By BADAN KEBAJIKAN SURAU AL-GHAZALI
11 Julai 2011 bersamaan 9 Sya'aaban 1432H merupakan tarikh keramat bagi para nuqaba' yang baru bertatih menjejakkan kaki ke alam dakwah. Setelah menjalani suatu tarbiyah di kem pemantapan nuqaba' pada beberapa hari yang lepas, maka, tergalaslah satu tanggungjawab yang amat besar di bahu masing-masing secara rasmi di Dewan Hajjah Rohani, IPG KTB pada tarikh ini. Adik-adik usrah merupakan matlamat utama para nuqaba' untuk dipimpin dan dibimbing. Insya allah, berbekalkan kesungguhan dan keazaman yang tinggi untuk melaksanakan amanah Allah ini dengan sempurna, pasti ia disusuli dengan usaha masing-masing bagi mempersiapkan diri dan memantapkan diri dari sudut ilmu, kesufian, haraki dan ijtima'ie. Majlis perlantikan ini dimulai dengan alunan asmaul husna diikuti dengan nyanyian lagu tema bks. Kumpulan Ihya' juga tidak ketinggalan untuk menasyidkan alunan qasidah bagi meningkatkan lagi rasa cinta akan Rasulullah SAW dalam majlis ini. Selepas qasidah dialunkan, satu video berkenaan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan pada semester yang lalu telah ditayangkan kepada para hadirin. Selepas itu, Ustaz Harun bin Haya selaku Ketua Jabatan JAPIM memberi ucapan dan taujihat kepada semua hadirin berkaitan usrah dan perlantikan para nuqaba' ini. Seterusnya majlis diteruskan dengan perlantikan para nuqaba'. Setiap naqib dan naqibah diberi sebuah fail yang mana merupakan suatu tanda mereka dilantik sebagai para nuqaba' secara rasmi. Setelah selesai acara penyampaian watikah, setiap kumpulan usrah bergambar bersama naqib dan naqibah masing-masing. Majlis perlantikan ini diakhiri dengan sedikit jamuan yang disediakan oleh warga IPG KTB di Surau Al-Ghazali.
0 comments:
Post a Comment