MAJLIS KHATAM AL-QURAN


      Setiap warga IPGKTB telah menjalankan aktiviti tadarus al-quran sepanjang bulan Ramadhan. Setiap malam Isnin hingga Jumaat, pelajar-pelajar akan berkumpul di surau Al-Ghazali mengikut kelas untuk bertadarus. Jadual tadarus al-quran telah disusun agar 30 juzuk al-quran dapat dihabiskan dalam masa sebulan. Alhamdulillah, aktiviti tadarus al-quran berjalan dengan lancar sebelum Majlis Khatam Al-Quran berlangsung. Sebelum program Ihya' Ramadhan melabuhkan tirainya, Majlis Khatam Al-Quran menjadi kemuncaknya. Majlis ini diadakan pada 25 Ramadhan 1432H bersamaan 25 Ogos 2011.Majlis bermula pada pukul 5.30 petang dengan ucapan Dr. Abdul Razak. Majlis diteruskan dengan bacaan surah-surah juzuk amma yang telah diketuai oleh sekumpulan pelajar dari IPGKTB sendiri. Seterusnya penyampaian cenderahati telah disampaikan kepada Dr. Abdul Razak sebagai tanda penghargaan kepada beliau. Jamuan berbuka puasa beramai-ramai dengan menu yang istimewa telah disediakan oleh ahli jawatankuasa Program Ihya' Ramadhan sebagai penutup program ini. 
Gambar-gambar berikut merupakan serba sedikit berkaitan perjalanan majlis ini.












Alhamdulillah majlis ini berjalan dengan lancar. Moga majlis ini dapat dijalankan pada tahun hadapan dengan lebih baik lagi. Insyaallah..

Ya Allah, kurniankanlah kepada kami malam Al Qadr yang akan menjadi wasilah untuk kami mendapat keampunan dariMu dari segala dosa-dosa samada yang besar atau kecil, yang awal dan akhir, yang terang dan tersembunyi dan panjangkanlah umur kami sehingga kami dapat bertemu lagi di bulan Ramadhan yang akan datang.
Category:

0 comments:

Share

Twitter Facebook