PENGAJIAN KILAT KITAB RISALAH AL-BAJURI FI AL-TAUHID

Pengajian Kilat Kitab Risalah Al-Bajuri fi Al-Tauhid telah dikupas oleh al-Fadhil Ustaz Hanif al-Manisiy di surau Al-Ghazali pada 14 Julai 2011 bersamaan 12 Sya'ban 1432H. Berikut merupakan tentatif program pengajian kitab ini:
6.00 petang : Qasidah dan mula pengajian
7.15 petang : Rehat, Berbuka Puasa dan Solat Maghrib
8.00 malam : Sambung pengajian
9.45 malam : Penutup
Kitab Risalah Al-Bajuri fi Al-Tauhid yang dikupas ini turut dijual dengan harga RM 10.00 semalam. Alhamdulillah, kehadiran para hadirin agak memuaskan. Hadirin bukan hanya terdiri daripada warga IPG KTB sahaja malahan program ini turut dihadiri oleh masyarakat luar IPG KTB. Diharapkan program seperti ini akan terus diimarahkan bak cendawan tumbuh selepas hujan oleh umat Islam. Semoga usaha yang kecil ini dinilai dan dipandang oleh Allah. Kitalah mata rantai perjuangan Rasulullah SAW di era ini. Sama-samalah kita menimba ilmu dan menyampaikan ilmu yang diperolehi kepada orang lain agar keizzahan ilmu yang telah Allah SWT kurniakan terpelihara dan terus berkembanh di atas muka Bumi yang penuh barakah ini. Wallahu'alam. Di sini, beberapa gambar telah dissertakan sepanjang program berlangsung:

AJK Makanan sibuk menyediakan juadah makanan untuk hadirin 

Hadirin khusyuk mendengar kupasan kitab

Berbuka puasa dengan kurma adalah sunnah Nabi..

Kupasan kitab oleh al-Fadhil Ustaz Hanif

Saudara Shikh Hashim selaku pengerusi majlis mengakhiri program pengajian kitab
Category:

0 comments:

Share

Twitter Facebook