By BADAN KEBAJIKAN SURAU AL-GHAZALI
Pada 23 September 2011, kita akan bersama-sama bergotong-royong membersihkan surau kita. Oleh itu sahabat-sahabat, tidak salah kita menghulurkan bantuan dengan tulang empat kerat kita ini. Sesungguhnya, Allah telah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud: "
Maka barang siapa mengerjakan kebaikan seberat zarra, nescaya dia akan melihat (balasan)nya." (Surah Az-zalzalah 99: 7) Walaupun kita berbuat kebaikan walau sekecil-kecil kebaikan, Allah tetap memberi ganjaran kepada kita. Sehubungan itu, jangan malas-malas, jangan malu segan, turunlah surau petang Jumaat ini.. Kita bersihkan surau beramai-ramai.. Jamuan ringan turut disediakan... Wallahua'lam =)
0 comments:
Post a Comment