Majlis Memburu Malam Lailatul Qadar telah diadakan pada 22 Ramadhan 1432H bersamaan 22 Ogos 2011. Majlis ini diadakan bagi menyambut kedatangan 10 hari terakhir Ramadhan yang mana terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu malam iaitu malam Lailatulqadar. Penceramah jemputan iaitu Ustaz Rahim @ Salleh bin Ramly telah dijemput bagi memberikan ceramah berkaitan kelebihan malam lailatulqadar. Selepas ceramah ini tamat, majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah jemputan dan diakhiri dengan jamuan berbuka puasa beramai-ramai.
Rasulullah s.a.w bersabda, “Berusahalah untuk mencari lailatul qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.” Riwayat Bukhari.
Bersempena dengan 10 malam terakhir ini, marilah sama-sama kita memeriahkan malam kita dengan qiamullail, zikir dan banyak lagi ibadah yang boleh dilakukan. Moga kita diberi peluang untuk bertemu dengan malam seribu malam ini. Insyaallah..
0 comments:
Post a Comment