Selamat Datang pelajar Baharu

Pihak badan kebajikan surau IPGM Kampus Tuanku Bainun mengucapkan ahlan wasahlan dan selamat datang kepada permata-permata baharu IPGM Tuanku Bainun. . Tahniah kerana anda kini bergelar seorang pelajar IPGM , mungkin ramai yang tidak menyangka bahawa diri mereka akan ditempatkan di sini , itulah hebatnya kuasa Allah yang maha bijak mengatur urusan Hamba-hambanya. Anda datang dari segenap pelusuk Negara , anda bertutur dalam pelbagai bahasa dan dialek dan anda juga dari pelbagai tona warna kulit. Maha suci Allah yang mempertemukan anda disini dan mempertemukan anda dengan kami . Maka marilah kita bersama-sama mengorak langkah untuk sama-sama saling berkenal-kenalan dan merapatkan saf serta menyatukan pemikiran dan amalan sebagaimana Firman Allah SWT :

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (Adz-dzariyat:25)

Dan Firman Allah lagi;

Sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. -Surah al-Hujuraat : ayat 10.

Sabda Baginda Rasulullah SAW:

“Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara”

Dan juga Hadis yang bermaksud;

"Demi Tuhan yang diriku di dalam genggamanNya, kamu tidak akan masuk syurga sehinggalah kamu beriman, dan kamu tidak beriman (tidak sempurna iman) sehinggalah kamu saling kasih mengasihi..”

Maka orang-orang yang Beriman itu adalah bersaudara tidak kira apa bangsa, bahasa, dan warna mereka. Mereka melaksanakan segala tuntutan-tuntutan dalam bersaudara dan menjauhi segala apa sahaja yang boleh menghancurkan ikatan tersebut seperti perasaan hasad dengki, benci, dendam dan kianat. Ingatlah bahawa kita adalah hamba Allah Taala dan di antara sifat seorang hamba itu ialah mentaati segala suruhan Tuannya. Tidak akan tercapai ketaatan melainkan dengan cara saling bersaudara serta tolong-menolong dalam mendirikan tuntutan agama dan meninggikan syiarnya. Di samping itu, sewajibnya segala tuntutan dan hak-hak dalam persaudaraan itu dilaksanakan sepertimana yang disarankan dalam al-Quran dan Sunnah .

Oleh itu pihak Badan Kebajikan Surau (BKS) menyeru kepada semua pelajar baharu dan juga lama agar saling bertegur sapa dan merapatkan ukhuwwah antara satu sama lain dan mengelakkan kepada berlakunya sebarang perselisihan faham antara satu sama lain. Disamping itu juga pihak BKS juga megharapkan supaya warga IPGM kampus Tuanku Bainun dapat memberikan kerjasama dan menyokong segala bentuk program yang dianjurkan oleh Pihak BKS selagi mana ianya tidak bercanggah dengan tuntutan syara’.

Category:

0 comments:

Share

Twitter Facebook