PERBINCANGAN SCORECARD BKS 2012

       Assalamualaikum buat para pengunjung Blog BKS. Pimpinan BKS 2011-2012 sudah dibubarkan. Kini, pimpinan BKS 2012-2013 telah naik menggantikan pimpinan dahulu. Setiap kali pertukaran pimpinan, perancangan sepanjang tahun pasti akan dirangka. Oleh itu, Perbincangan Scorecard BKS telah diadakan dalam kalangan para Majlis Tertinggi dan Exco-exco Lajnah BKS serta ahli-ahli AJK setiap Lajnah di Surau Al-Ghazali pada 24 Februari 2012 khusus untuk merangka dan membincangkan scorecard tahunan 2012.
       Perbincangan ini telah bermula pada pukul 3 petang memandangkan kebanyakan ahli jawatankuasa telah tamat kelas pengajian awal pada hari Jumaat ini. Setiap lajnah merancang aktiviti yang akan dilakukan bagi membumikan dakwah di bumi Bainun ini.
       Setiap lajnah melontarkan idea-idea yang bernas untuk meningkatkan aktiviti BKS itu sendiri. Perbincangan Scorecard ini telah selamat tamat pada pukul 10.00 malam. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Moga penyebaran dakwah di bumi Bainun terus berterusan sehingga ke akhirnya. Insyaallah, Amin.. =)

Sedikit foto aktiviti telah dipaparkan buat para pengunjung..

Lajnah Kebersihan dan Keceriaan

Pengerusi dan Timb. Pengerusi setia menunggu..

Pemberian cadangan aktiviti scorecard setiap lajnah dalam bentuk softcopy kepada Setiausaha BKS

Lajnah Jamuan dan Makanan

Lajnah Tafakkuh

Lajnah Usrah dan Dakwah (LUD)

Perbincangan setiap Biro Lajnah

Pembentangan cadangan aktiviti oleh setiap Lajnah

Category:
Reactions: 

0 comments:

Share

Twitter Facebook