-Langkah Mencintai Allah-

-
Cinta sentiasa menjadi buruan manusia. Manusia sering memburu cinta yang berbeza. Ada yang memburu cinta wanita, suami, harta dan sebagainya. Namun, cinta yang hakiki yang tidak pernah mengecewakan ialah cinta Allah. Cinta Allah-lah yang layak dikejar. Amalkan petua-petua berikut bagi merasai manisnya mencintai Allah..

· Amalkan segala suruhan Allah dengan sungguh-sungguh dan tanpa banyak soal dan alasan.
· Jauhi larangan Allah dan jangan sesekali dekatinya apatah lagi melakukannya. Simpanlah rasa “tidak sedap hati” saat kali pertama melakukan sesuatu yang dimurkai Allah sebagai bekalan menjauhkan diri daripada maksiat.
· Letakkan Allah sebagai prioriti dalam hidup dan dahulukan Allah dalam segala sesuatu, tidak kira ketika melakukan ibadah atau saat perlukan pertolongan.
· Sentiasa berdoa dalam setiap perbuatan kerana itu akan mengingatkan kita kepada Allah setiap masa.
· Reda atas segala ketentuan qada’ dan qadar terutamanya jika ditimpa musibah.
· Kerahkan semua anggota badan mentaati Allah, termasuk hati dan juga lidah.
· Sentiasa perbaharui cinta Allah. Dunia ini melelahkan kerana tempat beristirehat hanyalah di akhirat. Lepas satu kebaikan dan ibadah dikerjakan, lakukanlah yang lain pula.
· Aktif. Laksanakanlah ibadah tanpa tawar-menawar.
· Ikhlas. Pastikan cinta kepada Allah ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan-Nya.
· Pinta. Pintalah kepada Allah cinta-Nya, dan laksanakan amalan yang disukai-Nya.
· Cintailah apa sahaja yang disukai Allah dan bencilah apa jua yang dibenci-Nya.
Category:

0 comments:

Share

Twitter Facebook