GURU PELATIH IPGM LESU ?

Aku
menjawab..mudah sahaja. Haluan mereka belajar di kampus kerana peluang
kerja terjamin. Tidak perlu sibuk dengan hal- hal lain. Malamnya mereka
berfikir nak makan di mana. Petangnya di isi dengan bermain di padang
mahupun berenang di kolam. Jika tiada pensyarah, ada yang balik ke
bilik, lepak di cafeteria, melayari internet bersembang di laman
interaktif dan hanya sebilangannya sahaja ke perpustakaan.

Itulah
rutin harian mereka. Tidak jauh berbeza semasa di bangku sekolah.
Walhal mereka kini berada di salah satu institutsi pendidikan
terpenting negara. Institusi yang akan melahirkan guru- guru bagi
mengajar dan mendidik anak bangsa di sekolah rendah. Betapa pentingnya
didikan dan ajaran bagi kanak- kanak ini sebagaimana dinyatakan dalam
peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sayangnya mentaliti
guru- guru begini jadinya.

Persoalannya kenapa guru pelatih kita bersikap sedemikian?

Adakah guru pelatih IPGM terlalu dimanjakan dengan elaun RM 430 atau RM500 setiap bulan?

Adakah
kerana hidup guru pelatih IPGM terlalu mewah disebabkan segala
perbelanjaan yuran pengajian kita ditanggung penuh oleh kerajaan?

Atau
adakah kerana guru pelatih IPGM terlalu selesa kerana confirm akan
dapat bekerja sebagai guru selepas tamat pengajian sehingga melahirkan
bakal pendidik yang lesu,pasif dan mempunyai mindset ‘katak dibawah
tempurung’?

Fikir-fikirlah
wahai sahabatku sekalian...Bangkitlah dari lenamu..Keluarkan potensimu
untuk berbakti kepada agama,negara dan bangsa

dipetik daripada : http://biagaafzan.blogspot.com

BENARKAH APA YANG DINYATAKAN DIATAS ? PASTI SAUDARA SAUDARI ADA JAWAPANNYA.. FIKIR-FIKIRKAN........
Category:

0 comments:

Share

Twitter Facebook