Rasanya belum terlambat lagi utk mengucapkan ahlan wasahlan kepada bulan rejab yang sudah 17 hari berlalu. Rasa syukur dipanjatkan kerana kita masih diberi peluang untuk terus menghirup udara segar di muka bumi Allah dalam menghabiskan sisa-sisa kehidupan yang bakal berakhir suatu ketika nanti. Panjangkanlah doa kepada Yang Maha Esa agar kita berkesempatan untuk menjalani madrasan tarbiyah pada bulan Ramadhan.
"Ya Allah, berkatilah kami dalam bulan Rejab dan dalam bulan Sya'ban, dan sampaikanlah kami ke dalam bulan Ramadhan"
Imam As-Sayuti r.a. membawa sebuah hadis yang diriwayatkan dari Ad-Dailami oleh Saiydina Ali bin Abi Talib k.w. bahawa Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud banyakkanlah beristigfar di bulan Rejab kerana pada setiap saat di dalamnya Allah menyelamatkan (seorang) dari api neraka.
0 comments:
Post a Comment