KEM PEMANTAPAN NUQABA' 2011/2012

Pada 8 Julai 2011 bersamaan 6 Sya'aban 1432H sehingga 10 Julai 2011 bersamaan 8 Sya'aban 1432H, satu kem yang dinamakan Kem Pemantapan Nuqaba' telah diadakan di bawah anjuran Lajnah Usrah dan Dakwah di Sungai Merbok, Kedah. Kem ini merupakan gabungan kerjasama oleh pelajar-pelajar Semester 6 dan 4 sebagai fasilitator dan urusetia. Kem ini diadakan bagi menimbulkan rasa semangat yang membara kepada para nuqaba' sebelum dilantik menjadi nuqaba' secara rasmi. Tetapi bukan semangat sahaja yang ingin dicapai melalui kem ini malahan diharapkan semua nuqaba' bersedia menerima amanah ini dengan penuh rasa tanggungjawab dan disertakan dengan usaha yang bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan membimbing adik-adik usrah yang akan dipimpin kelak. Pelbagai aktiviti yang memberi kesedaran telah dijalankan kepada para nuqaba' ini. Antaranya termasuklah kuliyyah dasar berkenaan usrah, latihan dalam kumpulan, makan bersama-sama menggunakan talam, merentas hutan dan banyak lagi.  


















Category:

0 comments:

Share

Twitter Facebook