MINGGU HEWI

       Pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan bersempena Minggu HEWI yang telah berlangsung pada 1 sehingga 6 April 2012. Antaranya, Forum “Aku, Dia dan Cinta” yang telah disampaikan oleh Ustazah Fatimah Syarha dan Dr. Farhan Hadi, Sesi Memasak Masakan Cina Bersama Chef Ridhwan, Nisa & Rijal Games, Ladies Night dan Kempen Kesedaran Kanser Servik & Payudara.
       Pelancaran Minggu HEWI telah dijalankan pada 1 April 2012 di Surau Al-Ghazali. Pada malam tersebut, Ustazah Fatimah Syarha bersama suaminya, Dr. Farhan Hadi telah merasmikan Minggu HEWI selepas menyampaikan forum mereka yang berjudul “Aku, Dia dan Cinta”. Tajuk yang amat sesuai untuk para remaja yang kian galak mencari pasangan hidup masing-masing. Tapi, persoalannya adakah pencarian jodoh yang dilakukan itu menepati syara’ ataupun tidak?? Semua persoalan ini telah dirungkai kemas oleh panel jemputan khas ini. Diharap semua hadirin yang hadir ke majlis ilmu ini dapat mengambil pengajaran daripada kalam mutiara yang diberikan pada malam tersebut. Insyaallah.. Kami juga turut mengharap agar Dr. Farhan Hadi dan Ustazah Fatimah Syarha sudi bertandang kembali ke IPGKTB ini pada masa akan datang. =)









       Pada keesokan harinya pula, satu aktiviti menarik terutama bagi kaum wanita telah dihidang khas buat warga IPTB tidak kira muslim mahupun tidak. Satu sesi “Memasak Bersama Chef Ridhwan” telah dijalankan di Dewan Kafeteria selepas Asar. Pada hari tersebut, Chef Ridhwan telah menurunkan ilmunya dalam memasak masakan Cina. Chef Ridhwan yang turut dikenali sebagai Chef Wan ini, amat berpengalaman dalam bidang Kulinari dan Perhotelan. Beliau telah berpengalaman sebagai Chef di hotel-hotel dan kini beliau merupakan seorang pensyarah bidang masakan di Kolej Komuniti di Seberang Perai, Pulau Pinang. Terdapat 3 sajian yang telah ditunjukkan secara live kepada warga IPTB. Saksikan..


















       Mm.. Forum sudah, masak pun sudah. Apa lagi program seterusnya?? Seterusnya, pada hari Selasa, pertandingan sukaneka dan futsal telah berlangsung. Pertandingan sukaneka melibatkan semua kumpulan usrah umum bersama para naqibah. Pelbagai aktiviti sukaneka menarik telah disusun bagi memeriahkan petang tersebut. Ada main baling-baling belon air, main ulat gonggok makan epal, dan main puzzle.. dah test fizikal, mestilah nak uji minda pulak kan? Ada yang siap menyempurnakan puzzle tersebut dengan cepat, ada juga yang kurang cepat. Apa-apa pun yang penting, semua dapat hadiah.. =P Tetapi kumpulan yang terawal menyiapkan puzzle itulah, pemenangnya.. Selepas semua kumpulan siap menyempurnakan puzzle, setiap kumpulan dikehendaki memberi sedikit Bicara Kata tentang puzzle yang telah siap disempurnakan itu. Alhamdulillah, melalui kata-kata mutiara yang diampaikan, nampaknya semua kumpulan memahami apa yang ingin disampaikan oleh pihak penganjur.












       Walaupun ini merupakan Minggu HEWI, kaum lelaki turut tidak diasingkan dalam Minggu HEWI ini. Bertuahnya kaum lelaki ya. Mereka turut diraikan dalam sambutan Minggu HEWI. LDP dan LKR telah bergabung tenaga dalam menguruskan Perlawanan Futsal ini. 12 kumpulan yang terdiri daripada 5 kumpulan usrah dan 7 kumpulan bukan usrah telah dipertandingkan sepanjang minggu tersebut. Pada hari pertama perlawanan, hujan turun dengan lebatnya. Namun begitu, setelah hujan reda, satu perlawanan sempat dibuat. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya dapat satu perlawanan kan daripada tak lawan langsung. =) Dalam perlawanan futsal ini, hanya satu syarat yang utama telah diwujudkan iaitu setiap pemain mestilah menutup aurat ketika bermain. Hasilnya, kita dapat lihat, semua pemain menepati syarat dengan mudahnya. Mudah rupanya kan.. Setelah tiga hari bertanding, hari Jumaatlah penentu antara juara, tempat kedua dan ketiga. Akhirnya, setelah penat dan bertungkus-lumus, team “Abang-abang” berjaya merembat tempat pertama. Tahniah kepada team “Abang-abang”.






       Acara senamrobik turut dijalankan pada hari Rabu di Dewan Kafeteria. Acara ini dijalankan secara tertutup dan hanya dikhaskan untuk kaum muslimat sahaja. Bukan selalu boleh senamrobik untuk perempuan sahaja di tempat tertutup. Kelihatan semua yang hadir ‘enjoy’ dengan petang mereka.  Malahan, turut menyihatkan tubuh badan memandangkan dengan melakukan pelbagai pergerakan, peluh akan terhasil.

 

       Pada hari Khamis, suatu Forum bersama Ustaz Harun dan Ustaz Hafizan telah diadakan di Surau Al-Ghazali selepas Maghrib. Forum pada malam tersebut bertajuk “Di Sebalik Kehebatan Seorang Lelaki”. Pelbagai input berguna telah diperolehi daripada forum ini. Antara isi kandungan yang ingin dikongsi bersama ialah, lelaki tak hebat tanpa kehadiran seorang wanita. Siapakah wanita itu? Dialah Ibu, Dialah Isteri. Tanpa ibu, seorang anak lelaki takkan mendapat didikan sempurna daripada air tangan ibu. Tanpa seorang isteri, tak lengkap hidup seorang insan bernama lelaki. Oleh itu hargailah wanita dalam hidupmu.. =)

       Setelah berpenat lelah dengan program-program yang telah disusun khas buat warga IPGKTB, akhirnya sampailah kepada hari kemuncaknya iaitu majlis penutup Minggu HEWI. Ustaz Harun bin Haya selaku Ketua Jabatan JAPIM telah menutup Minggu HEWI pada 12 April 2012. Semoga Minggu HEWI dapat diteruskan sebagai aktiviti tahunan BKS dan bermanfaat kepada semua warga IPGKTB, Insyaallah.






Category:

0 comments:

Share

Twitter Facebook