CINTA ITU SUCI. Jangan kotorkan dengan hawa nafsu.
CINTA ITU ABADI. Jangan bunuhnya dengan sesuatu yang bersifat sementara.
CINTA ITU TINGGI. Jangan henyaknya ke lembah yang hina.
CINTA ITU PUTIH BERSIH. Jangan nodai dengan warna dosa yang hitam legam.
JANGAN sesekali JADI HAMBA CINTA jika cinta itu CINTA PALSU.
Jika cinta itu sejati, kita akan diperhambakan kepada kebenaran dan kebaikan.
Jika cinta itu palsu, kita akan diperhambakan kepada kebatilan dan kejahatan.
Cinta yang suci mesti dipelihara dan dilindungi. Orang yang tidak memelihara dan melindungi cinta dengan peraturan Pencipta cinta, samalah dengan mempermainkannya.
Mengapa perlu ada peraturan cinta?
Jawabnya kerana, Allah mencintai manusia. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kerosakan..
0 comments:
Post a Comment