DISKUSI KITAB OLEH SYEIKH ROHIMUDDIN

      Pada 24 Julai 2011 bersamaan 23 Sya'ban 1432H, telah berlangsung satu majlis ilmu bersama Sheikh Rohimuddin Nawawi Al-Bentani Azamatkhan al-Husaini di Surau Al-Ghazali IPG Kampus Tuanku Bainun. Majlis yang penuh bermakna ini telah mendiskusikan sebuah kitab karangan Sheikh Rohimuddin sendiri yang berjudul "Inilah Tasawwuf". Semua jemputan mula hadir seawal pukul 8 pagi. Sementara menunggu ketibaan Sheikh Rohimuddin, sesi penjualan kitab "Inilah Tasawwuf" telah dibuka kepada semua yang hadir. Penjualan kitab tersebut mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada para hadirin.
      Ketibaan Sheikh pada pagi itu disambut dengan meriah serta disusuli dengan alunan qasidah daripada kumpulan Al-Ihya' dari IPG KTB. Turut diundang kumpulan qasidah dari IPG Persekutuan Pulau Pinang yang juga turut hadir dalam majlis ini. Pengajian bermula kira-kira pukul 9.45 pagi sehingga 1.30 tengahari dan diselangi dengan minum pagi.
      Pengajian sesi kedua bermula selepas asar kira-kira pukul 5 petang. Sementara menunggu sesi kedua bermula, Sheikh telah membuat satu pertemuan ringkas bersama muslimat untuk memberi peluang kepada mereka bertanyakan soalan. Pertemuan ringkas namun padat dengan ilmu itu berakhir kira-kira pukul 4 petang. Seterusnya, pengajian kedua bermula dengan alunan qasidah dan diteruskan dengan sambungan diskusi kitab yang sama. Pengajian kedua tamat pada pukul 7 petang dan para hadirin bersiap sedia untuk solat maghrib secara berjemaah. Setelah itu, kira-kira paa pukul 8 malam sesi pengajian terakhir bermula dengan alunan qasidah daripada IPG Persekutuan Pulau Pinang. Sepanjang sesi pengajian kitab, Sheikh menyampaikan setiap ilmunya dengan penuh semangat dan bertenaga. Pengajian tamat kira-kira pada pukul 11 malam.
      Di akhir pengajian, Sheikh telah mengijazahkan kitab "Inilah Tasawwuf" dan "Hizib Bahar" kepada semua yang mengikuti pengajian beliau. Majlis diakhiri dengan nasihat daripada Sheikh serta harapan beliau yang ingin mengadakan pengajian seumpama ini lagi pada masa akan datang. Di sini, kami sajikan beberapa keping gambar yang boleh ditatap oleh kalian..

Kedatangan Sheikh disambut oleh saudara pengarah program
Hadirin tidak ketinggalan menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Sheikh
Ketibaan Sheikh disambut dengan alunan Qasidah oleh kumpulan al-Ihya'
Inilah Sheikh Rohimuddin an-Nawawi al-Bentani Azamatkhan al-Husaini
Majlis dipengerusikan oleh Ustaz Afif bin Yahya
Pengajian kitab "Inilah Tasawwuf" bermula
Girang menerima kehadiran Sheikh Rohimuddin.. =)
Khusyuk mendengar pengajian Sheikh Rohimuddin
Penyampaian Sheikh yang penuh isi dan berhikmah
Alunan qasidah oleh IPG Kampus Persekutuan Pulau Pinang
Alunan qasidah oleh IPG Kampus Persekutuan Pulau Pinang
Hadirin terdiri daripada pelajar IPG KTB sendiri beserta masyarakat setempat
Hadirin yang hadir di majlis ini
Hadirin sempat bersalaman dan berpelukan dengan Sheikh
Hadirin sempat bersalaman dan berpelukan dengan Sheikh


Category:

0 comments:

Share

Twitter Facebook