KULIAH PERDANA "DI AMBANG RAMADHAN"


Ramadhan makin hampir dengan kita dengan penuh sinar, keharuman, kebaikan dan kesucian di mana Ramadhan datang untuk mendidik kita supaya memiliki kekuatan, kemahuan dan kehebatan dalam menanggung kesukaran dan kemenangan ke atas rintangan dan kesulitan hidup. Rasulullah saw seringkali mengucapkan tahniah kepada para sahabat dengan kedatangan bulan Ramadhan dan menyampaikan khabar gembira dan berkata kepada mereka:

Sesungguhnya Ramadhan telah datang kepada kamu yang merupakan bulan berkat dan Allah S.W.T telah mewajibkan puasa dalam bulan ini. Semua pintu syurga dibuka dan semua pintu neraka ditutup serta dibelenggu syaitan. Ia mempunyai satu malam yang lebih baik dari seribu bulan dan sesiapa yang tidak diberikan kebajikan malam itu, bererti diharamkan baginya segala rupa kebajikan”. “ (Riwayat Ahmad).

Bersempena kehadiran Ramadhan ini, Ustaz Afif bin Yahya telah mengadakan satu kuliah perdana yang berjudul "Di Ambang Ramadhan" pada 27 Julai 2011 iaitu pada hari Khamis yang lalu bagi memberikan sedikit "refreshment" tentang kelebihan Ramadhan. Berapakah umur kita sekarang? Ramadhan datang dan pergi.. Sudah berapa kali kita diberitahu tentang kemuliaannya? Sudah berapa kali kita mengambil peluang keemasan ini untuk penuhi sebulan penuh ini untuk menambah amalan ibadah kita yang tidak seberapa ini? Sahabat, renung-renungkanlah.. Jom Islah diri..
Majlis ini dimulakan dengan alunan qasidah oleh kumpulan al-Ihya' dan diteruskan dengan kuliah Ustaz Afif. Kuliah ini berakhir pada pukul 9.30 malam. Majlis diteruskan dengan solat Isya' berjemaah dan akhirnya jamuan makan disediakan bagi para hadirin.. Alhamdulillah perjalanan majlis berjalan dengan lancar dan bersurai pada pukul 10.00 malam.








Category:

0 comments:

Share

Twitter Facebook