SOLAT HAJAT PERDANA

Masa bergerak dengan begitu pantas sekali. Terasa seperti baru semalam menjalani minggu orientasi di IPGKTB ini. Tapi rupanya sudah hampir tamat semester ini telah kita lalui. Assignment pun sudah selamat dihantar, UAK pun sudah habis, maka tibalah masa untuk menjalani peperiksaan. Sebelum menempuh tempoh peperiksaan pada semester ini, pihak BKS Al-Ghazali dengan kerjasama pihak JPP telah bergandingan menyusun satu program bersama-sama iaitu Solat Hajat Perdana pada 10 Mei 2012. Kita sama-sama mendoakan kejayaan bersama-sama. Moga keputusan peperiksaan semester lebih baik daripada semester yang lepas. Amiin.. =) Majlis telah dihadiri oleh pelajar-pelajar IPGKTB dan juga Timbalan Pengarah IPGKTB sendiri iaitu, Tn Hj Daud bin Md Saman. Setelah tamat bacaan yassin dan solat hajat yang dijalankan secara berjemaah, juadah enak iaitu bihun sup telah disediakan buat para hadirin pada malam tersebut. Alhamdulillah, murah rezeki pada malam tersebut.. =) 
















Category:

0 comments:

Share

Twitter Facebook