MAJLIS PELANCARAN IHYA' RAMADHAN

      Pada 28 Julai 2011 yang lepas telah diadakan Majlis Pelancaran Ihya' Ramadhan sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang bakal menjelma 1 Ogos ini. Majlis pelancaran bermula kira-kira pada pukul 9.30 malam dengan bacaan Al-Quran dan diikuti dengan nasyid Asmaul husna oleh semua tetamu yang hadir.
      Selain para pelatih, para pensyarah juga turut hadir bagi memeriahkan majlis pada malam tersebut. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan daripada Ustaz Harun bin Haya, Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPG Kampus Tuanku Bainun. Majlis seterusnya dimeriahkan dengan persembahan multimedia yang telah disediakan oleh jawatankuasa multimedia Ihya' Ramadhan.
      Antara yang ditayangkan adalah seperti aktiviti-aktiviti yang disediakan kepada semua pelatih muslim sepanjang Ramadhan akan datang. Setelah selesai tayangan multimedia, ucapan daripada Timbalan Pengarah pula menyusul. Majlis pada malam itu berakhir dengan jamuan yang telah disediakan oleh jawatankuasa makanan dan dibantu oleh pelatih-pelatih sem 1PPISMP Bahasa Arab.
      Secara keseluruhan, Alhamdulillah majlis ini berjalan dengan lancar seperti yang dirancang dan kehadiran adalah sangat memuaskan.
















Category:

0 comments:

Share

Twitter Facebook