JAMUAN AQIQAH (DR AMIR HAMZAH BERSAMA JAPIM)

       Bersempena dengan perpisahan Dr. Amir Hamzah yang akan berpindah ke UPM, beliau telah mengadakan majlis jamuan aqiqah untuk warga IPGKTB dengan kerjasama pihak JAPIM, Badan Kebajikan Surau, pelajar-pelajar dan para pensyarah pada 7 Mei 2012. Acara memasak telah bermula seawal 7 pagi. Seekor lembu yang telah disembelih dihantar ke dapur Surau Al-Ghazali. Lantas semua AJK yang terlibat dan semua sukarelawan dan sukarelawati turut sama turun dan tidak ketinggalan menghulurkan bantuan meringankan beban tukang masak dan AJK Makanan pada hari tersebut. Alhamdulillah, ramai yang datang membantu dalam menyediakan masakan. Kelihatan meriah sekali suasana tersebut. Ketika inilah, masing-masing beramah mesra serta mengenali antara satu sama lain.
       Sebelum jamuan makan, majlis tahlil doa selamat telah diadakan di dalam surau bagi mendoakan kesejahteraan warga IPGKTB serta mendoakan kejayaan dan kesejahteraan Dr. Amir Hamzah selepas berpindah dari IPGKTB ke UPM kelak. Sesudah tamatnya majlis tahlil doa selamat, semua hadirin menikmati juadah yang telah disediakan di bawah khemah di kawasan parkir kereta. Semua warga IPGKTB tidak ketinggalan menikmati makanan yang lazat-lazat pada hari tersebut. =) Lauk-pauk yang enak terhidang, pasti memikat hati para pemerhatinya. Antara juadah yang disediakan ialah, sup daging, ayam masak merah, kari daging dan nasi daging. Masyaallah, rugi kalau ada sesiapa yang tidak menikmati juadah yang telah disediakan oleh warga IPGKTB sendiri.. =) 

..Bergotong-royong menyediakan makanan..
















..Persiapan Tempat..



..Majlis Tahlil Doa Selamat..



..Jamuan Makan..









..Bersih dan Kemas..




Semoga ukhuwah yang terbina berkekalan hingga ke syurga. Semoga dakwah yang diusaha dalam menyatukan kita semua tidak terkubur ditelan zaman. Semoga kesatuan selama ini menjadi wadah penguat semangat sesama kita. Semoga penat dan lelah semua mendapat darjat yang tinggi di sisi Allah. Amiin.. =) 
Category:

0 comments:

Share

Twitter Facebook