidupkan malamnya dengan ibadah bersendirian. Ini pendapat imam Auzaie seorang tokoh besar ulama syam. Ini juga pendapat yg lebih tepat menurut Ibnu Rajab al-Hambali.
Imam Ibnu Taymiah juga berkata:
"Apabila seseorang solat seorang diri dimalam nisfu sya'ban atau berjemaah seperti mana yang dilakukan oleh kelompok2 salafus soleh adalah perkara yang baik." (Majmu'ul Fatawa 131/23)
kesimpulan: oleh itu digalakkan menghidupkan malamnya dengan ibadah dan siangnya dengan puasa.

Baca Lagi

kebaHaGiaaN

Solat itu membahagiakan.

Berzikir itu membahagiakan.

Membaca Quran itu membahagiakan.

Bersedekah itu membahagiakan.

Menolong orang susah itu membahagiakan.

Menuntut ilmu itu membahagiakan. Bekerja mencari rezeki itu membahagiakan.

Begitulah seterusnya. Maka teruskanlah amalan baik kita.

Baca Lagi

SAKITKAH ATAU SIHATKAH HATI KITA??

1. Hati yang sihat cenderung kepada ajakan yang baik dan peringatan Allah SWT. Hati yang sakit cenderung kepada ajakan maksiat, dosa dan seruan syaitan yang membinasakan.

2. Hati yang sihat tegas melakukan suruhan agama dan berani menegakkan kebenaran. Hati yang sakit malas melakukan suruhan agama dan takut menegakkan kebenaran.

3. Hati yang sihat tegas takut kepada Allah dan kemurkaan-Nya dengan menjauhkan diri daripada segala maksiat dan larangan-Nya. Hati yang sakit berani terhadap Allah dan kemurkaan-Nya dengan melibatkan diri dalam maksiat dan melanggar larangan-Nya.

4. Hati yang sihat berasa tenteram, bersaudara dan berlapang dada terhadap saudaranya yang muslim. Hati yang sakit berperasaan hasad dengki, dendam kesumat dan sempit dada terhadap saudaranya yang muslim.

5. Hati yang sihat menyerah diri kepada Allah dalam segala tindakan dan semua keadaan. Hati yang sakit menyerah diri kepada makhluk dan iblis dalam pelbagai tindakan dan keadaan.

6. Hati yang sihat sentiasa mengingati Allah sebagai Pencipta Yang Maha Melihat. Hati yang sakit sentiasa mengingati dunia dan harta benda seolah-olah Allah tidak ada. (na’uzubillah).

7. Hati yang sihat menyukai al-Quran, berasa tenteram dan harmoni dengan membacanya. Hati yang sakit menyukai nyanyian syaitan, makhluk yang melalaikan dan gelisah terhadap bacaan al-Quran.

8. Hati yang sihat tabah menghadapi cabaran dan istiqamah dalam usaha mengejar cita-cita. Hati yang sakit lemah semangat apabila berhadapan dengan cabaran dan ‘hangat-hangat tahi ayam’ dalam usaha mengejar cita-cita.

9. Hati yang sihat membuka kebijaksanaan sehingga berfikiran jauh dan nampak kenikmatan hidup di syurga abadi. Hati yang sakit menutup kebijaksanaan sehingga berfikiran pendek dan hanya nampak kenikmatan hidup di dunia yang fana.

10. Hati yang sihat mencintai jihad dan pengorbanan di jalan Allah. Hati yang sakit kedekut dan bakhil untuk berjihad dan berkorban di jalan Allah

Baca Lagi

Jom ke Surau ! Tiada panggilan sepenting seruan Ilahi. Nah, gunakanlah moto itu dalam kehidupan kita. Ingatlah rakan sekalian bahawa di akhirat nanti, “talian hayat” inilah yang akan membantu kita mendapat naungan Allah di hari yang tiada sesiapa lagi dapat membantu kita.

Baca Lagi

Seruan Ilahi

Jom ke Surau ! Tiada panggilan sepenting seruan Ilahi. Nah, gunakanlah moto itu dalam kehidupan kita. Ingatlah rakan sekalian bahawa di akhirat nanti, “talian hayat” inilah yang akan membantu kita mendapat naungan Allah di hari yang tiada sesiapa lagi dapat membantu kita.
Baca Lagi

haDis QuDsi

Hadis Qudsi daripada Rasulullah S.A.W:
“Jika kamu datang kepada-Ku secara berjalan, nescaya Aku datang kepadamu secara berlari. Jika kamu datang
kepada-Ku selangkah, Aku akan datang kepadamu seribu langkah.”
Baca Lagi

Hadis Qudsi daripada Rasulullah S.A.W:

“Jika kamu datang kepada-Ku secara berjalan, nescaya Aku datang kepadamu secara berlari. Jika kamu datang

kepada-Ku selangkah, Aku akan datang kepadamu seribu langkah.”

Baca Lagi

Share

Twitter Facebook