Hebahan: TAQWIM IHYA' RAMADHAN

Ramadhan tetamu yang dinanti.. 
Ramadhan tetamu yang dirindui..

"Bulan Ramadhan yang diturunkan al-Quran menjadi petunjuk kepada manusia. Di dalamnya terkandung keteranagan daripada ptunjuk dan pemisah yang membezakan antara betul dan salah. Sesiapa kalangan kamu yang menyaksikan (berada dalam) bulan Ramadhan, maka wajiblah dia berpuasa. Sesiapa yang sakit ataupun berada dalam keadaan musafir (lalu meninggalkan puasa) hendaklah dia melaksanakannya pada bulan yang lain."   (surah al-Baqarah: 185)

"Apabila tiba bulan Ramadhan, segala pintu rahmat dibuka, pintu neraka ditutup dan diikat segala syaitan"     (Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim)

Nabi Muhammad berkata:
"Ramadhan tiba menemui kamu sebagai bulan yang diberkati. Allah Maha Megah dan Maha Agung mewajibkan berpuasa pada bulan ini. Dibuka padanya pintu-pintu langit, ditutup pintu-pintu neraka, dibelenggu syaitan-syaitan penderhaka. Di dalamnya berlaku malam al-Qadar yang lebih baik daripada seribu malam. Sesiapa yang tidak mengambil kelebihannya, maka dia diharamkan daripada mendapat kelebihannya."    (Direkodkan oleh Nasai)


Marilah sahabat, Marilah teman.. Penuhi Ramadhan kali ini dengan ibadah-ibadah yang maksimum baik siang mahupun malam. Rebutlah kelebihan yang terkandung dalam bulan Ramadhan.
Category:
Reactions: 

0 comments:

Share

Twitter Facebook