SURAU JUMAAT AL-GHAZALI, IPGKTB

Tanggal 30 September bersamaan 2 Zulkaedah 1432H, merupakan tarikh yang cukup bermakna bagi warga IPGKTB iaitu, tarikh tersebut merupakan hari pertama solat Jumaat diadakan di Surau Al-Ghazali. Alhamdulillah wa Syukrulillah.. =)
Untuk pengetahuan saudara/ri, IPG kita telah mendapat kelulusan daripada pihak Majlis Agama Islam Pulau Pinang untuk mendirikan solat Jumaat di surau kita. Oleh itu, secara rasminya, surau kita telah dinaik taraf sebagai Surau Jumaat. Pada tarikh tersebut juga, perasmian pengisytiharan Surau Al-Ghazali sebagai Surau Jumaat telah diadakan. Turut hadir, Ustaz Elias bin Haji Zakaria selaku Yang Dipertua Majlis Agama Pulau Pinang sebagai pengisytihar Surau Al-Ghazali sebagai Surau Jumaat. Kelulusan ini benar-benar memudahkan masyarakat Muslim di sini untuk menunaikan kewajipan mereka. Selamat menunaikan Solat Jumaat di Surau Al-Ghazali!












Category:

0 comments:

Share

Twitter Facebook