GOTONG-ROYONG PERDANA

Pada 29 April 2012, Badan Kebajikan Surau Al-Ghazali telah mengadakan Gotong-royong Perdana dengan dikelola oleh Lajnah Kebersihan dan Keceriaan. Para Naqib dan Naqibah tidak ketinggalan turun bersama adik-adik usrah mereka dalam usaha membersihkan surau tercinta ini bersama-sama. Usaha pembersihan surau telah dilakukan dengan baik sekali. Bahagian dalam surau telah dicat, bilik-bilik stor dan bilik gerakan disusun atur semula barangan di dalamnya, tandas telah dicuci dan rak-rak surau turut disusun dengan kemas da teratur. Tidak ketinggalan, satu tempat yang amat disukai oleh penghuni IPGKTB iaitu dapur surau turut dikemas dengan baik. Hasil usaha setiap orang, kawasan Surau Al-Ghazali menjadi bersih dan berseri. Alhamdulillah.. Allah amat suka akan keindahan. Apalagi apabila rumah Allah, tempat ibadat umat Islam IPGKTB dibersihkan, tentu pahala setiap orang yang bertungkus lumus membersihkannya berlipat ganda banyaknya. =)  
















Category:

0 comments:

Share

Twitter Facebook