MALAM PENANGGUHAN USRAH

Pejam celik, pelik celik, rupanya kita sudah sampai ke hujung semester. Bersempena dengan penghujung semester ini, Lajnah Usrah dan Dakwah telah mengadakan Malam Penangguhan Usrah bagi Usrah Umum 2010-2011. Majlis ini diadakan pada 26 April 2012 di Dewan Hajjah Rohani. Ustaz Hafizan merupakan wakil penasihat BKS yang hadir pada malam tersebut. Malam penangguhan usrah ini yang bertemakan “Padang Pasir” mengundang para hadirin untuk berpakaian ala-ala Pak Arab. Ada yang bertudung litup dengan purdah yang melindungi rupa wajah wanita-wanita pada malam tersebut, ada juga kaum lelaki yang berpakaian jubah dan berserban dalam majlis itu, namun para hadirin yang tidak memakai pakaian ala-ala Arab turut dialu-alukan kehadiran mereka. Pada malam tersebut, terdapat beberapa persembahan yang telah dipersembahkan oleh beberapa kumpulan usrah umum bersama para naqib mereka. Kebanyakan ahli usrah mempunyai bakat terpendam sama ada dalam seni suara dan lakonan. Buktinya, pada malam tersebut, ramai ahli usrah yang menonjolkan bakat masing-masing dengan mempersembahkan lakonan dan nasyid kepada hadirin. Sesi penyampaian hadiah bagi beberapa anugerah turut disediakan antaranya ialah, “Best Dress” dan Usrah Terbaik. Turut memeriahkan majlis, cabutan bertuah  turut diadakan. Setiap orang yang hadir akan diberi nombor cabutan bertuah yang terdapat di kaunter pendaftaran. Alhamdulillah, majlis ini berjalan dengan lancar. Ahli-ahli usrah memberikan kerjasama yang baik dalam menjayakan kelancaran majlis. Namun, penangguhan bukan beerti pengakhiran. Diharapkan perjalanan usrah-usrah umum pada semester akan datang akan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Insyaallah..


















Category:
Reactions: 

0 comments:

Share

Twitter Facebook