Kehadiran Ulama' Mesir di IPGKTB



Ramai yang ingin mengenali dan mencintai Allah tetapi ramai yang terlupa mencari kuncinya. Persoalannya kunci itu ada pada siapa? jawapannya ialah ULAMA'.. Menurut Ibnu Rajab
'Ulama' ialah mereka yang tidak mengaku-aku berilmu, tidak bangga dengan ilmunya atas seorang pun, dan tidak sebarangan menghukum orang yang jahil sebagai orang yang terkeluar dari ahli sunnah wal jamaah'..

Mereka umpama penawar kepada hati yang kering dengan kasih sayang, hati yang penuh keegoan dan kemaksiatan.. mereka pewaris para nabi.. mereka boleh memberi syafaat.. maka hadirilah ke majlis ilmu meski pada mulanya kita tidak memahami tetapi yakinlah keberkatan mereka boleh mengubah api menjadi air, racun menjadi penawar dan cuka menjadi gula... rasa cinta itu hanya mampu dirasai oleh orang yang merasai dan memahami.. JOM ISLAH, SAHABAT! =)
Category:
Reactions: 

0 comments:

Share

Twitter Facebook