MUKTAMAR SANAWI KALI KE-3

       Alhamdulillah segala kesyukuran dan pujian dirafa’kan ke hadrat Allh s.w.t., Tuhan sekalian alam, selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga baginda, para sahabat baginda, tabi’in dan tabi’ tabi’in serta seluruh umat Islam dan para pejuang Ad-din tercinta.
Alhamdulillah, setelah lama kita tidak bersua di alam maya Blog BKS ini, akhirnya kita dapat bersua kembali dalam keadaan sihat wal-afiat insyaallah. Kaifa Haluka/ki?
       Pada episod kali ini, kita akan mempamerkan satu episod bersejarah buat para pejuang Badan Kebajikan Surau (BKS) Al-Ghazali. Pada 13 sehingga 14 Februari 2012, kita telah mengadakan Muktamar Sanawi kali ketiga peringkat IPGKTB. Setelah setahun pimpinan 2011-2012 memegang amanah besar ini, kini tibalah masa buat mereka untuk menyerahkan amanah ini kepada pimpinan baru iaitu pimpinan BKS 2012-2013.
       Pada hari pertama berlangsungnya Muktamar Sanawi ini, majlis ini dirasmikan oleh Tuan Timbalan Pengarah IPGKTB iaitu Tn Hj Daud bin Md Saman. Seterusnya majlis diteruskan dengan Ucapan Aluan oleh Setiausaha Kehormat BKS disusuli dengan Ucapan Dasar Pengerusi BKS. Kemudian, majlis terbuka untuk perbahasan Ucapan Dasar Pengerusi BKS buat para hadirin yang hadir. Muktamar sanawi kemudian diteruskan dengan Pembentangan Laporan Aktiviti BKS 2011-2012. Sebagai penutup majlis malam ini, majlis ditangguh dengan Penggulungan Ucapan Dasar Pengerusi BKS.
HARI PERTAMA-13 Februari 2012

Masa pendaftaran Muslimat 

Masa pendaftaran muslimin 

Masa pendaftaran Muslimat

Perarakan masuk barisan pimpinan BKS 2011/12

Pimpinan BKS 2011/12 Muslimat

VIP: Timbalan Pengarah, Tn Hj Daud bin Md Saman
Wakil JAPIM: 
Ketua JAPIM, Ustaz Harun bin Haya
Setiausaha JAPIM, Ustaz Shakib Arselan bin Mat Seman

Ucapan daripada Tn Hj Daud bin Md Saman

Penyampaian hadiah

Penyampaian hadiah

Barisan pimpinan muslimat

Barisan pimpinan muslimin

Soal-jawab antara hadirin dan pimpinan BKS 2011/12

Perbahasan Ucapan Dasar Pengerusi BKS 2011/12

       Hari Kedua merupakan hari perbahasan usul dan perlantikan pimpinan BKS 2012-2013. Sebagai simbolik penyerahan pimpinan BKS 2011-2012 kepada pimpinan BKS 2012-2013, sebuah fail portfolio BKS telah diserahkan oleh Pengerusi BKS 2011-2012, saudara Muhammad Fariq bin Aziz kepada Pengerusi BKS 2012-2013, saudara Muhammad Hamdi bin Afandi.
HARI KEDUA-14 Februari 2012

Pimpinan BKS 2011/12 Muslimat

Perbahasan usul

Perbahasan usul

Perbahasan usul

Perbahasan usul

Perbahasan usul

Perbahasan usul

Penyerahan fail BKS simbolik peralihan amanah pimpinan BKS 2011/12 kepada pimpinan baru

Pembubaran pimpinan BKS 2011/12

Saling berpelukan, saling memberi kata semangat.. =)

Salaman pimpinan. =)

Peralihan pimpinan..

Saat pembubaran dan perlantikan

Ucapan Pengerusi BKS 2012/13

Cenderahati kepada Pengerusi BKS 2011/12

Cenderahati kepada YDP 

Cenderahati kepada Pengerusi Tetap Muktamar ke-3

Cenderahati kepada Pengerusi BKS 2012/13 Selamat Berjuang, Sahabat2!! =)

Barisan pimpinan BKS 2011/12 dan pimpinan BKS 2012/13

Barisan pimpinan BKS 2011/12 dan pimpinan BKS 2012/13

Barisan pimpinan BKS 2012/13

       Pelbagai suka duka perjuangan telah dihadapi bersama. Pelbagai liku perjuangan terpaksa ditempuhi buat para pejuang Ad-Din insyaallah. Kini, ia tersimpan di kotak memori masing-masing sebagai memori terindah dalam menempuh perjuangan bersama sahabat-sahabat perjuangan. Namun, ini semestinya bukan penghujung perjuangan para sahabat. Perjalanan masih jauh… Pandanglah ke hadapan dan ke hadapan. Masih ramai penghuni di luar sana memerlukan khidmat antum dalam menyebarkan dakwah agar kita dapat sama-sama pimpin tangan bersama-sama menuju ke alam syurga yang kekal abadi nun di sana insyaallah..


Category:
Reactions: 

0 comments:

Share

Twitter Facebook