KURSUS JENAZAH

       Badan Kebajikan Surau Al-Ghazali dengan Kerjasama JAPIM telah mengadakan satu kursus fardhu kifayah yang amat penting untuk diketahui masyarakat  kita iaitu Kursus Pengurusan Jenazah pada 25 April 2012 bersamaan hari Rabu yang lepas. Penceramah Jemputan yang telah kita panggil khas untuk kursus ini ialah Ustaz Yusof bin Salleh, seorang yang berpengalaman dalm menguruskan jenazah.
       Program ini bermula pada jam 3.30 petang dan berakhir pada jam 6.30 petang. Sebelum solat Zohor, kami telah mendengar segala input dan perkara penting yang amat perlu diambil cakna oleh semua orang Islam iaitu adab menziarahi orang sakit dan adab menziarahi jenazah. Seterusnya selepas solat asar, mereka telah melalui slot kedua iaitu slot memandikan jenazah. Apa yang istimewanya dalam slot ini ialah, penceramah telah menjemput tetamu khas sebagai jenazah ‘sample’  iaitu beliau terdiri daripada guru pelatih IPGKTB sendiri, Alhamdulillah. Bukan mudah nak dapat peluang sebagai pelakon jenazah ni.. =)














       Dalam slot ini, penceramah bukan hanya menggunakan kaedah pengajaran satu hala sahaja tetapi beliau turut menggunakan kaedah pengajaran dua hala serta memberi latih tubi kepada para penonton. Para penonton muslimin dan muslimat turut disediakan alatan bagi membuat pengurusan jenazah secara amali. Manakala Ustaz Yusof akan memeriksa ketepatan mereka menguruskan jenazah tersebut.

















Syukur Alhamdulillah kerana Kursus Pengurusan Jenazah ini dapat dijalankan dengan lancar sekali. Kehadiran  para penonton amat memberansangkan. Diharapkan program-program seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang, Insyaallah..

P/S: Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan rakaman kursus ini, boleh berhubung dengan mana-mana AJK Lajnah Dokumentasi dan Penerbitan (LDP) BKS. Terima kasih. =)
Category:

0 comments:

Share

Twitter Facebook