SAKITKAH ATAU SIHATKAH HATI KITA??

1. Hati yang sihat cenderung kepada ajakan yang baik dan peringatan Allah SWT. Hati yang sakit cenderung kepada ajakan maksiat, dosa dan seruan syaitan yang membinasakan.

2. Hati yang sihat tegas melakukan suruhan agama dan berani menegakkan kebenaran. Hati yang sakit malas melakukan suruhan agama dan takut menegakkan kebenaran.

3. Hati yang sihat tegas takut kepada Allah dan kemurkaan-Nya dengan menjauhkan diri daripada segala maksiat dan larangan-Nya. Hati yang sakit berani terhadap Allah dan kemurkaan-Nya dengan melibatkan diri dalam maksiat dan melanggar larangan-Nya.

4. Hati yang sihat berasa tenteram, bersaudara dan berlapang dada terhadap saudaranya yang muslim. Hati yang sakit berperasaan hasad dengki, dendam kesumat dan sempit dada terhadap saudaranya yang muslim.

5. Hati yang sihat menyerah diri kepada Allah dalam segala tindakan dan semua keadaan. Hati yang sakit menyerah diri kepada makhluk dan iblis dalam pelbagai tindakan dan keadaan.

6. Hati yang sihat sentiasa mengingati Allah sebagai Pencipta Yang Maha Melihat. Hati yang sakit sentiasa mengingati dunia dan harta benda seolah-olah Allah tidak ada. (na’uzubillah).

7. Hati yang sihat menyukai al-Quran, berasa tenteram dan harmoni dengan membacanya. Hati yang sakit menyukai nyanyian syaitan, makhluk yang melalaikan dan gelisah terhadap bacaan al-Quran.

8. Hati yang sihat tabah menghadapi cabaran dan istiqamah dalam usaha mengejar cita-cita. Hati yang sakit lemah semangat apabila berhadapan dengan cabaran dan ‘hangat-hangat tahi ayam’ dalam usaha mengejar cita-cita.

9. Hati yang sihat membuka kebijaksanaan sehingga berfikiran jauh dan nampak kenikmatan hidup di syurga abadi. Hati yang sakit menutup kebijaksanaan sehingga berfikiran pendek dan hanya nampak kenikmatan hidup di dunia yang fana.

10. Hati yang sihat mencintai jihad dan pengorbanan di jalan Allah. Hati yang sakit kedekut dan bakhil untuk berjihad dan berkorban di jalan Allah

Category:

0 comments:

Share

Twitter Facebook