Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

Senyum hingga mati

Assalamulaikum w.b.t

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam yang telah memberi peluang kepada kita untuk sekali lagi bersua di alam maya ni buat kesekian kalinya…
Selawat dan salam keatas kekasih kita, Muhammad ibn Abdullah kerana dengan usaha baginda kita dapat nikmat Islam dan Iman.

Kali ini, mari lihat senyuman manis seorang syahid. Senyuman hasil daripada keimanan yang tinggi kepada Allah Ta’ala….



Husein Khudri, aktivis sunni dari parti 'Al-Hayat Al-Hurrah' ( hidup bebas) Kurdistani, saat dihukum mati oleh pemerintah Syi'ah Rafidhah Iran.

Ia dihukum gantung kerana aktif membela hak minoriti Muslimin Sunni di Iran.

Hukuman mati atas Ahlus Sunnah adalah hal biasa, yang luar biasa adalah saat saudara mampu tersenyum sedangkan leher dijerat tali, dan hanya dengan satu tendangan saudara akan tergantung.

Yang luar biasa adalah saat saudara tetap istiqamah dalam kebenaran walau nyawa harus melayang.

Jadi terkenang kisah indah sahabat Khubabib bin 'Adiy Radiyallahu 'anhu, ( muslim pertama yang syahid di tiang penggantungan ), saat penduduk Quraisy memutuskan untuk menggantungnya. Setelah berdiri di tiang gantungan mereka bertanya kepadanya : " Bagaimana menurutmu jika Muhammad menggantikan posisimu sekarang ?". Dengan tegas dia menjawab : " Demi Allah, saya tidak rela, jika Muhammad terkena duri, sedangkan saya berleha-leha di rumah !".

Setelah sebelumnya ia minta solat dua rakaat, sahabat mulia ini kemudian bersya'ir :

ولست أبالي حين أقتل مسلما
على أي جنب كان في الله مصرعي

وذلك في ذات الإله وإن يشأ
يبارك على أوصال شلو ممزع


Aku Tak peduli saat aku dibunuh sebagai muslim
Di jalan Allah, bagaimanapun bentuk kematianku

Semuanya demi Allah, dan jika Allah berkehendak
Nescaya Dia memberkahi sobekan-sobekan tubuh( ku )


Mudah2an mujahid ini syahid, dan hanya Allah-lah Yang Maha Tahu kesudahannya.

Tidakkah kita berasa cemburu kepada pemuda ini? Jom pergiatkan lagi usaha kita untuk menjadi salah seorang yang mati di jalan Allah…bukannya mati di jalan raya atas sebab merempit atau yg sewaktu dengannya…

Wassalam…
Baca Lagi

berBuaT baiK menDaTangKan keBaiKan

Berbuat baik mendatangkan kebahagiaan. Ini penyataan yang benar. Disebabkan itulah di mana pun kita berada, kita mendapati orang berbuat baik. Direkodkan oleh Ahmad dan al-Darimi, Nabi Muhammad saw bersabda, “Mintalah pendapat daripada hatimu. Kebaikan adalah sesuatu yang membuatkan hatimu gelisah.” Apabila kita melakukan kebaikan tidak kira besar ataupun kecil, orang pertama yang merasai manfaat kebaikan itu ialah diri kita sendiri. Kita beroleh hati yang tenang dan mendapat pahala daripada
Allah. Suatu ketika nanti, kebaikan itu akan berbuah dan kita akan memperoleh lebih banyak kebaikan. Allah mengingatkan dalam surah al-Isra’ ayat 7, “Apabila kamu berbuat baik, itu bererti kamu berbuat baik kepada dirimu sendiri.” Nabi Muhammad pula menyatakan seperti direkodkan Tirmidzi, “Sebaik-baik manusia adalah yang panjang umurnya dan baik pula amalnya.
Baca Lagi

cinTa HATI

Cinta itulah dialirkan oleh Allah
ke dalam hati. Ia muncul dari dalam
ke luar, bukan dari luar ke dalam. Ia bukan dari mata turun ke hati, sebaliknya dari hati turun ke mata dan lain-lain anggota. Itulah cinta yang dikhususkan buat manusia sesuai dengan martabatnya sebagai
makhluk yang paling sempurna. Cinta ini bukan diukur menurut pandangan mata kepala, tapi mengikut pandangan mata hati. Cinta itu datang daripada Allah
dan diberi sebagai bekal untuk
mendapat kecintaan Allah
Baca Lagi

-Langkah Mencintai Allah-

-
Cinta sentiasa menjadi buruan manusia. Manusia sering memburu cinta yang berbeza. Ada yang memburu cinta wanita, suami, harta dan sebagainya. Namun, cinta yang hakiki yang tidak pernah mengecewakan ialah cinta Allah. Cinta Allah-lah yang layak dikejar. Amalkan petua-petua berikut bagi merasai manisnya mencintai Allah..

· Amalkan segala suruhan Allah dengan sungguh-sungguh dan tanpa banyak soal dan alasan.
· Jauhi larangan Allah dan jangan sesekali dekatinya apatah lagi melakukannya. Simpanlah rasa “tidak sedap hati” saat kali pertama melakukan sesuatu yang dimurkai Allah sebagai bekalan menjauhkan diri daripada maksiat.
· Letakkan Allah sebagai prioriti dalam hidup dan dahulukan Allah dalam segala sesuatu, tidak kira ketika melakukan ibadah atau saat perlukan pertolongan.
· Sentiasa berdoa dalam setiap perbuatan kerana itu akan mengingatkan kita kepada Allah setiap masa.
· Reda atas segala ketentuan qada’ dan qadar terutamanya jika ditimpa musibah.
· Kerahkan semua anggota badan mentaati Allah, termasuk hati dan juga lidah.
· Sentiasa perbaharui cinta Allah. Dunia ini melelahkan kerana tempat beristirehat hanyalah di akhirat. Lepas satu kebaikan dan ibadah dikerjakan, lakukanlah yang lain pula.
· Aktif. Laksanakanlah ibadah tanpa tawar-menawar.
· Ikhlas. Pastikan cinta kepada Allah ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan-Nya.
· Pinta. Pintalah kepada Allah cinta-Nya, dan laksanakan amalan yang disukai-Nya.
· Cintailah apa sahaja yang disukai Allah dan bencilah apa jua yang dibenci-Nya.
Baca Lagi

Bulan Rejab sudah tiba

Assalamualaikum w.b.t.
Rasanya belum terlambat lagi utk mengucapkan ahlan wasahlan kepada bulan rejab yang sudah 17 hari berlalu. Rasa syukur dipanjatkan kerana kita masih diberi peluang untuk terus menghirup udara segar di muka bumi Allah dalam menghabiskan sisa-sisa kehidupan yang bakal berakhir suatu ketika nanti. Panjangkanlah doa kepada Yang Maha Esa agar kita berkesempatan untuk menjalani madrasan tarbiyah pada bulan Ramadhan.

"Ya Allah, berkatilah kami dalam bulan Rejab dan dalam bulan Sya'ban, dan sampaikanlah kami ke dalam bulan Ramadhan"

Imam As-Sayuti r.a. membawa sebuah hadis yang diriwayatkan dari Ad-Dailami oleh Saiydina Ali bin Abi Talib k.w. bahawa Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud banyakkanlah beristigfar di bulan Rejab kerana pada setiap saat di dalamnya Allah menyelamatkan (seorang) dari api neraka.




Baca Lagi

Peliharalah Tujuh Anggota

Anggota badan merupakan satu nikmat Allah yang sangat bermanfaat kepada kita. Kita juga tahu bahawa setiap anggota yang ada pada kita mempunyai peranan masing-masing. Oleh itu, kita perlus sentiasa bersyukur dengan nikmat tersebut dan menggunakan anggota badan dengan sebaik mungkin.

Firman Allah swt dalam surah Ibrahim , ayat 7 : "Sesungguhnya jika kamu bersyukur , pasti Allah akan menambahkan (nimat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat yang Allah berikan), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih."

TUJUH ANGGOTA YANG MEMPUNYAI PERANAN YANG TERSENDIRI

1. MATA -membaca Al-Quran dan melihat perkara yang baik dan tidak berunsur maksiat.
2. TELINGA -mendengar sesuatu yang baik.
3. LIDAH -memperbanyakkan zikir,pujian kepada Allah , menghindari nista, umpat dan kejian.
4. TANGAN -digunakan ke arah kebaikan diri dan orang lain ;bukannya melakukan perkara yang dilarang Allah swt.
5. KAKI -berjala ke tempat yang baik dan bukan ke tempat maksiat.
6. PERUT -diisi dengan makanan yang halal, tidak berlebihan sebaliknya makanan untuk menguatkan tubuh bagi melaksanakan ibadat kepada Allah.
7.KEMALUAN -digunakan ke jalan diredhai Allah dan hindari zina atau perbuatan terkutuk yang lain.

Baca Lagi

Perbanyakkanlah bershalawat di Bulan Sya'ban ....
Bulan Rajab telah berlalu dan, alhamdulillah, kini kita sedang berada di bulan Sya’ban dan moga-moga Allah sampaikan kita ke bulan Ramadhan. Ameen.

Kalau di bulan Rajab, merupakan bulan yang berlaku padanya peristiwa Isra’ wal Mi’raj dimana Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم menerima perintah mengerjakan sholat langsung dari Allah Azzawajalla, maka di bulan Sya’ban pula terdapat beberapa peristiwa, diantaranya adalah:

* terjadinya peristiwa terbelahnya bulan yang sebagaimana tersebut dalam al-Quran di surah al-Qomar ayat 1
* turunnya perintah penukaran qiblat dari Masjidilaqso ke Masjidilharam sebagaimana yang dijelaskan di dalam surah al-Baqarah ayat 144
* dan turunnya perintah supaya bersholawat ke atas junjungan mulia Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, sebagaimana yang tersebut di surah al-Ahzaab ayat 56.




Allah Azzawajalla berfirman:

إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلاَئِكَـتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِيِّ يٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ آمَنُواْ صَلُّواْ عَلَيْهِ وَسَلِّمُواْ تَسْلِيماً

Ertinya: Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya bersholawat keatas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, bersholawatlah kamu keatas Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (surah al-Ahzaab: 56)

Maka kerana itulah bulan Sya’ban ini dikenali sebagai Syahrussholati, kerana dibulan inlah turunnya ayat diatas. Tatkala turun ayat tersebut (ayat al-Ahzab: 56), maka shahabat bertanya kepada Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bagaimana bersholawat kepada Baginda صلى الله عليه وآله وسلم sebagaimana tersebut di dalam beberapa riwayat, maka Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda, antaranya: Kalian ucapkanlah:

اللهم صل على محمد وعلى آل محمد كما صليت على آل إبراهيم، وبارك على محمد وعلى آل محمد، كما باركت على آل إبراهيم في العالمين، إنك حميد مجيد


Maka memperbanyakkan sholawat kepada junjungan kita Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم.

Adapun sighah sholawatnya terpulanglah … … mau bersholawat dengan sholawat Ibrahimiyyah … silakan, bahkan inilah yang terbaik kerana ianya sighah yang terpilih untuk dibacanya di dalam tasyahhud akhir. Syaikh Yusuf an-Nabhani menyebut di dalam kitabnya Afdhalush Sholawaat 'ala Sayyidis Saadaat ketika membicarakan berkenaan sholawat ini, antara katanya:-

Inilah sighah sholawat yang paling sempurna yang ma`tsur diriwayatkan daripada Junjungan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم


Selain itu boleh juga bersholawat dengan sholawat Tafrijiyyah, Munjiyyah, Fatih, Tibbil Qulub dan sebagainya silakan …. Semuanya punya kelebihan yang besar. Usah dihiraukan sangat dengan ‘golongan ekstrim itu’ yang mengatakan sighah sholawat ini bid’ah! … sighah sholawat ini syirik! … dsb …. Biarkan mereka sibuk 'meratibkan' tuduhan, tohmahan tersebut. Kita jangan disibukkan dengan 'ratib 'mereka tuu' ...... sibukkanlah diri kita dengan memperbanyakkan sholawat …. Pilihlah mana-mana sholawat yang disukai, disini terdapat pelbagai sighah sholawat yang boleh dipilih.

Diantara kelebihan bershalawat ini, menurut ulama … shalawat ini mudah dikerjakan manakala pahalanya besar … bahkan walaupun ianya dibaca dengan tidak hadir hatinya, atau dibaca dengan disertai rasa riya’, ujub, atau dibaca dalam keadaan lalai dengan tidak menghadirkan dan menghayati maknanya atau lain-lainnya … tetap saja diterima Allah kerana ketinggian kedudukan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم disisi Allah … kerana kecintaan Allah kepada صلى الله عليه وآله وسلم.




Andaikata kita tidak mampu untuk memperbanyakkan ibadah-ibadah lain seperti sholat sunat terutamanya tahajjud, puasa maka bershalawatlah sebanyak-banyaknya. Perhatikan apa yang disebut Imam Ibnu 'AthoIllah as-Sakandari dalam kitabnya "Bahjatun-Nufus" yang ambo petik dari blog Abu Muhammad:-

Orang yang tidak mampu memperbanyak berpuasa dan melakukan sholat malam (yakni sholat-sholat sunnat pada waktu malam) hendaknya menyibukkan diri dengan bersholawat ke hadrat Junjungan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Seandainya sepanjang hidup, engkau melakukan seluruh amal ketaatan, lalu Allah memberikan satu sholawat sahaja atasmu, tentu satu sholawat tersebut lebih berat dari semua amal ketaatan yang engkau lakukan selama tempoh tersebut. Sebab engkau bersholawat sesuai dengan kapasiti kemampuanmu, sedangkan sholawat daripada Allah adalah sesuai dengan sifat rububiyah (ketuhanan)Nya. Ini baru satu sholawat, maka bagaimana pula jika Allah membalasmu dengan sepuluh sholawat bagi satu sholawatmu ke hadrat Junjungan صلى الله عليه وآله وسلم seperti keterangan hadits ? Menurut Sayyidina Abu Hurairah رضي الله عنه, Junjungan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda:- "Sesiapa yang bersholawat atasku sekali, Allah akan bersholawat ke atasnya sepuluh kali." Betapa indahnya hidup ini jika engkau isikan dengan taat kepada Allah, dengan sentiasa berzikir kepadaNya dan sibuk bersholawat atas Junjungan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم di setiap waktu disertai hati yang ikhlas, jiwa yang tulus, niat yang baik dan perasaan cinta kepada Junjungan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم

sumber : http://al-fanshuri.blogspot.com/
Baca Lagi

FADHILAT BULAN SYAABAN


1. Telah memberitahu kepada kami Abdullah bin Yusuf Telah memberitahu kami Malik daripada Abi An-Nadhri daripada Abi Salamah daripada Sayyidatina ‘Aishah telah berkata : Rasulullah S.A.W berpuasa sehingga kita mengatakan dia tidak berbuka dan baginda S.A.W berbuka sehingga kami berkata dia tidak berpuasa. Dan aku tidak pernah melihat Rassulullah S.A.W menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda S.A.W banyak berpuasa melainkan pada bulan Sya’ban.
( Diriwayatkan oleh imam Bukhari di dalam sohihnya dan imam Muslim di dalam sohihnya )

2. Telah memberitahu kami Muaz bin Fudhalah telah memberitahu kami Hisham daripada Yahya daripada Abi Salamah sesungguhnya sayyidatina ‘Aishah telah memberitahunya dengan berkata : Nabi S.A.W tidak banyak berpuasa melainkan pada bulan Sya’ban, dan baginda S.A.W telah berpuasa sebulan penuh pada bulan Sya’ban. Dan adalah baginda S.A.W bersabda : Lakukanlah amalan yang mana kamu mampu membuatnya maka sesungguhnya Allah tidak membebankan ( mewajib )kamu sehingga kamu merasa berat dengan bebanan. Dan apa yang disukai oleh Rasulullah S.A.W adalah sembahyang(sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit. Dan adalah baginda S.A.W apabila mendirikan sembahyang maka baginda S.A.W sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian.
( Diriwayatkan oleh imam Bukhari di dalam sohihnya dan imam Muslim di dalam sohihnya)

3. Telah memberitahu kami Sufian bin ‘Uyainah daripada Ibn Abi Labid daripada Abi Salamah telah berkata : Aku telah bertanya Sayyidatina ‘Aishah tentang puasa Rasulullah S.A.W maka dia menjawab : Adalah baginda S.A.W berpuasa sehingga kami berkata : Sesungguhnya baginda S.A.W telah berpuasa dan baginda s.A.W berbuka sehingga kami mengatakan : Telah baginda S.A.W berbuka. Aku tidak pernah melihat baginda S.A.W berpuasa dari sebulan sahaja lebih banyak daripada puasa baginda S.A.W pada bulan Sya’ban. Kadang-kadang baginda S.A.W berpuasa Sya’ban sebulan penuh dan kadang-kadang baginda S.A.W berpuasa sedikit daripadanya.
(Diriwayatkan oleh imam Muslim di dalam sohihnya)

4. Telah memberitahuku Muawiyah bin Soleh daripada Abdullah bin Abi Qais sesungguhnya dia telah mendengar Sayyidatina ‘Aishah berkata : Bulan yang disukai oleh Rasulullah S.A.W yang mana baginda S.A.W berpuasa padanya adalah bulan Sya’ban kemudian disambung puasa pada bulan Ramadhan.
( Hadis ini sanadnya Hasan dan diriwayatkan oleh Abu Daud, An-Nasaei, Ibn Khuzaimah, Al-Baihaqi dan Al-Baghawi)

5. Telah memberitahuku Al-Maqburi daripada Abu Hurairah daripada Usamah bin Zaid telah berkata: Aku telah berkata : Wahai Rasulullah! sesungguhnya kau telah melihat engkau berpuasa pada bulan yang mana aku tidak melihat engkau berpuasa pada bulan yang mana engkau puasa padanya. Soal Rasulullah S.A.W : Bulan apa? Aku telah berkata: Sya’ban bulan diantara Rejab dan Ramadhan yang mana melupai manusia mengenainya(diangkat kepadaNya) segala amalan semua hamba maka aku lebih suka amalanku tidak diangkat melainkan bersamanya aku berpuasa. Mka aku berkata lagi: Aku melihat engkau berpuasa pada hari Isnin dan Khamis dan tidak mengabaikan kedua-dua hari itu.Sabda baginda S.A.W : Sesungguhnya segala amalan semua hamba akan diangkat pada kedua-dua hari itu maka aku lebih suka tidak diangkat amalanku melainkan bersamanya aku berpuasa.
( Hadis ini sanadnya Hasan dan telah dikeluarkan oleh An-Nasaei, Imam Ahmad dan imam Al-Baihaqi )

HADIS MENGENAI KELEBIHAN MALAM NISFU SYA’BAN

1. Daripada Makhul daripada Malik bin Yakhamir daripada Muaz bin Jabal daripada Nabi S.A.W telah bersabda: Sesungguhnya Allah ta’ala memerhati makhlukNya pada malam nisfu(pertengahan) daripada Sya’ban maka Dia akan mengampuni semua makhlukNya melainkan orang yang syirik atau orang yang bermusuhan.
( Hadis ini isnadnya Hasan dan dikeluarkan oleh Ibn Habban, Al-Baihaqi dan At-Thobarani )

2.Daripada Hisham bin Hassan daripada ( Al-Hasan daripada) Usman bin Abi Al-’As daripada Nabi S.A.W telah bersabda : Apabila tibanya malam nisfu (pertengahan) daripada bulan Sya’ban, pemanggil akan memang- gil : Adakah daripada mereka yang memohon keampunan maka nescaya diampun baginya ? Adakah daripada kalangan mereka yang meminta maka akan diberi? Maka tidak ada seseorang yang memohon sesuatu melainkan akan diberi melainkan penzina dengan kemaluannya ataupun orang syirik.
(
Hadis ini isnadnya Hasan dan dikeluarkan oleh Al-Kharaiti, Al-Baihaqi dan imam Sayuti )

Penerangan Hadis

1. Hadis-hadis ini menjelaskan kepada kita bagaimana kelebihan bulan Sya’ban yang mana Rasulullah S.A.W sentiasa berpuasa bahkan melebihi bulan-bulan yang lain.

2. Hadis-hadis ini juga menerangkan bagaimana hukum berpuasa pada bulan Sya’ban iaitu sunat bukannya wajib. Oleh itu baginda S.A.W kadang-kadang berpuasa penuh sebulan pada bulan ini dan pada suatu ketika baginda tidak berbuat demikian. Kita perlu ingat bahawa setiap perbuatan Rasulullah S.A.W merupakan sunnah fi’liyyah (sunnah yang berasaskan perbuatan) yang boleh dijadikan hujjah di dalam mengeluarkan sesuatu hukum.

3. Baginda S.A.W juga menggalakkan kita agar di dalam melakukan sesuatu yang baik terutama dalam ibadat khusus seperti solat sunat, puasa sunat dan sedekah maka ia mestilah dilakukan secara berterusan walaupun sedikit. Kita kadang-kadang melakukan perkara ini secara banyak tetapi tidak berterusan dan ia dilakukan apabila timbulnya perasaan rajin sahaja. Ini menyebabkan kita kurang merasai hikmat dan kesan daripada amalan tersebut. Ini kerana apabila ia dilakukan secara berterusan akan mendatangkan kepada kita perasaan untuk menghisab dan menghitung diri sendiri secara berterusan dan ini akan melahirkan individu yang sentiasa berada dalam ibadat dan mengingati Allah setiap masa dan tempat sama ada ditikar sembahyang, ketika belajar mahupun ketika berkerja.

4. Galakan ini juga bertujuan untuk melatih dan membiasakan kita dengan berpuasa sebelum masuknya bulan Ramadhan yang memang kita mesti berpuasa padanya.
5. Baginda juga menekankan bagaimana seseorang muslim mesti percaya bahawa setiap amalan yang dilakukan bukanlah sia-sia malah ia akan diangkat kepada Allah untuk dihisab kualitinya. Apabila perasaan ini timbul sepanjang kehidupan dan peribadatan kita seharian akan menyebabkan kita semakin yakin kepada balasan Allah terhadap apa yang telah kita sama-sama tunaikan. Ini dapat menghindarkan diri daripada melakukan sesuatu ibadat sambil lewa dan penuh dengan perasaan malas dan juga mampu memberi peringatan agar jangan mendekati segala maksiat kerana setiap gerak laku kita diperhati dan dihisab oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.

6. Baginda S.A.W juga menjelaskan bagaimana adanya waktu-waktu tertentu yang mempunyai kelebihannya tersendiri seperti pada hari Isnin dan Khamis serta pada bulan Sya’ban terutama pada malam pertengahan bulannya. Baginda S.A.W juga mengajar kita agar menggunakan kesempatan yang ada dengan berdoa dan beribadah kepada Allah.

7. Islam mengajar kita agar menjaga masa dan menggunakan peluang yang ada untuk beribadat bukannya dihabiskan begitu sahaja disebabkan kita tidak merasa berdosa apabila tidak mempedulikan masa. Orang kafir mapu menjaga masa dan menggunakan masa untuk perkara berfaedah serta tidak kurang juga digunakan untuk mengatur strategi di dalam menyerang Islam. Adakah kita terus hanyut dibuai mimpi sedangkan musuh Islam telah lama merancang untuk menghancurkan kita.

8. Islam mahu melahirkan umat yang berkualiti dalam ibadat, masa dan pekerjaan yang mana ia tidak menyuruh kita sekadar menunaikan ibadat khusus seperti sembahyang, puasa dan bersedekah sahaja tetapi juga menekankan agar setiap ibadat yang dilakukan mampu melahirkan umat yang sedar siapa mereka dan apa tanggungjawab mereka. Ingatlah bahawa Rasulullah S.A.W pernah memarahi sahabat yang hanya mahu beribadat khusus sahaja sedangkan baginda S.A.W sendiri bukan sahaja merupakan orang yang kuat beribadat khusus, memohon keampunan malah baginda juga sebagai bapa, suami, ahli masyarakat dan juga yang paling besar dan berat adalah sebagai pemimpin negara. Semuanya dikira ibadat jika dilakukan mengikut landasan Islam. Kita jangan termakan dengan dakyah sesat golongan kuffar yang menyatakan ibadat adalah perkara yang berkaitan dengan sembahyang, puasa, haji dan ibadat khusus yang lain sahaja tanpa mempedulikan kewajipan kita yang besar seperti tanggungjawab terhadap kerja, keluarga, masyarakat setempat dan juga pemerintahan negara.

9. Islam mencela mereka yang syirik, berzina dan bermusuhan yang mana doa mereka tidak dimaqbulkan.

Bibiografi

1. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibnu Hajar jilid 4 cetakan Maktabah Al-Risalah Al-Hadisah
2. Syarah Sohih Muslim oleh imam An-Nawawi jilid 15/16 cetakan Darul Makrifah
3. Kitab Fadahailul Auqat oleh Abi Bakar bin Al-Husin Al-Baihaqi di kaji oleh Adnan Abdul Rahman Majid Al-Qaisi cetakan Maktabah Al-Manarah Makah Mukarramah


DDIPETIK DARIPADA; www.epondok.com

Baca Lagi

Antara Marwa as-Sharbini dan Michael Jackson


"Tidak banyak liputan TV tentang Marwa Al-Sharbini, seorang ibu yang punya seorang anak, sedang mengandung tiga bulan, mati akibat ditikam 18 kali oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti-Islam dan anti-Muslim.


Tidak ramai pula di kalangan orang Islam sendiri sedar tentang tragedi kejam ini. Yang mereka lebih tahu ialah kematian Raja Pop. Itupun kerana media, terutama TV melampau-lampau liputannya. Berhari-hari, bahkan berminggu masih belum reda isunya.
Ribuan penduduk Mesir menghantar jenazah Marwa ke tempat pengkebumiannya. Beliau tidak sepopular artis tersohor, MJ, tetapi pastinya beliau tersohor di kalangan penduduk langit kerana mempertahankan harga diri, maruah dan agamanya melalui tudungnya, yang dengannya ia syahid.
Marwa ditikam di ruang mahkamah kota Dresden, Jerman sebelum memberikan keterangan atas kesnya. Ia mengadu tentang seorang pemuda Jerman bernama Alex W yang kerap menyebutnya “teroris” hanya disebabkan beliau berjilbab. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwa dan berusaha melepas jilbab Muslimah berasal dari Mesir itu. Di saat berada di mahkamah itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini ia menikam Marwa berkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya, terkena tembakan pihak berkuasa yang berdalih tidak sengaja menembak suami Marwa yang kini dalam keadaan kritikal di hospital di Dresden .
Dalam sejarah Islam, seorang wanita Islam cuba dicabul kehormatan dan maruah dirinya oleh seorang Yahudi. Lantas pemuda Islam tangkas membantu hingga menyebabkan pergaduhan antara Yahudi dan orang Islam. Di zaman Khalifah Mu’tasim, seorang wanita meminta tolong dengan berkata: ‘Waa Mu’tasimah!’. Mu’tasim yang berada begitu jauh darinya, apabila mendapat berita tersebut terus menghantar bantuan untuknya.
Hari Jilbab Antarabangsa
Umat Islam kini, apa yang dibuatnya? Media dunia umat Islam sendiri hanya pentingkan berita pengkebumian Michael Jackson sendiri. Tiada liputan besar-besaran untuk Marwa, melainkan media Islam khususnya di internet.
Untuk mengingati peristiwa ini, Hari Jilbab Antarabangsa dicadangkan bagi mengenang Marwa as-Sharbini. Usul itu dilontarkan oleh Ketua Perhimpunan Mempertahankan Hijab, Abeer Pharaon melalui Islamonline. Abeer mengatakan, Marwa Al-Sharbini adalah seorang syahid bagi perjuangan muslimah yang mempertahankan jilbabnya. “Ia menjadi korban Islamofobia, yang masih dialami ramai orang Islam di Eropah. Kematian Marwa layak untuk diperingati dan dijadikan sebagai Hari Hijab Sedunia,” kata Abeer.
Seruan Abeer disambut oleh beberapa orang tokoh Muslim, di antaranya Rawa Al-Abed dari Persekutuan Persatuan Islam di Eropah. “Kami mendukung cadangan ini. Kami juga menyeru agar diwar-warkan kempen seperti ini untuk meningkatkan kesedaran tentang hak-hak muslimah di Eropah, termasuk hak mengenakan jilbab,” kata Al-Abed.
Profesor bidang teologi dan falsafah dari Universiti Al-Azhar, Amina Nusser juga memberikan dokongannya atas cadangan Hari Jilbab Antarabangsa yang boleh dijadikan momentum untuk memberi tindakbalas sikap anti-jilbab di Barat. “Hari peringatan itu akan menjadi kesempatan bagi kita untuk mengingatkan Barat agar bersikap adil terhadap para muslimah dan kesempatan untuk menunjukkan pada Barat bahawa Islam menghormati hak beragama,” tegas Nusser.
Nusser menegaskan bahawa hak seorang muslimah untuk berpakaian sesuai dengan ajaran agamanya, tidak berbeza dengan hak penganut agama lain. Ia mengingatkan, kaum perempuan penganut Kristian Ortodoks juga mengenakan tudung sebelum masuk ke gereja.
Sokongan untuk mengadakan Hari Jilbab Antarabangsa itu juga datang dari Persatuan Muslim Denmark. Ketuanya, Mohammed Al-Bazzawi. “Hari Jilbab untuk mengingatkan masyarakat Barat bahawa hak muslimah untuk mengenakan jilbab sama dengan hak perempuan non-Muslim yang boleh mengenakan busana apa saja. Mereka di Barat yang berbicara soal hak perempuan, selayaknya menyedari bahawa mereka juga tidak boleh mengabaikan hak seorang perempuan untuk mengenakan jilbab,” ujarnya.
Gerakan Islam di rantau Asia juga wajar mengambil inisiatif menganjurkan Hari Jilbab Antarabangsa tersebut sebagai tanda solidariti umat Islam. Dewan Muslimat PAS dan NGO berkaitan boleh mengambil peranan ini.
Akhbar Jerman perleceh Marwa as Sharbini
Surat khabar Jerman, Die Welt versi online memuatkan komentar-komentar pembacanya yang berisi penghinaan dan pernyataan anti-Arab dan anti-Muslim.
Komentar-komentar itu adalah reaksi pembaca atas artikel berjudul “Islamisten fordern Vergeltung für Mord im Gericht” yang diterbitkan berkaitan kes Marwa Al-Sharbini itu.
Salah satu pemberi komen misalnya, menyarankan agar pelaku pembunuhan Marwa diberi tanda jasa “Federal Cross of Merit”. Pemberi komen lainnya menyebut Marwa “toilet” dan masih banyak lagi komentar-komentar lainnya yang isinya jelas membela pembunuh Marwa dan melecehkan Marwa.
Pihak Die Welt pula anehnya, enggan menolak untuk menghapuskan komentar-komentar yang provokatif itu, seiring dengan sikap media massa Jerman lain untuk tidak menulis berita tentang insiden yang menimpa Marwa. Media Jerman menganggap kes pembunuhan Marwa yang berlatar belakang islamofobia itu bukan kes yang serius. Sikap media Jerman mungkin akan berbeza jika yang dibunuh adalah seorang non-Muslim Jerman dan pelakunya seorang Muslim.
Sementara itu, atas sikap akhbar Die Welt online, website Ikhwanul Muslimin menyeru kaum Muslimin untuk menyampaikan email protes kepada akhbar tersebut agar menghapuskan komentar-komentar yang rasis dan anti-Muslim, melalui alamat email: online@welt.de

dari: www.niknasri.com
(disunting dari pelbagai sumber)
Baca Lagi

Pesan seorang Daei kepada daie


alHamdulillah, dengan izinNya Kursus Pemantapan bimbingan rakan Sebaya selesai dijalankan dengan jayanya. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan kursus ini. Mudah-mudahan setiap sendi yang bergerak dalam menterjemah rasa cinta terhadap agamaNya dikira Allah sebagai amal dan lambang pengabdian diri seorang hamba kepada Tuhannya yang Maha Berkuasa.

Pesanku kepada diriku dan kepada setiap insan yang bergelar daie :

“ ingatlah, dalam meniti perjalanan agung menyelusuri jejak langkah kekasih Allah sayyidina Muahammad sallallahualaihiwasallam, menyeru umat manusia mentauhidkan Allah taala dalam setiap saat nafas ,hubungkanlah dirimu dengan sayyidul Anam Muhammad sallallahualaihiwasallam dalam setiap ketika kerna Bagindalah pembuka pintu perjalanan seorang hamba menemui Tuhannya. Dengan suluhan cahaya Kekasih Allah, akan terlihat mata hatimu dalam mengenal mana bisikan syaitan mana ilham Ilahi.

Bila hati dan aqal bersatu, hati yang hidup dengan kalimah Allah,Allah,Allah…, memandu aqal yang salim sejahtera menundukkan nafsu hayawani dan syaithoni, maka bersihlah hati dan aqalmu dari kekotoran kemaksiatan..inilah yang menghijab dirimu bertemu dengan-Nya, menghijab dirimu dari bertemu sayyidina Muhammad sallallahualaihiwasallam. Menghijab amal dari kehadiran barakah dan redha Allah Taala…

Andai dirimu terasa terbeban dengan amal ini, itulah bisikan sang Jahannam yang mahu merobek kesetiaanmu pada dakwah, yang mahu melihatmu kalah di dalam jihad, yang mahu melihat putus asamu dalam perjuangan….andai dirimu terasa diri tidak layak memikul tanggungjawab ini, itulah racun bisa musuhmu yang disuntik ke hatimu…bukankah Allah itu tidak mentaklifkan sesuatu itu kepada hambaNya melainkan yang mampu dipikulmu. Bukankah Dia yang menciptamu, Maha Mengetahui Allah Taala akan setiap jiwa makhlukNya. Allah itu Maha Pengasih akan para hambaNya. Andai dirimu diselubungi dosa hitam yang menggunung, ingatlah ia sebenarnya sangat kecil bila dibanding dengan keampunanNya. Mohonlah taubat kepada-Nya, bermunajatlah……

Hayatilah bait-bait syair karangan seorang wali Allah, al Imam habib Abdullah al Haddad ;

قَدِ اسْتَعَنْتُكَ رَ بِّي عَلَى مُدَاوَاةِ قَلْبِى

وَحَلِّ عُقْدَةَ كَرْ بِي فَانْطُر ْإِلَى الْغَمِّ يَنْجَالْ

Sungguh aku telah memohon pertolongan Mu Wahai Penciptaku untuk mengobati penyakit hatiku dan melepaskan ikatan ikatan kesulitanku, maka lihatlah dan pandanglah dengan kasih sayang Mu kepada kegelisahanku yang berkobar.

يَارَبِّ يَاخَيْرَ كَا فِي اُحْلُلْ عَلَيْنَا الْعَوَافِي

فَلَيْسَ شَيْء ثَمَّ خَافِِي عَلَيْكَ تَفْصِيْل وَإِجْمَالْ

Wahai Penciptaku, Wahai sebaik-baik yang mencukupi hamba-Nya limpahkanlah atas kami kesembuhan-kesembuhan (kesembuhan hati dan jasmani) hingga tidak tersisa sedikitpun, atas-Mu lah segala perincian dan ringkasan masalah.

يَارَبِّ عَبْدُ كَ بِبَا بِكَ يَخْشَى أَلِيْمَ عَذَا بِكَ

وَيَرْ تَجِي لِثَوَا بِكَ وَغَوْثُ رَحْمَتِكَ هَطَّالْ

Wahai Pencipta hamba-Mu tegak di pintu-Mu, merisaukan pedihnya siksa dan sangat mengharapkan ganjaran dan derasnya Rahmat-Mu yang sangat lebat.

وَقَدْ أَتَا كَ بِعُذْ رِهِ وَبِا نْكِسَا رِهِ وَفَقْرِهِ

فاهْذِ مْ بِيُسْرِك عُسْرِهِ بِمَحْضِ جُوْدِك وَالإ فضالِ

Dan hamba-Mu telah dating kepada-Mu dengan kehinaan dan segala kelemahan dan dengan hati yang hancur dan dengan kemiskinannya. Maka musnahkanlah dengan kemudahan-Mu segala kesulitannya dengan limpahan kemurahan-Mu dan anugrah-Mu yang agung.

وَامْنُنْ عَلَيْهِ بِتَوْبَةٍ تَغْشِلْهُ مِنْ كُلِّ حَوْبَةٍ

وَاعْصِمْهُ مِنْ شَرِّأَوْبَةٍ لِكُلِّ مَا عَنْهُ قَدْ حَالْ

Dan anugerahkanlah kepadanya taubat dengan siraman yang memandikannya dari setiap kotoran. Dan lindungilah ia dari keburukan tempat kembali, dari apa yang telah menimpanya dari segala kehinaan.

فَأَ نْتَ مَوْلَىالْمَوَالِي اَلْمُنْفَرِدُ بِا لْكَمَا لِ

وَبِالْعُلاَ وَالتَّعَالِي عَلَوْتَ عَنْ ضَرْبِ اْلأَمْثَالْ

Maka Engkau adalah raja dari para raja yang tunggal dalam kesempurnaan. Dan dengan segala ketinggian dan keluhuran maka engkau telah teragungkan dari segala yang dicontohkan atas-Mu.

جُوْدُكَ وَفَضْلُكَ وَبِرُّكَ يُرْجى وَبَطْشُكَ وَقَهْرُكَ

يُخْشَى وَذِكْرُكَ وَشُكْرُكَ لاَزِمُ وَحَمْدُكَ وَاْلإِجْلاَ لْ

Kemurahan-Mu, Anugerah-Mu dan kasih sayang-Mu sangat diharapkan, dan kemurkaan-Mu serta kemarah-Mu sangat dirisaukan, maka mengingat-Mu dan bersyukur kepada-Mu merupakan kewajiban demikian pula pujian kepada-Mu dan pengagungan atas-Mu.

يَا رَبِّ أَنْتَ نَصِيْرِيْ فَلَقِّنِيْ كُلَّ خَيْرِيْ

وَاجْعَلْ جِنَانَكَ مَصِيْرِيْ وَاخْتِمِ بِاْلإِ يْمَانِ اْلاجَالِ

Wahai pencipta, Engkau adalah penolongku maka pertemukanlah aku kepada setiap perlakuan baikku, jadikanlah surga-Mu sebagai tempat kembaliku dan jadikanlah akhir hidupku dengan keimanan.

وَصَلِّ فِي كُلِّ حَالَةٍ عَلَى مُزِيْلِ الضَّلاَ لَةِ

مَنْ كَلْمَتْهُ الْغَزَالَةَ مُحَمَّدِ اهَادِيِ الدَّالِ

Dan shalawat pada setiap keadaan-Nya ats penghapus segala kebhatilan (SAW) yang telah berbicara kepada seekor kijang, Muhammad pemberi hidayah dan petunjuk.

وَالْحَمْدُ لِلَّهِ شُكْرًا عَلَى نِعَمِ مِنْهُ تَتْرًى

نَحْمَدُهُ سِرًّا وَجَهْرًا وَبِالْغَدَايَاوَاْلأَصَالِ

Dan segala puji bagi Allah dan syukur atas ni’mat-ni’mat-Nya yang berlimpah, kami memuji-Nya dengan sembunyi-sembunyi dan terang-terangan pada pagi dan petang.

Ayuh, bangunkan rohmu dengan ketauhidan kepada Allah Taala..tinggalkan penyembahanmu kepada nafsu bersulamkan benang emas syaitaniyah. Bangunkan rohmu dengan cinta Allah dan cinta Rasul sallallahualaihiwasallam, cinta kepada para alim ulama, auliyaa’ dan solihin yang meneruskan perjuangan membawa panji Islam ke seluruh dunia.. hafizohumuLLAH taala. Semoga dengan membaranya cinta ini, Allah Taala akan membuka pintu makrifahNya ke dalam hati-hati kalian, melimpahkan nur-Nya di setiap jiwa yang subur dengan bajaan iman dan taqwa, mencampakkan kekuatan ke dalam diri untuk mengibarkan panji Tauhid ke seluruh umat manusia. Amin Ya Rabb!!!

Al-Fatihah buat RasuliLLAH sallallahualaihiwasallam, ahlul Bait, para Sahabat ridhwanuLLAHi alaihim, ulama, Auliyaa’ dan Solihiin, Para Mujahidin, para penyeru ke jalan ALLAH…….

Baca Lagi

Share

Twitter Facebook