KARNIVAL MAHABBAH AL-GHAZALI


Alhamdulillah.. Karnival Mahabbah BKS Al-Ghazali berlangsung dengan lancar. Pelbagai aktiviti menarik dijalankan. Karnival ini telah dirasmikan oleh Cik Hajjah Rosenah Mohamed Noor, Pengarah IPG KTB sesudah solat Jumaat yang pertama selamat ditunaikan di Surau Al-Ghazali iaitu pada 30 September 2011. VIP-VIP seterusnya dibawa ke kafeteria untuk menjamah sedikit makanan bersempena jamuan kesyukuran yang telah diadakan oleh pihak JPIM untuk seluruh warga IPG KTB. Tidak rugi andai anda menjamah makanan di sini. Semuanya adalah masakan homemade daripada barisan Exco BKS bersama pihak JPIM dan juga semua AJK yang turut membantu di dapur surau. =)

Para VIP sedang menjamu selera

Karnival ini berlangsung sehingga hari Sabtu (1 Oktober 2011). Pelbagai pameran diadakan di perkarangan Dewan Hajjah Rohani antaranya,

BOOTH BKS

Pameran Kenali BKS

Koleksi foto aktiviti BKS ada di sini. Edaran Tinta Al-Ghazali juga boleh dapatkan di sini.. =)

BOOTH HPA

Barangan HPA

Akad berjual-beli jangan diabaikan.. ^.^

BOOTH JUALAN BUKU

Nilai wang yang dikeluarkan untuk membeli buku lebih rendah daripada nilai ilmu yang diperolehi. Oleh itu, jangan kedekut wang untuk peroleh ilmu. =)


BOOTH DINAR EMAS

Kenali mata wang Islam yang sebenar

BOOTH CELCOM

Celcom Broadband boleh didapati di sini

Ini barisan PA system kita. Selamat bertugas! =D


Di sini bukan ada jualan buku, HPA dan pameran-pameran sahaja. Sebaliknya ada juga jualan makanan bagi para pengunjung di hadapan Dewan Hajjah Rohani. Mari-mari semua.. Tempat ini tempat yang mengenyangkan anda. =P






Seperti yang tertera pada iklan, permainan tradisional turut diadakan pada hari tersebut. Nama peserta-peserta yang telah berdaftar sebelum ini akan bertanding di sini. Hari ini, kita perlu main semula permainan zaman kanak-kanak yang sudah bertahun-tahun kita tinggalkan. Mari kita lihat siapa handal. Budak kampung atau budak bandar ya?? Jangan difikir budak bandar tidak main semua permainan tradisional ini yaa! =P

PERMAINAN TRADISIONAL

Batu dibaling bagi mendapatkan tempat lompatan. =P Bitaufik wan Najah!

Mm.. Nampaknya ada sedikit tidak puas hati.. Apa-apalah asalkan dapat main yer.. =P

Waah! Hebat sungguh Pengerusi BKS kita bermain batu seremban. Sampai ke final tuuh.. Jangan main-main! =P

Sempat jugak si baju biru minum air. Macam confident nk menang jek.. Yang berbaju merah pula, gelak tanda helah atau gelak tanda nak menang? =P

Subhanallah! Lompatan Teng Teng yang terhebat! ^^

Mm.. serius bermain. Mungkin permulaan.. =)

Pada jam 3 petang, seperti yang dijadualkan, terdapat satu Forum yang bertajuk "Kebangkitan Mahasiswa Menerajui Kecemerlangan" telah berlangsung di Dewan Hajjah Rohani. Para panel merupakan jemputan khas mahasiswa daripada UITM Bukit Mertajam, IPDA, IPSAH dan dua orang panel lagi daripada IPG KTB sendiri. Agak panas tajuk yang diperbincangkan. Menambahkan lagi kepanasan cuaca di luar sana. ^^ Turut disajikan kepada para penonton, persembahan qasidah daripada kumpulan anak-anak kecil dan juga nasyid daripada murid-murid perempuan Sekolah Rendah berdekatan. Forum ini diakhiri dengan pemberian cenderahati daripada pihak BKS kepada para panel jemputan.

FORUM "Kebangkitan Mahasiswa Menerajui Kecemerlangan"










Malam Kesenian Islam merupakan kemuncak merangkap penutup bagi Karnival BKS Al-Ghazali. Malam Kesenian yang dimaksudkan merupakan alunan qasidah daripada tiga kumpulan berbeza zon Utara yang terdiri daripada kumpulan Qasidah Al-Ihya' (IPGKTB), Syamsul Haq (Sg. Petani) dan Al-Faidh (IPG Kampus Pulau Pinang). Alunan Qasidah ini berlangsung di dalam kafeteria bermula pada pukul 8.30 malam. Pada awalnya, qasidah ini dirancang untuk dialunkan di hadapan Dewan Hajjah Rohani. Namun, kerana hujan lebat yang telah turun membasahi tapak tersebut, tempat telah diubah ke dalam kafeteria. Alhamdulillah, walaupun terdapat satu halangan yang tak diduga, alunan qasidah tetap dapat dijalankan dengan lancar.

MALAM KESENIAN AL-GHAZALI





Si kecil yang amat cekap bermain alatan muzik




Bersyukur ke hadrat Ilahi kerna Karnival BKS Al-Ghazali berlangsung dengan jayanya. Diharapkan semoga program seperti ini dapat diadakan lagi dan mendapat sokongan yang amat memberansangkan dari pihak IPG KTB mahupun pihak luar. Insyaallah..
Category:

0 comments:

Share

Twitter Facebook