maSJiD yaNG banYak TiaNg Dari OranG

Bila saya bergerak meninggalkan kawasan solat di masjid itu, saya terlihat tiang-tiang yang banyak dan besar itu. Masjid ini banyak tiang dari orang. Tiang ini tetap setia menghadirkan diri di masjid setiap waktu. Tapi, mana pergi orang-orangnya? Jemaahnya? Kenapa membiarkan tiang-tiang ini sahaja ‘beramal’?
Dialog di atas saya coretkan untuk menunjukkan suasana masjid kita. Bukan di masjid itu sahaja, pengalaman-pengalaman sebegini sudah banyak kali saya lalui ketika singgah di masjid-masjid dalam perjalanan mahupun ketika menghadirkan diri di program-program tarbiyah di masjid.
Daripada pemerhatian dan bacaan, pembinaan sesebuah masjid memerlukan bajet sekurang-kurangya 1 juta. Itu adalah jumlah yang paling minimum. Untuk membuat masjid yang lebih besar apatah lagi masjid di tengah-tengah bandar dan masjid daerah, saya fikir 10 juta diperlukan untuk pembinaan.
Marilah kita sama-sama memerhatikan ayat Allah ini:
“Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut kepada sesiapa pun selain Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk”. (At-Taubah, 9;19)
Janganlah jadikan alasan terlalu sibuk dengan tugasan dan kerja hingga kita melupakan perintah Allah yang Maha Besar ini. Solat jamaah adalah lambang kekuatan dan kesepaduan sesama umat Islam. Saya yakin, Yahudi akan terus mentertawakan kita selagi jumlah solat Subuh kita jauh sangat sedikit berbanding solat Jumaat.
Bilakah agaknya kuantiti solat Jumaat dapat dicapai ketika solat jemaah Subuh? Mari kita sama-sama berdoa kepada Allah agar saatnya akan sampai dan mampu dilihat dengan mata kepala kita. Jika tidak, marilah kita berusaha mengajak seramai mungkin sahabat-sahabat kita untuk mengambil peluang ni sementara kita masih punya nikmat waktu sihat dan waktu lapang. Dari Ibnu Abbas RA dari Rasulullah SAW bersabda, “Dua nikmat yang kebanyakan manusia terpedaya dengannya ialah waktu sihat dan masa lapang.” {HR. Imam Bukhari}
(nukilan Mohd Norzikri bin Kamarudin)
Category:

0 comments:

Share

Twitter Facebook