MAJLIS HI-TEA BERSAMA PENSYARAH-PENSYARAH

       Majlis Hi-Tea Bersama Pensyarah telah dijalankan pada 23 April 2012. Majlis ini dirangka khas oleh pimpinan BKS untuk memperjelaskan gagasan Imam Al-Ghazali yang dibawa oleh pimpinan BKS bersempena nama Surau IPGKTB iaitu Surau Al-Ghazali.   Telah kita ketahui sememangnya Imam Al-Ghazali amat terkenal dengan kesucian jiwanya dan keluasan ilmunya. Itulah cara yang telah diusahakan oleh pimpinan BKS agar tidak lari daripada landasan utama iaitu berlandaskan Qur’an dan Sunnah. Pemikiran Imam Al-Ghazali menjadi pemangkin kepada pergerakan kami dalam menyebarkan dakwah di bumi Bainun ini. Dalam majlis ini, terdapat satu forum yang telah disampaikan oleh dua orang tetamu jemputan khas iaitu Dr. Mohd Nassir daripada Jabatan Sains dan Cik Teo Lai Yong daripada Jabatan Agama dan Moral.  Tidak lupa juga moderator forum iaitu Ustaz Zambri bin Ahmad. Pelbagai input telah dikongsi bersama berkenaan Imam Al-Ghazali. Kitab Ihya’ Ulumuddin yang teroshor di seluruh dunia bukan hanya menjadi rujukan orang Islam. Sebaliknya, orang bukan Islam turut menggunakannya sebagai rujukan dalam bidang pendidikan psikologi.
       Setelah selesai penyampaian forum, majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada wakil-wakil jabatan seterusnya semua hadirin dijemput untuk memakan hidangan petang yang telah disediakan khas buat semua hadirin. Alhamdulillah, majlis ini berlangsung dengan lancar. Semoga tujuan utama gerak kerja Badan Kebajikan Surau di dalam IPGKTB dalam menyebarkan dakwah ini tidak lari daripada 4 prinsip utama yang telah ditekankan iaitu “Ilmu, Sufi, Haraki dan Ijtima’e” terhenti setakat ini sahaja tetapi berterusan sehingga ke akhirnya. 













Category:

0 comments:

Share

Twitter Facebook